Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus)
Anda pernah dengar tak mengenai bahaya penyakit Leptospirosis (kencing tikus)? Untuk pengetahuan anda Leptospirosis merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira. Ia menular kepada manusia melalui binatang seperti anjing, babi, tikus, arnab dan tupai. Selain itu, ia juga menular melalui penggunaan air yang tercemar olehnya.
Jadi, melalui hantaran kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang bahaya penyakit Leptospirosis ini. Informasi yang menarik dan bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada Facebook Tuan Ahmad Najmee.
Leptospirosis (Penyakit Air Kencing Tikus) dan Meliodosis
Tuan Ahmad Najmee telah berkongsikan tentang bahaya penyakit Leptospirosis (kencing tikus) melalui satu hantaran di Facebook, pasca banjir yang berlaku baru-baru ini.
Berdasarkan kapsyen Facebook beliau,
“Tragedi Lubuk Yu, Maran pada tahun 2010 wajar kita jadikan iktibar. Misi mencari mangsa lemas bertukar jadi tragedi menyayat hati buat anggota-anggota penyelamat. Satu persatu anggota penyelamat tumbang selepas pulang ke rumah. Akhirnya 7 orang anggota penyelamat menemui ajal. Pada mulanya ramai mengaitkan dengan kejadian mistik.”
“Namun, misteri terlerai apabila kesemua anggota penyelamat yang meninggal disahkan menghidap jangkitan Leptospirosis (penyakit air kencing tikus) dan Meliodosis.”
“Seramai 21 orang yang lain lebih bernasib baik, berjaya dirawat sebelum melarat.”
“Bahkan ketika banjir besar tahun 2014 di Kelantan, ada juga sukarelawan yang dilaporkan meninggal akibat jangkitan Leptospirosis.“
“Untuk pengetahuan, kuman-kuman ini banyak ‘membiak’ di tempat-tempat tanah berlumpur dan air yang tercemar. Yang menakutkan kuman Leptospirosis ini, boleh menjangkiti manusia dengan menembusi kulit.”
Nasihat kepada Sukarelawan
Melalui hantaran yang sama, Tuan Ahmad Najmee juga turut memberi nasihat kepada sukarelawan yang membantu mangsa banjir agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Hal ini supaya mereka tidak dijangkiti penyakit Leptospirosis ini.
“Oleh sebab itu, adalah dinasihatkan agar para sukarelawan yang turun membantu mangsa banjir mengenakan pakaian yang lebih selamat. Jangan pakai selipar sandal semata-mata. Sekurang-kurangnya pakailah kasut boot (bukan high heel ya😑).”
“Selain itu sukarelawan dan mangsa banjir digalakkan untuk mengambil antibiotik Doxycycline sebagai langkah pencegahan. Ia boleh diambil seminggu sekali untuk kurangkan risiko jangkitan Leptospirosis. Kepada yang mengalami demam perlu segera bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.”
Maklumat Tambahan – Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus)
Cik Min sertakan juga info grafik berkenaan penyakit Leptospirosis di bawah.
Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang bahaya penyakit Leptospirosis (kencing tikus) pada kali ini. Untuk info lanjut berkenaan penyakit ini, anda boleh layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem