Idea Posing Bersama Pasangan Sempena Hari Raya

08/04/2024 by No Comments

Bila Hari Raya pertama, pasti ramai yang mencari idea ‘posing’ bersama pasangan anda kan? Mana tidaknya, baju raya dah cantik, berdandan dah lawa, kasut pula berkilat-kilat, takkanlah posing pun biasa-biasa je kan. Kalau boleh mestilah nak jadi yang menyerlah, betul tak? Haa.. Jangan risau, kali ini Cik Min akan kongsikan beberapa posing yang anda boleh lakukan bersama pasangan. Dijamin letopslah!

Idea Posing Yang Anda Boleh Cuba Pada Hari Raya Pertama

Cik Min kongsikan idea posing ini berdasarkan dari content seorang pengguna aplikasi Lemon8 yang bernama Nur Mariam tau. Anda boleh tekan link ini untuk lihat lebih banyak maklumat menarik dari beliau ya!

1. Lentokkan Kepala Di Bahu Pasangan

Idea Posing Bersama Pasangan

Haa… Cik Min cakap awal-awal tau, lagi ayu kalau yang melentok di bahu tu Cik Isteri, bukan Encik Suami. Hahaha… Almaklumlah bila isteri yang melentok, nampaklah kelembutan dan wanita di sisi pasangannya. Nampak manja gitu… Encik Suami pula bolehlah dapat peluang nak nampak gagah disebelah dan dapat control macho dalam gambar.

2. Bersalaman Bersama Pasangan | Idea Posing Bersama Pasangan

Idea Posing Bersama Pasangan

Gaya bersalaman seperti ini dah sememangnya menjadi kebiasaan bagi sesiapa sahaja. Tapi kali ini mungkin anda boleh cuba untuk ambil gambar dari angle yang berbeza.

Kalau biasanya anda ambil gambar dari sisi tepi, tahun ini anda boleh cuba duduk bersebelahan dan menangkap gambar dari hadapan ala-ala pengantin yang baru selesai akad nikah tu. Pasti gambar anda akan nampak lebih menarik!

3. Posing Tunjuk Sampul Duit Raya

Anda boleh duduk di sebelah pasangan anda dan masing-masing menunjukkan gaya memberi dan menerima duit raya. Contohnya, Encik Suami boleh membuat gaya memberi sampul, manakala Cik Isteri boleh menunjukkan gaya sedang menerima duit raya.

4. Posing Bersama Props Raya

Idea Posing Bersama Pasangan

Gaya ini boleh terpakai buat anda yang ada props raya di rumah tau. Ada rumah yang menghias rumah mereka dengan pelbagai props contohnya pelita buluh (yang tiada sumbu dan minyak), ada juga rumah yang tidak menghias dengan props. Namun begitu, anda boleh menggunakan apa sahaja props bertemakan hari raya untuk digayakan di dalam gambar seperti balang kuih raya.

5. Posing Poster Drama

Idea Posing Bersama Pasangan

Cik Min yakin ramai yang belum pernah posing dengan gaya sebegini dengan pasangan kan? Gaya ini boleh dikatakan sangat high class bagi Cik Min. Jadi, tahun ini bolehlah anda cuba gaya ini bersama pasangan. Cik Min jamin pasti ramai yang akan meniru gaya anda di laman sosial nanti.

Cik Min berharap anda semua dapat beraya dengan gembira di pangkuan keluarga anda pada bulan Syawal yang suci ini. Selamat Hari Raya dari Cik Min!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Idea Posing Bersama Pasangan” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *