Jenis-Jenis Baju Melayu Di Malaysia

05/04/2024 by No Comments

Apabila hari raya dah semakin hampir, ramai yang sedang berada dalam dilema untuk memilih apakah jenis baju melayu yang akan dikenakan pada hari raya pertama nanti kan? Tapi sebelum itu, anda semua tahukah jenis-jenis baju melayu yang ada di Malaysia ini? Haa.. Kalau anda nak tahu sebenarnya terdapat pelbagai baju melayu tau yang ada dalam negara kita ni.

Mari Cik Min kongsikan pada anda semua beberapa jenis baju melayu yang mungkin anda sendiri tidak pernah tahu. Let’s Go!

Jenis-Jenis Baju Melayu Yang Boleh Menjadi Pilihan Untuk Hari Raya Pertama

1. Baju Melayu Samping

Baju Melayu jenis ini adalah yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebanyakan lelaki akan mengenakan baju melayu jenis ini pada hari raya raya mahupun pada majlis-majlis yang memerlukan mereka memakai pakaian tradisional melayu.

2. Cekak Musang

Baju Melayu Cekak Musang berasal dari negeri Kedah dan ia merupakan inovasi dari baju melayu samping dimana pada rekaan kolar lehernya yang tinggi dan berbentuk berliku atau bercekak menyerupai cekak musang.

3. Teluk Belanga

Baju Melayu ini dinamakan sempena tempat ia berasal iaitu Teluk Belanga, Selangor. Ia juga merupakan variasi daripada baju melayu samping yang biasa digunakan.

4. Baju Melayu Riau

Baju Melayu Riau pula berasal dari daerah Riau, Pahang. Ciri-ciri baju Melayu Riau adalah bentuk leher yang rendah dan lebar, serta kain yang longgar dan lebar di badan yang memberikan keselesaan kepada pemakainya. Selain itu, corak dan hiasan sulaman yang digunakan dalam baju Melayu Riau juga mempunyai ciri khas tersendiri.

5. Baju Melayu Johor

Jenis-Jenis Baju Melayu Di Malaysia
Sumber: MATTWEI HQ

Baju Melayu Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 . Ciri-ciri baju baju lelaki yang ditetapkan adalah labuhnya sehingga kebawah punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua.

5. Baju Melayu Moden

Baju melayu moden sangat popular pada masa kini di kalangan anak-anak muda kerana ia tidak mempunyai pesak dan mengikut bentuk badan dan tampak lebih kemas pada pemakainya. Ia datang dengan dua potongan iaitu smart fit‘ dan juga ‘slim fit‘. 

Haa.. Sekarang anda semua dah tahu jenis-jenis baju melayu yang ada di negara kita kan? Lepas ini bolehlah anda pilih yang mana satu berkenan di hati. Good Luck Semua!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Jenis-Jenis Baju Melayu Di Malaysia” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *