Tempat Cuti Sekolah yang Menarik untuk Bawa Anak-anak!

15/02/2024 by No Comments

Tempat Cuti Sekolah yang Menarik
Sumber : Kosmo Digital

Waktu cuti sekolah ini mesti ramai ibu bapa yang ada plan nak bercuti dengan anak-anak kan? Tapi mungkin tak tahu nak bawa ke mana atau nak merancang bajet dahulu. Haaa, Cik Min ada dapat perkongsian dari Encik Mohd Syafie di salah satu post Facebook beliau berkenaan tempat cuti sekolah yang menarik!

Jom kita ketahui dekat mana tempat cuti sekolah yang anda boleh bawa anak-anak serta harga tiket supaya anda bolehlah merancang bajet percutian kan. Baca sampai habis tau di mana tempat cuti sekolah yang menarik dalam artikel Cik Min ini.

Senarai Tempat Cuti Sekolah yang Menarik untuk Dikunjungi

1. Zoo Negara | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Zoo Negara mempunyai lebih dari 500 spesis haiwan yang jarang kita lihat pada setiap hari. Lebih-lebih lagi sekarang tarikan utama di sana ialah beruang panda! Menarik kan? Mesti anak-anak anda teruja tengok gelagat haiwan-haiwan di sana! Berikut ialah harga tiket untuk Zoo Negara :

  • Dewasa : RM39
  • Kanak-Kanak : RM16.20
  • Warga Emas : RM22.00

Kalau anda berminat untuk beli tiket Zoo Negara dengan harga yang berbaloi, bolehlah klik di sini.

Eh sebelum terlupa, mengikut perkongsian En Mohd Syafie di Facebook, pengunjung yang ke Zoo Negara pada bulan ulang tahunnya akan dapat free entrance sepanjang 30 hari!

2. Zoo Melaka | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Tempat Cuti Sekolah yang Menarik
Sumber : Bernama

Zoo Melaka mempunyai tarikan yang unik iaitu Dinosaur Encounter. Confirm anak-anak anda teruja sebab selalunya dinosaur hanya ditunjukkan dalam skrin sahaja kan? Selain itu, Zoo Melaka juga menyediakan aktiviti lasak seperti flying fox.

  • Dewasa : RM47.50
  • Kanak : RM 39.70

Harga tiketnya pun sangatlah berbaloi lebih-lebih lagi jika anda beli di sini.

3. Genting Highlands (outdoor) | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Genting Highlands sangat sesuai untuk anda bawa anak-anak rasa vibe cuaca sejuk macam di Korea! Bukan itu sahaja, banyak permainan yang menarik boleh dicuba di taman tema ini. Jangan lupa bawa baju sejuk ya sebab suhunya boleh mencecah sehingga 14 darjah.

  • Dewasa : RM158.00
  • Kanak-kanak : RM128.00
  • Warga Emas : RM128.00

Klik di sini untuk beli tiket taman tema di Genting Highlands.

4. Legoland | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Sumber : Klook

Ibu bapa yang ada plan nak bawa anak-anak ke Johor jangan lupa singgah di Legoland! Legoland merupakan destinasi percutian untuk keluarga yang boleh dikatakan terkenal di mata dunia. Taman tema ini menyediakan pelbagai aktiviti serta permainan yang seronok untuk seisi keluarga. Dekorasi di taman tema ini banyak menggunakan lego bricks yang terdiri daripada pelbagai warna.

  • Dewasa : RM199.00
  • Kanak-kanak : RM169.00
  • Warga emas : RM169.00

Anda boleh dapatkan tiket Legoland di sini.

5. Sunway Lagoon | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Sumber : Lelaki.My

Taman tema ini sangat popular dengan taman air, taman haiwan dan lain-lain. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sehingga Sunway Lagoon menjadi Tarikan Terbaik di Asia oleh pengunjung yang datang ke sini. Antara tarikan utama di Sunway Lagoon adalah gelongsor air berputar, Scream Park, surfing simulator, dan banyak lagi!

Kalau Cik Min datang sini, memang tak cukuplah sehari je nak explore.

  • Dewasa : RM155.00
  • Kanak-kanak : RM130.00
  • Warga emas : RM140.00

Klik di sini untuk dapatkan tiket!

6. Petrosains | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Petrosains bukan sekadar tempat percutian untuk bersuka-ria tetapi di sini anak-anak anda dapat menimba ilmu juga. Petrosains terkenal dengan pusat pameran yang melibatkan pembelajaran STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Hal ini dapat mengembangkan lagi pengetahuan anak-anak supaya terinspirasi dan inovasi.

  • Dewasa : RM35.00
  • Kanak-kanak : RM12.00
  • Warga emas : RM12.00

7. Aquaria KLCC | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Tempat Cuti Sekolah yang Menarik
Sumber : Aquaria KLCC

Tengah bandar pun boleh tengok haiwan laut? Biar betul … Mestilah betul sebab Aquaria ini menampung lebih dari 150 spesis haiwan di laut. Pengunjung yang datang ke Aquaria juga dapat merasai pengalaman yang pelbagai seperti berjalan di eskalator yang bergerak di tengah terowong yang dikelilingi ikan jerung, ikan pari besar dan lain-lain.

Selain itu, pengunjung juga dapat menyelam dengan ikan jerung dalam Program Cage Rage.

  • Dewasa : RM52.00
  • Kanak-kanak : RM42.00
  • Warga emas : RM42.00

Jom dapatkan tiketnya di sini.

8. Muzium Negara | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Muzium Negara ialah tempat di mana anak-anak boleh mengetahui tentang sejarah Tanah Melayu. Terdapat banyak artifak dan juga galeri bersejarah ditempatkan dalam muzium ini. Reka bentuk Muzium Negara ini bercirikan elemen aesthetic dan ukiran istana tradisional yang menonjolkan keunikannya tersendiri.

  • Dewasa : RM2.00
  • Kanak-kanak : Percuma
  • Warga emas : Percuma

9. KL Tower

Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Anda jangan ketinggalan untuk mengunjungi bangunan kedua tertinggi di Malaysia ini sebagai tempat cuti sekolah yang menarik bersama anak-anak. KL Tower menyediakan aktiviti yang cool seperti berjalan di Sky Deck sambil menghirup udara yang segar tanpa gangguan, bergambar di kotak kaca yang menampakkan suasana di bawah dan aktiviti lain.

Cik Min yakin bahawa anak-anak anda mesti rasa thrilled untuk mencuba aktiviti seperti yang disenaraikan.

  • Dewasa : RM30.00
  • Kanak-kanak : RM20.00
  • Warga emas : RM20.00

Jom dapatkan tiket KL Tower di sini.

10. Kidzania | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

Tempat Cuti Sekolah yang Menarik
Sumber : Kidzania

Cik Min paling suka Kidzania sebab di sini kanak-kanak dapat merasai pengalaman bekerja dalam profesion di kehidupan yang nyata. Contohnya, mereka boleh berpengalaman menjadi doktor, bomba, pembaca berita dan banyak lagi. Kidzania menawarkan lebih dari 100 aktiviti roleplay yang menerapkan kehidupan seharian orang bekerja.

  • Dewasa : RM66 – RM 69
  • Kanak-kanak : RM114 – RM 118
  • Warga emas : Free

Untuk mengelakkan beratur panjang, Cik Min cadangkan anda klik di sini untuk beli tiketnya.

11. Pusat Sains Negara

Banyak rupanya tempat menarik yang boleh mengembangkan ilmu pengetahuan anak-anak kan? Salah satunya ialah Pusat Sains Negara yang banyak memfokuskan teori asas seperti fizik, biologi, kimia dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga Water Plaza yang merupakan kawasan rekreasi di taman tema air untuk mempamerkan bahan pameran seperti tenaga kinetik.

Cik Min rasa kalau nak cerita tentang semua aktiviti yang boleh dilakukan di sini memang tak cukup tangan tau. Jadi, anda lebih baik cepat bawa anak-anak ke sini!

  • Dewasa : RM6.00
  • Kanak-kanak : RM3.00
  • Warga emas : RM3.00

12. Splashmania Gamuda Cove

Tempat Cuti Sekolah yang Menarik
Sumber : Klook

Kalau cuti sekolah, taman tema air memang antara tempat yang wajib dikunjungi. Anda boleh bawa anak-anak bersuka ria di Splashmania Gamuda Cove yang mempunyai banyak jenis gelongsor air! Antaranya ialah Whoopa Loopa, Amazonia, Shaka Waka dan banyak lagi. Seronok kan sekiranya datang ke sini untuk bonding time bersama anak-anak?

Harga tiketnya pun berbaloi dengan aktiviti yang ditawarkan di Splahmania Gamuda Cove ini.

  • Dewasa : RM113.00
  • Kanak-kanak : RM86.00
  • Warga emas : RM86.00

Untuk dapatkan tiketnya tanpa beratur panjang, anda boleh klik di sini.

13. Tambun Waterpark

Kalau anda semua dah baca sampai sini, mesti terfikir kan banyak rupanya tempat cuti sekolah yang menarik di Malaysia ini. Cik Min pun teruja juga untuk berkongsi tempat-tempat yang menarik. Lost World of Tambun terletak di Ipoh yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu taman tema dan taman malam.

Taman tema terdiri daripada Lost World Waterpark, Lost World Amusement Park, Lost World Tin Valley dan lain-lain. Manakala taman malam pula terdiri daripada Lost World Hot Springs Night Park, Lost World Hot Springs Spa dan Luminous Forest. Bestnya kalau bercuti di sini!

  • Dewasa : RM127.00
  • Kanak-kanak : RM120.00
  • Warga emas : RM120.00

Mari dapatkan tiket secara online di sini.

14. Gambang Water & Safari Park

Tempat Cuti Sekolah yang Menarik
Sumber : Pahang Tourism

Cik Min rasa taman tema air ini dah masuk yang kelima dalam artikel ini. Banyak betul pilihan anda sebagai ibu bapa kan. Gambang Waterpark ini merupakan taman tema air yang paling popular di kawasan Pantai Timur. Tarikan di sini pun memang banyak sampai Cik Min tidak tahu nak pilih yang mana satu kalau berada di taman tema ini. Antaranya ialah Family Raft Ride, Lane Racer, Aqua Play Zone, Glacier River dan lain-lain.

Serious banyak aktiviti yang anda boleh cuba di sini dengan harga tiket yang berpatutan.

  • Dewasa : RM80.00
  • Kanak-kanak : RM56.00
  • Warga emas : RM56.00

15. Wetland Park Putrajaya

Tempat Cuti Sekolah yang Menarik
Sumber : Visit Selangor

Aktiviti beriadah sambil melihat suasana hijau sangat menenangkan jiwa. Walaupun taman rekreasi ini terletak di tengah bandar, namun taman ini sesuai untuk keluarga beriadah pada waktu petang sambil menikmati pemandangan tasik yang cantik dan nyaman. Anda bolehlah bawa anak-anak ke sini semasa cuti sekolah kerana suasananya sangat tenang dengan kehijauan dedaun pokok!

  • Dewasa : RM5.00
  • Kanak-kanak : RM4.00
  • Warga emas : RM4.00

Harga untuk masuk ke taman rekreasi ini tidaklah mahal dan sangat berpatutan. Klik di sini untuk dapatkannya.

16. Taman Botani Shah Alam | Tempat Cuti Sekolah yang Menarik

This image has an empty alt attribute; its file name is Taman-Botani-Negara-Shah-Alam-1024x670.jpg
Sumber : Melancong.my

Taman Botani Shah Alam ini mempunyai tarikan utama yang menempatkan 422 spesis flora dan ada antaranya ialah spesis yang terancam. Cik Min paling tertarik dengan aktiviti di petting zoo di mana kanak-kanak mesti excited untuk membelai haiwan dan memberi mereka makan seperti kambing, lembu, ayam dan lain-lain.

Di sini juga ada tarikan yang sangat unik iaitu Taman Empat Musim seperti musim panas, musim luruh, musim bunga dan musim sejuk yang tiada di Malaysia.

  • Dewasa : RM3.00
  • Kanak-kanak : RM1.00
  • Warga emas : RM1.00

17. Escape Penang

Sumber : Escape.my

Nak bawa anak-anak berseronok sambil healing? Di Escape Penang ini mempunyai lebih dari 38 tarikan aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan! Keunikan Escape Penang ini telah berjaya menempah nama dalam Guinness World Record tau. Escape Penang ini pun Cik Min dah masuk dalam bucket list tau sebab Cik Min nak cuba aktiviti extreme seperti Jungle Swinger, wall climbing dan lain-lain.

Jangan risau ya semua sebab dekat sini banyak je aktiviti yang bersesuaian dengan setiap lapisan umur.

  • Dewasa : RM167.00
  • Kanak-kanak : RM111.00
  • Warga emas : Free

Sekiranya anda nak jimat masa dan tak nak beratur panjang untuk beli tiket, boleh klik di sini.

Ha, banyak kan tempat yang Cik Min suggest kali ni? Terima kasih juga atas perkongsian Encik Mohd Syafie di posting Facebook beliau tentang tempat cuti sekolah yang menarik! Jadi, pastikan anda rangka bajet dan juga perjalanan untuk pergi bercuti bersama anak-anak.

Untuk mendapatkan lebih banyak topik seperti tempat cuti sekolah yang menarik ini, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *