Jenis-Jenis Ketupat Di Malaysia

29/03/2024 by No Comments

Adakah anda masih tidak tahu jenis-jenis ketupat di Malaysia? Jangan risau, sebenarnya Cik Min pun baru tahu yang sebenarnya kita ada pelbagai jenis ketupat di dalam tanah air kita yang tercinta ni tau. Ingatkan ada ketupat bawang jer! Haa… Istimewa sungguh negara kita ini kan? Pelbagai jenis makanan tradisional yang boleh dicuba oleh rakyatnya. Bukan sahaja menarik, malah sedap-sedap juadahnya!

Apabila Hari Raya hampir tiba, makin ramai lah yang akan mencari ketupat di merata tempat. Persoalannya, apakah jenis ketupat yang anda ingin cuba? Mari Cik Min kongsikan!

6 Jenis Ketupat Yang Anda Perlu Tahu! | Jenis-Jenis Ketupat Di Malaysia

1. Ketupat Bawang

Ketupat bawang umumnya biasa dihidangkan semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha di Malaysia. Nama ketupat bawang wujud kerana bentuk ketupat ini kelihatan seperti bentuk bawang setelah dianyam.

2. Ketupat Palas

jenis-jenis ketupat di malaysia

Ketupat palas diperbuat daripada pulut yang dibungkus berbentuk segi tiga dengan daun palas dan kemudian dimasak dalam air. Cik Min sangat suka dengan ketupat palas kerana mempunyai rasa yang unik dan boleh juga didapati dengan pelbagai perisa seperti pulut hitam, jagung, dan kacang.

Daun palas memberikan aroma yang unik kepada ketupat dan membantu mematangkan pulut di dalamnya. Setelah dimasak, ketupat palas biasanya disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional Melayu seperti rendang, kuah kari, atau serunding.

3. Ketupat Nasi

Haa. Cik Min pasti semua orang cukup kenal dengan ketupat nasi atau lebih dikenali sebagai nasi impit ini kan? Ia kerap digunakan untuk membuat lontong, soto nasi dan untuk dimakan dengan rendang pada hari selain hari perayaan juga.

Orang-orang zaman sekarang sudah lebih memilih untuk membeli ketupat mini yang dijual di pasaraya berdekatan mereka. Hal ini kerana ia dapat menjimatkan masa mereka dan kos juga tidak begitu mahal. Anda boleh dapat ketupat mini yang murah di sini.

4. Ketupat Borneo / Burasak | Jenis-Jenis Ketupat Di Malaysia

Jenis-jenis ketupat di malaysia

Anda pasti jarang dengar tentang burasak kan? Haa.. Cik Min pernahlah juga dengar tapi tidak pernah melihat ia di depan mata. Hal ini kerana, ia merupakan makanan tradisional terkenal dalam kalangan etnik Bugis di Sabah. Oleh itu, jika anda tinggal di semenanjung Malaysia, memang jaranglah akan dapat melihat ketupat borneo ini.

5. Ketupat Sotong

Sumber: My Resipi

Ketupat sotong atau dikenali sebagai sotong sumbat ini berasal daripada negeri terengganu dan kelantan. Di dalam badan sotong diisi dengan pulut dan ia dimasak dengan santan pekat. Unik kan? Terliur Cik Min membayangkannya. Jika anda belum pernah merasa ketupat ini, bolehlah masuk dah wishlist anda kalau travel di negeri kelantan dan terengganu tau. Selamat Mencuba!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Jenis-Jenis Ketupat Di Malaysia” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *