Banjir Air Naik Akibat Hujan Lebat
Sekarang ni musim hujan. Asal petang je hujan. Min risau hujan sebab nak balik rumah masa habis kerja nanti jem. Belum lagi kesian pada orang yang rumahnya banjir air naik akibat hujan lebat.
Sumber untuk tengok banjir air naik akibat hujan lebat ni ialah Whatsapp dan Tik Tok. Itupun takut juga kalau gambar lama dan video luar negara. Takut terpercaya dan tersebarkan pula. Niat kita ni memang baik nak orang lain ambil maklum dan boleh ambil tindakan.
Kawasan yang terlibat dengan banjir petang tadi ialah Kajang. Sumber dari Berita Harian di link ini.
Bagi membaca berita dari sumber-sumber yang dipercayai boleh ke link FB BERNAMA ini
[[TERKINI]] Kejadian banjir kilat di susur masuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak, berdekatan bangunan Parlimen susulan hujan lebat sejak 3 petang di sekitar Kuala Lumpur hari ini.
Anuar Isman/BERNAMA
Memang kesian tengok kereta meredah air untuk pulang ke destinasi. Kalau dah itu aje jalan pulang ke rumah, memang kena redah! Tak apalah lambat asal selamat. Untuk menonton keadaan terkini CCTV Lembaga Lebuhraya Malaysia boleh klik di sini.
Setiap kali banjir air naik lepas hujan lebat berterusan ni, mesti akan jammed. Semua kereta bergerak perlahan dan lorong yang dua atau tiga mungkin jadi satu. Bertabahlah wahai pemandu.
Kalau kerja di tengah kota raya Kuala Lumpur, lagi tinggi risiko banjir setiap kali hujan lebat. Elakkan parkir kereta di bahagian bawah bangunan pejabat ya. Bagi yang mahu keluar membeli-belah pun elakkan parkir di bawah pasaraya.
Banyak video banjir air naik setiap kali lepas hujan lebat Min lihat di Tik Tok. Ada yang naik sekejap kemudian surut namun tetap memerlukan perhatian dari pihak yang berkuasa. Min nak beritahu solusi pun bukanlah orang yang pakar tapi Min percaya ramai yang bijak pandai di Malaysia ni.
Sebagai individu pun kena buat perlindungan. Cik Min pernah tulis artikel untuk idea selamatkan barang-barang ketika banjir disini.
Ini pula artikel cara tuntut insurans rumah ketika banjir.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem