Cara Tuntut Insurans Rumah Banjir

December 27, 2021 by No Comments

Ramai dalam kalangan kita tahu bahawa banjir yang berlaku baru-baru ini banyak memberikan kesan buruk kepada penduduk di Malaysia. Ada dalam kalangan mereka terpaksa menanggung kerosakan rumah yang sangat teruk. Jadi, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara tuntut insurans rumah banjir. Hal ini mungkin boleh membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh anda semua.

Ikuti perkongsian dengan lanjut di bawah. Sebelum itu, info bermanfaat ini Cik Min dapat semasa Cik Min scroll Twitter.

Coverage untuk Rumah – Cara Tuntut Insurans Rumah Banjir

Sebelum tuntut insurans, anda perlu kenal pasti coverage untuk rumah anda. Ada 3 jenis polisi insuran rumah, iaitu:

1. Polisi Kebakaran Asas

  • Nama sahaja polisi kebakaran, tapi polisi ini hanya cover kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya akibat bencana seperti kebakaran atau banjir.

2. Polisi Isi Rumah

  • Coverage untuk peralatan di dalam rumah, contohnya perabot, alatan elektronik, atau apa sahaja yang berada di dalam rumah.

3. Polisi Pemilik Rumah – Cara Tuntut Insurans Rumah Banjir

  • Lebih kurang polisi kebakaran asas, tapi coverage polisi ini lebih extra sedikit. Ia akan cover dinding, bumbung, struktur hartanah dan lain-lain.

Cara Asas untuk Claim Insuran Rumah

  • Semak status insuran dengan agent dan tahap pampasan yang akan ditawarkan.

Jika status boleh dituntut, teruskan dengan proses tuntutan.

  • Anda perlu sediakan:
    • No. kad pengenalan, no. polisi dan alamat kawasan banjir.
    • Gambar kerosakan.
    • Resit pembelian barang yang rosak (jika ada)
    • Penggantian sebut harga/invois/resit (jika perlu)

Untuk makluman lanjut, anda boleh berhubung dengan agent anda. Mungkin ianya berbeza bagi setiap syarikat.

Tuntut Insurans Rumah yang Dilanda Banjir

Cik Min dapat tahu informasi berguna daripada salah seorang mangsa banjir, tentang cara tuntut insurans rumah.

  • Sekiranya rumah yang anda diami tersebut masih ada loan dengan pihak bank, anda boleh membuat tuntutan insurans banjir.
  • Setiap daripada loan tersebut ada insurans, ada clause yang mention tentang insurans akan cover ‘fire‘.

Beliau yang juga merupakan salah seorang mangsa banjir, sudah membuat tuntutan insurans sebanyak 7 kali akibat kemusnahan banjir daripada housing loan insurans.

  • Sekiranya pihak insurans menyatakan yang mereka tidak cover insurans tersebut, ianya mungkin kerana sudah terlalu ramai mangsa yang tampil untuk berbuat sedemikian. Jadi, anda perlulah mencari orang yang pakar berkenaan insurans ini untuk membantu anda membuat tuntutan insurans rumah.

Info Tambahan

  • Rumah yang dilanda banjir, termasuk dalam natural disasters dan fire insurance akan cover.
  • Namun, barang-barang di dalam rumah seperti pintu, siling, dinding dan sebagainya tidak akan dicover oleh insurans.
  • Paling penting, semasa mengemas barang, ambil terlebih dahulu gambar sebagai bukti. Selain itu juga, anda mesti membuat laporan polis.
  • Barangan yang telah rosak akibat banjir perlulah diletakkan di satu tempat. Hal ini bagi memudahkan syarikat insurans untuk membuat tinjauan di rumah anda.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Min mengenai cara claim insurans rumah banjir. Diharapkan artikel ini dapat membantu memudahkan urusan anda semua.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published.