Idea untuk Selamatkan Barangan daripada Banjir

31/12/2021 by No Comments

Banjir yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan banyak barang-barang dan tempat tinggal musnah. Cik Min lihat di media sosial, rata-rata netizen telah berkongsi idea untuk selamatkan barangan daripada banjir. Hal ini sedikit sebanyak mungkin dapat membantu anda menyelamatkan barangan yang penting daripada ditenggelami air.

Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min ingin membuat perkongsian dengan anda semua mengenai idea bagi menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam rumah anda, daripada dihanyutkan oleh bah. Informasi yang berguna ini Cik Min dapatkan daripada Facebook Puan Lily Mohd dan beberapa sumber yang lain.

Antara Idea untuk Selamatkan Barangan daripada Banjir

Di bawah merupakan antara idea bagi menyelamatkan barangan daripada ditenggelami banjir.

1. Kolam Mandi Budak-budak

Puan Lily Mohd telah berkongsikan pengalamannya melalui satu hantaran di Facebook, ketika banjir yang berlaku baru-baru ini. Beliau berkongsi pengalamannya dengan menggunakan kolam mandi budak-budak sebagai pelampung barangan di rumahnya.

Cik Min rasa idea ini memang bernas kerana ia mampu menyelamatkan barang-barang daripada ditenggelami banjir. Ikuti kapsyen yang ditulis oleh beliau di bawah:

This is one of penyelamat barang barang kat rumah including tv..bungkus campak masokk dalam nih…Maka berenang-renanglah mereka sepanjang 3 hari ayor dok stagnant dlm rumah.”

Idea untuk Selamatkan Barangan daripada Banjir

2. Cadar Waterproof – Idea untuk Selamatkan Barangan daripada Banjir

Melalui satu lagi hantaran, Puan Lily Mohd telah berkongsi mengenai cadar waterproof yang juga boleh menyelamatkan tilam daripada rosak terkena air banjir. Sebenarnya, Cik Min pun baru tahu tentang cadar waterproof ini, mungkin anda semua boleh gunakannya sebagai persediaan sekiranya bencana banjir berlaku kelak.

Anda boleh beli cadar waterproof ini melalui Shopee atau Lazada sahaja. Mudah, bukan? Ikuti kapsyen Facebook Puan Lily di bawah:

That bed sheet/cover is waterproof.. Maka solamat tilam we ollss…syukur xyah beli tilam baruuu.”

Idea untuk Selamatkan Barangan daripada Banjir

3. Kabin Terapung 

Cik Min juga pernah terdengar satu idea untuk selamatkan barangan daripada banjir ini, iaitu dengan menggunakan kabin terapung! Melalui satu hantaran di Facebook Puan Aziela Baharudin, beliau telah berkongsi mengenai kabin terapung yang boleh digunakan ketika banjir.

Berdasarkan kapsyen Facebook beliau,

“Tak sia-sia anak jantan mok buat
Bernas gok idea die
Banjir melanda rumah rakit ada
Tak banjir dia duduk atas darat
Tempat lepak2 buat bbq dan steambot
Banjir dia terapung atas air
Tempat letak peti ais, mesin basuh tilam bagai.”

“Awal Januari 2021 banjir paling besar yang pernah berlaku. Banjir kali ni air naik mendadak, memang tak sempat nak selamatkan kebanyakan barang. Peti ais berenang-renang kat luar rumah, kitorang 1 family hanya mampu tengok dan gelak je. Redha..”

“Abang saya fedup asyik kena angkut kehulu kehilir barang-barang elektrik dan barang bengkel dia ke tempat yang selamat. Belum kira pakaian, tilam, bantal. Memang banyak barang.”

“Jadi, awal bulan Mei 2021 abang saya start projek rumah rakit. Walaupun kena gelak sebab buat rumah rakit atas darat, dia lantakkan aje.”

“Tak sangka Disember 2021 banjir sekali lagi. Jadi, boleh test drive rumah rakit. Barang- barang dari rumah semua angkat letak di rumah rakit. Alhamdulillah terapung elok. Peralatan elektrik selamat, mesin-mesin dia pun selamat. Banjir ni dah jadi macam acara tahunan pulak di kampung ni.”

  • Lokasi: Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis.
Idea untuk Selamatkan Barangan daripada Banjir

Sekian sahaja perkongsian daripada Cik Min mengenai idea untuk selamatkan barangan daripada banjir kali ini. Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua sebagai persiapan menghadapi banjir kelak.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *