Tips Pergi Big Bad Wolf MIECC
Ramai rakyat Malaysia mesti pernah pergi Big Bad Wolf MIECC yang biasanya dibuat di Mines International Exhibition Centre (belakang mall The Mines). Ianya adalah pameran buku yang terbesar yang menghimpunkan sehingga 3.5 juta buah buku. Ini website rasmi Big Bad Wolf untuk rujukan.
Cik Min dah pergi masa hari pertama iaitu pada 20 Disember 2022 hari Selasa jam 10.09 minit pagi. Dewan buka jam 10 pagi tapi Cik Min dah bersedia untuk merasmikan buku-buku ini dengan penuh kasih sayang hahaha.
Tips pergi Big Bad Wolf MIECC yang Pertama
Parking
Parking di bangunan MIECC kalau tak ada nak ke mana-mana lepas tu. Kalau nak makan atau beli barang di Mines, lebih baik parking di Mines. Ianya dua bangunan dan tempat parking yang berbeza. Kalau boleh cari parking yang nombor tiang 22 dan 45 sebab ianya dekat dengan lif. Lif tak jauh dengan pintu masuk dewan. Senang nak angkut buku yang baru dibeli secara berjamaah tu.
Waktu malam pun parking MIECC dibuka. Kalau parking dalam Mines takut ada waktu tutup pula.
Bawa Beg Roda
Masa pilih-pilih buku tu memang ada troli. Tapi masa lepas bayar kita kena pulangkan troli dah jadi kena ada beg roda untuk tarik (kalau beli banyak). Kalau beli bawah sepuluh buah buku masih larat kut sangkut di bahu.
Siapa yang jenis borong, boleh bawa beg beroda supaya senang nak tarik sebab exit dewan tu jauh juga dengan lif (jarak dari hujung sini ke hujung sana).
Survey Buku Yang Nak Dibeli
Buku yang berbahasa Inggeris dan biasa di jual di Book Excess boleh dbeli dengan harga serendah RM13.90 (ada lagi rendah!). Kalau kat Book Excess kan RM19.90 ke RM25.90 setiap satu buku. Tapi buku berbahasa Melayu tak dapatlah harga serendah itu.
Penerbit tempatan seperti PTS pun ada jual buku di sini dan diskaun 15% sahaja. Ok lah tu kan dari tak ada. Ada juga beberapa buah buku yang saya beli harga asalnya RM29.90 tapi saya beli RM23. Masih rendah dari harga biasa. Jadi kalau kalian ada buku yang memang mahu dibeli, berbaloilah untuk beli di Big Bad Wolf MIECC ni.
Siapa nak cari buku dari Kedai Buku Pak Latip pun ada booth mereka di luar dewan. Sekilas pandang macam banyak buku Bahasa Melayu yang menarik di booth mereka.
Inisiatif Buku Darul Ehsan pun ada di sana. Boleh baca lanjut di sini.
Datang Awal
Min memang suka datang awal tunggu pagar pasaraya dibuka sebab masa tu masih lengang dan mudah dan buat pilihan. Tapi ada risiko juga di mana beberapa (atau semua) booth di luar dewan MIECC tu masih belum beroperasi. Yang bagusnya, jimat duit kita tak terbeli barang (merchandise) atau buku di luar.
Makan Siap-Siap
Pengalaman Cik Min sambil belek-belek buku tu sekejap je dah sejam. Know-know lapar. Dalam dewan tu ada Pizza Hut dan Tealive. Vendor lain tak perasan pula. Kalau lapar masa tengah pilih buku tu boleh lah makan pizza sekejap. Tapi kalau nak hati dan perut yang tenang, makan nasi siap-siap. Perut Melayu Cik Min ni kadang tak memberi kerjasama dengan pizza hahaha.
Join Lucky Draw
Bagi pembelian lebih RM200 kita boleh sertai satu peluang cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah ialah RM50 voucher buku. Cuma pemenang tak diumumkan waktu tu juga dimana kita akan dihubungi kemudian. Kalau beli lebih RM120 dapat satu beg sandang percuma Big Bad Wolf bernilai RM4.90.
Boleh Derma Buku
Masa kita nak keluar tu akan ada meja jual buku yang boleh kita sumbangkan kepada anak-anak yatim semasa sambutan Krismas. Bila kita buat bayaran, loceng akan dibunyikan dan pekerja di meja tersebut akan bertepuk tangan. Kita pun kenalah gembira juga tau. Dapat hadiahkan buku kepada rumah anak-anak yatim. Jangan terperanjat bila ramai-ramai tepuk tangan macam Cik Min haritu!
Buku Latihan Sekolah Murah!
Min paling suka buku latihan macam matematik, sains, sejarah dan pelbagai subjek lagi tu dijual dengan harga serendah RM3. Kalau beli di kedai buku satu buku latihan sekolah rendah dan menengah dalam RM8 ke atas. Dapatlah beli banyak supaya anak-anak siapkan buku latihan sementara emak menonton drama Korea hihihi!
Kalau ibubapa mencari kelas mengaji Al Quran Malaysia boleh hubungi I Luv Quran.
Kalau dah pergi Big Bad Wolf MIECC boleh tinggalkan komen pengalaman kalian?
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.