Tempat Menarik di Kuala Lumpur
Anda sedang mencari tempat menarik untuk dikunjungi pada musim cuti ini? Mari Cik Min senaraikan beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda lawati nanti.
Siapa sangka di KL juga terdapat pelbagai tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi? Walaupun Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang luas, namun pelbagai tempat terbaik untuk anda ‘healing‘ ada di sini tau!
Senarai Tempat Menarik di Kuala Lumpur
1. Taman Burung Kuala Lumpur | Tempat menarik di Kuala Lumpur
Taman Burung KL mempunyai lebih 2,000 burung daripada spesies yang berbeza. Apa yang menarik tentang tempat ini ialah, ia tidak seperti zoo biasa yang hanya boleh melihat burung di dalam sangkar semata-mata.
Ia adalah sebuah taman burung terbuka, dan anda akan dikelilingi dengan burung-burung yang terbang bebas. Anda juga boleh berinteraksi dengan mereka tau! Tiada pagar atau sangkar untuk memisahkan anda daripada burung-burung tersebut, menjadikan ia satu pengalaman yang sangat unik.
2. Taman Rama-rama Kuala Lumpur
Taman rama-rama KL ini merupakan antara yang terbesar di dunia dengan keluasan seluas 80,000 kaki persegi! Di dalamnya, terdapat lebih daripada 5,000 rama-rama hidup berterbangan dan terdapat banyak tumbuhan eksotik yang menjadi habitat kepada rama-rama ini.
Bukan itu sahaja, terdapat juga haiwan-haiwan lain yang menarik untuk dilihat seperti penyu, serangga eksotik dan ikan Koi Jepun.
Taman ini turut direka dengan konsep terbuka, menjadikan pengalaman melawatinya lebih menyeronokkan. Jika bernasib baik, rama-rama mungkin akan hinggap ke kepala atau tangan anda.
3. Taman Eko Rimba
Taman Eko Rimba KL ini pula sememangnya istimewa kerana anda boleh melawati hutan sebenar! Memang memeranjatkan kerana Kuala Lumpur sering dilihat sebangai sebuah bandar besar yang penuh konkrit, tetapi hutan ini terasa seperti kawasan desa yang sunyi dan refreshing.
Suasananya amat redup dan dipayungi pokok-pokok hijau yang merimbun serta tinggi. Terdapat laluan untuk dilalui dan juga laluan tinggi khas di atas, yang mana anda boleh lihat keindahan persekitaran Taman Eko Rimba KL ini.
Ha, amacam? Sungguh mengujakan tempat-tempat yang Cik Min recommend ini kan? Jadi, pastikan anda rangka perjalanan untuk meluangkan masa cuti anda di sini nanti ya!
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Tempat menarik di Kuala Lumpur”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.