Tarikh Cantik untuk Majlis 2022

31/12/2021 by No Comments

Mesti anda semua tidak sabar untuk menanti tahun 2022, bukan? Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang tarikh cantik untuk majlis 2022. Jadi, senanglah untuk anda membuat perancangan sekiranya ingin bercuti bersama keluarga, membuat majlis pertunangan atau majlis perkahwinan.

Mari ikuti perkongsian di bawah! Informasi bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Mysumber.

Tarikh Cantik untuk Majlis 2022

Senarai Tarikh Cantik untuk Majlis 2022

Senarai di bawah merupakan tarikh-tarikh yang cantik untuk mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.

Kebiasaannya, majlis akan diadakan pada hari cuti panjang atau semasa cuti sekolah. Jadi, senanglah untuk saudara-mara terdekat hadir ke majlis anda nanti. Anda dah tak perlu nak risau lagi. Selain itu, anda juga dapat memilih tarikh yang cantik sebagai kenangan.

  • Januari

1 Januari 2022 (Sabtu – Cuti sekolah)
2 Januari 2022 (Ahad – Cuti sekolah)
22 Januari 2022 (Sabtu)

  • Februari

2 Februari 2022 (Rabu – Tahun Baru Cina)
20 Februari 2022 (Ahad)

  • Mac

13 Mac 2022 (Ahad – Cuti sekolah)

  • April

2 April 2022 (Sabtu)
24 April 2022 (Ahad – Awal Ramadan)

  • Mei

2 Mei 2022 (Isnin – Akhir Ramadan dan cuti ganti Hari Buruh)
22 Mei 2022 (Ahad)

  • Jun

6 Jun 2022 (Isnin – Keputeraan Agong)
26 Jun 2022 (Ahad)

  • Julai

2 Julai 2022 (Sabtu)
22 Julai 2022 (Jumaat)

  • Ogos

20 Ogos 2022 (Sabtu)
28 Ogos 2022 (Ahad)

  • September – Tarikh Cantik untuk Majlis 2022

2 September 2022 (Jumaat)
16 September 2022 (Jumaat – Hari Malaysia)

  • Oktober

2 Oktober 2022 (Ahad)
22 Oktober 2022 (Sabtu)

  • November

11 November 2022 (Jumaat)
20 November 2022 (Ahad – Cuti sekolah)

  • Disember

2 Disember 2022 (Jumaat – Cuti sekolah)

Rupa-rupanya, banyak sahaja tarikh-tarikh menarik untuk tahun 2022 ini ya! Memang sesuailah bagi anda yang ingin membuat majlis persandingan, akad nikah dan sebagainya. Mesti ianya akan menjadi memori paling manis dalam hidup anda! Cik Min pun tumpang gembira. Hehehe. Jangan lupa kongsikan info ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mudah untuk mereka booking tarikh untuk majlis nanti.

Untuk maklumat lanjut berkenaan cuti-cuti yang ada pada tahun 2022 seperti cuti sekolah atau tarikh cuti panjang, anda boleh rujuk pautan di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *