Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

30/12/2021 by No Comments

Kita semua tahu bahawa tahun 2021 bakal berakhir tak lama lagi, bukan? Cik Min rasa ramai yang ingin membuat perancangan untuk tahun hadapan pula. Jadi, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang senarai tarikh cuti panjang tahun 2022.

Hal ini bertujuan untuk membantu memudahkan segala urusan yang anda ingin lakukan pada tahun hadapan. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Harian Post.

Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Di bawah merupakan senarai tarikh cuti panjang bagi tahun 2022. Dengan adanya tarikh cuti tahun 2022 ini, Cik Min harap ianya dapat memberi manfaat untuk anda semua sekiranya ingin merancang sebarang majlis istimewa atau percutian bersama keluarga.

Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022
Sumber: Facebook IGGH Tours

Januari 2022 – Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Senarai Cuti Bulan Januari 2022.

  • 1 Januari 2022 (Sabtu): Tahun Baharu 2022 – Semua negeri, kecuali Kelantan, Kedah, Perlis, Johor dan Terengganu.
  • 14 Januari 2022 (Jumaat): Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan.
  • 18 Januari 2022 (Selasa): Hari Thaipusam – Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang.
Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Februari 2022

Senarai Cuti Bulan Februari 2022.

  • 1 Februari 2022 (Selasa): Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
  • 1 Februari 2022 (Selasa): Tahun Baru Cina – Semua negeri.
  • 2 Februari 2022 (Rabu): Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – Semua negeri.
Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Mac 2022 – Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Senarai Cuti Bulan Mac 2022.

  • 1 Mac 2022 (Selasa): Israk dan Mikraj – Negeri Sembilan, Kedah Dan Perlis.
  • 4 Mac 2022 (Jumaat): Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu – Terengganu.
  • 23 Mac 2022 (Rabu): Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor.

April 2022

Senarai Cuti Bulan April 2022.

  • 3 April 2022 (Ahad): Awal Ramadhan* – Johor, Kedah dan Melaka.
  • 15 April 2022 (Jumaat): Good Friday – Sabah dan Sarawak.
  • 15 April 2022 (Jumaat): Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka.
  • 19 April 2022 (Selasa): Hari Nuzul Al-Quran – Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu.
  • 26 April 2022 (Selasa): Hari Keputeraan Sultan Terengganu – Terengganu.

Mei 2022 – Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Senarai Cuti Bulan Mei 2022.

  • 1 Mei 2022 (Ahad): Hari Pekerja – Semua negeri.
  • 3 Mei 2022 (Selasa): Hari Raya Puasa (Aidilfitri)*- Semua negeri.
  • 4 Mei 2022 (Rabu): Hari Raya Puasa (Aidilfitri) Hari Kedua* – Semua negeri.
  • 15 Mei 2022 (Ahad): Hari Wesak- Semua negeri.
  • 17 Mei 2022 (Selasa): Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis – Perlis.
  • 22 Mei 2022 (Ahad): Hari Hol Pahang – Pahang.
  • 30 Mei 2022 ( Isnin): Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan.
  • 31 Mei 2022 (Selasa): Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan.

Jun 2022

Senarai Cuti Bulan Jun 2022.

  • 1 Jun 2022 (Rabu): Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak.
  • 2 Jun 2022 (Khamis): Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak.
  • 6 Jun 2022 (Isnin): Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong – Semua negeri.
  • 19 Jun 2022 (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Kedah – Kedah.

Julai 2022

Senarai Cuti Bulan Julai 2022.

  • 7 Julai 2022 (Khamis): Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia – Pulau Pinang (Penang).
  • 9 Julai 2022 (Sabtu): Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Pulau Pinang (Penang).
  • 9 Julai 2022 (Sabtu): Hari Arafah – Terengganu.
  • 10 Julai 2022 (Ahad): Hari Raya Korban/Haji/Aidiladha – *Semua negeri.
  • 11 Julai 2022 (Isnin): Hari Raya Korban/Haji/Aidiladha (Hari Kedua) – Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.
  • 22 Julai 2022 (Jumaat): Hari Sarawak – Sarawak.
  • 30 Julai 2022 (Sabtu): Awal Muharam – Semua negeri.
  • 30 Julai 2022 (Sabtu): Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang.

Ogos 2022

Senarai Cuti Bulan Ogos 2022.

  • 24 Ogos 2022 (Rabu): Hari jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka – Melaka.
  • 31 Ogos 2022 (Rabu): Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) – Semua negeri.

September 2022

Senarai Cuti Bulan September 2022.

  • 3 September 2022 (Sabtu): Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – Johor.
  • 16 September 2022 (Jumaat): Hari Malaysia – Semua negeri.

Oktober 2022

Senarai Cuti Bulan Oktober 2022.

  • 1 Oktober 2022 (Sabtu): Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah – Sabah.
  • 8 Oktober 2022 (Sabtu): Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak – Sarawak.
  • 9 Oktober 2022 (Ahad): Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) – Semua negeri.
  • 24 Oktober 2022 (Isnin): Hari Deepavali – Semua negeri kecuali Sarawak.
Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

November 2022 – Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Senarai Cuti Bulan November 2022.

  • 4 November 2022 (Jumaat): Hari Keputeraan Sultan Perak – Perak.
  • 11 November 2022 (Jumaat): Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan.
  • 12 November 2022 (Sabtu): Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) – Kelantan.
Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Disember 2022 – Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Senarai Cuti Bulan Disember 2022.

  • 11 Disember 2022 (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor.
  • 25 Disember 2022 (Ahad): Hari Krismas – Semua negeri.
Senarai Tarikh Cuti Panjang Tahun 2022

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *