Review Filem Avatar : The Way of Water

17/12/2022 by No Comments

Review filem Avatar ini panjang dan mungkin mengandungi SPOILER untuk Avatar:The Way of Water.

Masa mula-mula Cik Min menonton Avatar yang pertama pada tahun 2009 (iaitu 12 tahun lepas!) memang dah suka jalan ceritanya.

Filem ini tentang askar marin dan saintis (dipanggil Sky People oleh Na’vi) yang membuat kajian (dinamakan Projek Avatar) tentang penduduk di bulan. Kita panggil makhluk selain di bumi ni makhluk asing (alien) kan? Mereka telah menemui Pandora iaitu sebuah hutan yang sangat cantik didiami oleh penduduk asal iaitu Na’vi (disebut Ngaa-vi). Salah seorang saintis (Tom Sully) yang sepatutnya berasimilasi dengan makhluk tersebut telah mati jadi kembarnya, Jake Sully menggantikan. Jake yang seorang askar marin yang telah lumpuh (paraplegic).

Mestilah Jake seronok sebab dah boleh berlari dan mengeksplorasi dalam tubuh badan barunya sebagai Na’vi. Tapi Jake bukan seorang sahaja. Dia ada beberapa orang kawan.

Review filem Avatar
Gambar sumber Reddit

Dalam Avatar pertama, Jake Sully sesat dan terjumpa Neytiri dari kaum Omaticaya. Beliau terjatuh cinta pada Pandora dan mula merasakan manusia yang sebenarnya membawa banyak kerosakan.

Itu dari Avatar pertama. Dalam Avatar kedua iaitu The Way of Water, Jake Sully dah kahwin dan menjaga 5 orang anak – Neteyam, La’ok, Spider, Kiri dan Tuktirey. Filem kedua ini turut diarahkan oleh James Cameron. Produce by Lightstorm Entertainment dan diedarkan oleh 20th Century Studio. Dalam filem kedua ini, keluarga Sully menerima ancaman dan salah seorang ahli keluarganya diculik oleh Sky People.

Keluarga Jake berpindah

Jadi Jake bawa keluarganya berhijrah ke Laut Pandora menyertai puak Metkayina. Oh ya Kiri tu anak kepada Grace (kawan Jake masa Avatar pertama) yang koma. Spider pula anak Miley Quaritch yang lahir di Pandora tapi baby tak boleh naik kapsul balik ke bumi jadi dia membesar di Pandora. Saintis hasilkan teknologi supaya memori Miley boleh dimuat naik semula ke dalam badan Avatar yang dihasilkan walaupun beliau telah meninggal dunia. Tujuan Miley diwujudkan semula ialah menyambung visi membunuh Jake Sully.

Jake bawa keluarganya menyertai puak Metkayina yang diketuai oleh Tonowari dan Tsahik Ronal. Pada mulanya puak Metkayana sukar nak menerima keluarga Jake Sully sebab bimbang ianya akan mengundang peperangan dan pertumpahan darah melibatkan Sky People. Tapi Jake yakinkan yang dia tidak mahu lagi berperang. Dia hanya ingin menjaga keluarganya.

Untuk membaca plot penuh di pautan ini

Untuk membaca review filem Wakanda Forever di pautan ini

Review Filem Avatar : The Way of Water

Cik Min suka sangat. Rasa nak pergi tengok lagi sekali kali ini nak bawa anak-anak sekali dan tonton yang 3D sebab nak tengok betul-betul suasana dalam laut. Memang cantik terumbu karang dalam laut walaupun animasi grafik tapi kita rasa kita pun dok dalam tu berenang.

Part yang inspire ialah anak-anak Jake diketawakan kerana fizikal mereka yang sedikit berbeza sebab campuran dengan manusia (Jake Sully). Mereka dilahirkan sebagai orang hutan dan apabila berhijrah ke Metkayina ni kena jadi orang laut pula. Kita boleh nampak fizikal orang laut yang mempunyai lengan dan bahagian atas badan yang lebih besar dan kuat.

Ronal dan Tonowari dari puak Metkayina.
Creator: Courtesy of 20th Century Studios | Credit: Courtesy of 20th Century Studios
Copyright: © 2022 20th Century Studios. All Rights Reserved.

Bila kita tengok laut dalam Avatar : The Way of Water ni kita rasa nak pindah duduk kat laut. Tapi ingat, laut dia ni kat angkasa lepas tau haha. Ikan paus dia namanya Tulkun. Dan cerita ni ending dia ada kaitan dengan Tulkun yang menjadi buruan manusia.

Sebagai manusia, Cik Min pula rasa geram pada manusia yang tamak dan selalu membawa kerosakan pada bumi. Dah habis bumi, ke angkasa lepas pula perginya. Terasa macam kita ni sebahagian dari Na’vi yang ingin melindungi dan menghargai hasil tanah air kita.

Tulkun bernama Payakan dan La’ok.

Recommend untuk tonton tak?

Kena pergi tengok ke tidak? Kena pergi. Siapa yang ada anak remaja boleh bawa sekali. Ada banyak elemen kekeluargaan yang memberi pengajaran. Jika ada yang nak kongsi apa kalian belajar dari filem ini di bahagian komen ya!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *