Review Filem Wakanda Forever

29/11/2022 by No Comments

Pada 11 November 2022 Marvel Studios telah mengeluarkan tayangan filem yang ditunggu-tunggu dan ini adalah review filem Wakanda Forever. Ambil maklum yang ini hanyalah pendapat peribadi dan mungkin mengandungi spoiler.

Anda dicadangkan membacanya semula apabila sudah menonton filem Wakanda Forever ini.

Bagi peminat Chadwick Boseman, pemergian aktor ini pada 28 Ogos 2020 pastinya adalah sebuah kehilangan dalam industri perfileman. Lakonan hebat beliau sebagai Tchalla atau Black Panther memang terngiang-ngiang. Sama macam Paul William Walker IV yang berlakon sebagai Brian O’Conner dalam filem Fast & Furious – Min asyik teringat kat depa.

Keseluruhan jalan cerita filem Wakanda Forever

Selama tayangan 2 jam 40 minit ini, watak utama ialah Letitia Wright sebagai Princess Shuri yang berusia 16 tahun. Usia sebenar Letitia Wright ialah 29 tahun tau tapi gaya dan saiz badan dia membuatkan penonton percaya dia remaja bawah 20 tahun. Berkesanlah watak dia jadi remaja.

Princess Shuri

Review Filem Wakanda Forever
Letitia Wright sebagai Princess Shuri dalam Filem Wakanda Forever. Gambar sumber laman web Marvel https://marvelcinematicuniverse.fandom.com/wiki/Letitia_Wright

Kisahnya bermula selepas kemangkatan Tchalla ataupun dikenali sebagai Black Panther. Negara Wakanda iaitu sebuah negara yang mempunyai sumber bumi paling power iaitu Wakandan Vibranium. Banyak negara mahukan elemen tersebut tetapi Wakanda melindungi sumber bumi tersebut. Negara-negara yang lain mencari jalan lain untuk mencari elemen lain di negara (dan tempat lain).
Dan di sinilah segalanya bermula.

Ikut hati Cik Min nak cerita semua tapi cukuplah sampai sini untuk jalan cerita. Kita cerita tentang apa yang menarik dalam filem ni yang membuatkan Cik Min nak tulis review filem Wakanda Forever ni.

Queen Ramonda

Angela Basset sebagai Ramonda. Gambar sumber www.looper.com

Selalunya yang putih melepak tulah standard kecantikan di Malaysia kan. Tapi dalam cerita Wakanda Forever ni hampir kesemua watak utamanya berkulit hitam atau coklat. Ianya akan mengubah persepsi kita tentang kecantikan dimana semua wanita sebenarnya cantik apabila menjaga penampilan. Serius cantik Queen Ramonda ni. Ekspresi wajah dia memang terbaik. Ada scene yang membuatkan Cik Min teringat pada Ziana Zain pun iye hahaha.

Jeneral Okoye

Lagi seorang yang Min suka ialah Jeneral Okoye. Muka dia garang tapi manis dan kuat. Watak pahlawan dalam filem Wakanda Forever ni semuanya fit-fit tau badan diorang. Rasa nak keluar je pawagam terus ke gym. Tapi tidak, keluar je pawagam Min terus pergi makan sebab lapar. Lambert lah lagi nak jadi pahlawan Wakanda wehhh. Tapi tak salah berimpian hahaha.

Danai Gurira sebagai Jeneral Okoye. Gambar sumber Bounding into Comic

Review Filem Wakanda Forever

Filem ni lama weh. Kalau lapar, belilah makanan siap-siap takut karang kita penuh dilema dalam pawagam tu. Nak keluar makan ke nak stay. Nak stay lapar. Nak keluar makan kang tertinggal scene penting. Ada juga scene yang Cik Min terpejam mata sebab masa tengok tu tengahari waktu makan dan waktu rehat.

Penutup cerita dia pada Cik Min tak terjangka. Mungkin siapa yang selalu tengok filem Marvel boleh jangka ending filem tapi Cik Min tak sangka. Simple dan nice penghujungnya.

Recommend untuk tonton tak?

Kena pergi tengok ke tidak? Kena – sebab ada banyak pengajaran antaranya kalau nak badan cantik kena workout hahaha. Selain daripada menjaga negara adalah sebuah kewajipan kita. Ada yang nak kongsi apa kalian belajar dari filem ini di bahagian komen ya!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *