Rakyat Malaysia Dah Boleh Merentas Negeri

11/10/2021 by No Comments

Mulai 11 Oktober 2021 rakyat Malaysia dah boleh merentas negeri termasuk balik kampung. Inilah pengumuman yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia apabila setahun tidak pulang ke kampung halaman. Namun ini tak termasuk bagi kawasan yang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Rakyat Malaysia dah boleh merentas negeri
Rakyat Malaysia dah boleh merentas negeri – Perdana Menteri Malaysia. Gambar sumber Bernama.

Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Pengumuman itu telah dibuat dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra. Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad. Pengumuman Perdana Menteri itu disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Setelah kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri, pasti ramai yang mencari tempat percutian yang menarik, kan? Seronoknya kalau dapat pergi bercuti, misalnya ke Teluk Penyabong. Namun, ada juga usikan nakal tentang aktiviti pelancongan ke negeri-negeri mereka. Rakyat Malaysia memang kreatif!

Rakyat Malaysia dah Boleh Merentas Negeri
Sumber: Facebook

Rakyat Malaysia dah Boleh Merentas Negeri Tapi Perlu Jaga SOP

Aktiviti balik kampung dan pelancongan juga dibenarkan dengan mematuhi SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam dan mematuhi penjarakan sosial. Majlis-majlis keraian yang tertunda seperti majlis perkahwinan, pertunangan, reunion dan sebagainya boleh diadakan dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan. SOP yang perlu dipatuhi untuk majlis tersebut termasuklah tuan rumah perlulah mengehadkan jumlah kehadiran tetamu dalam kalangan ahli keluarga sahaja.

Di samping memakai pelitup muka, penjarakan sosial perlulah dipatuhi walaupun bersama ahli keluarga. Biarpun tiada sekatan jalan raya untuk merentas negeri, pemeriksaan secara rawak oleh pihak berkuasa masih akan dijalankan di RnR dan tempat-tempat awam bagi memastikan SOP terpelihara.

Jaga Keselamatan Diri Sewaktu Merentas Negeri

Rakyat dah boleh merentas negeri menyebabkan aktiviti pelancongan mula rancak. Kehadiran pelancong semakin bertambah terutama di kawasan peranginan seperti kawasan pantai, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Sungai Congkak dan sebagainya. Di samping rakyat Malaysia ditegaskan untuk menjaga SOP, rakyat perlulah menjaga keselamatan diri apabila melancong ke kawasan peranginan. Jangan sampai kegembiraan merentas negeri bertukar menjadi tragedi.

Rakyat Malaysia dah Boleh Merentas Negeri
Sumber: Sinar Harian

Ingat! Bergembira haruslah berpada-pada, keselamatan harus tetap dijaga!

Selamat pulang ke kampung bertemu ibu bapa dan keluarga ya rakyat Malaysia!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di CeritaMalaysia.

Travel, Trend dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published.