Bercuti di Teluk Penyabong

October 20, 2021 by No Comments

Selepas kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri, pasti ramai yang mencari tempat percutian yang menarik, kan? Seronoknya kalau dapat pergi ke Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi. Buka laman web Agoda dan Trivago tapi dua tempat ni dah penuh. Scroll Facebook terlihat satu posting tempat viral di Johor oleh Viral Batu Pahat Johor. Wow! Tidak tahu pula di Johor ada banyak tempat yang menarik! Terus terfikir nak bercuti di Teluk Penyabong.

“Teluk Penyabong Umpama Maldives!” Ini apa yang ditulis oleh Viral Batu Pahat Johor.

Bercuti di Teluk Penyabong
Bercuti di Teluk Penyabong

Wow! Sumpah! Memang cantik! Memang betul-betul seperti Maldives. Air lautnya sangat bersih dan jernih. Boleh nampak apa yang ada di dalam air. Ikan berenang pun mungkin boleh nampak.

Di tepi pantainya pula boleh bersiar-siar di waktu petang sambil-sambil tu boleh tengok matahari terbenam. Cantiknya, Masya-Allah! Tak sangka di Malaysia ada pulau yang cantik dan bersih.

Makanan Goreng Celup Tepung

Kalau pergi bercuti mesti nak cari makan, betul tak? Jika anda memilih tempat untuk bercuti di Teluk Penyabong, wajib beli makanan bergoreng. Di sini, memang terkenal dengan makanan laut celup tepung bergoreng. Semuanya fresh! Ini apa yang dikatakan oleh Viral Batu Pahat Johor dalam postingnya.

Krak! Kruk! Krak! Sambil menulis ni, Cik Min terbayang makanannya dan rasa lapar pula. Hehehe.

Bercuti di Teluk Penyabong
Makanan Laut Goreng Celup Tepung

Tipulah kalau tidak rasa lapar melihat gambar ni. Makanan goreng celup tepunglah kegemaran rakyat Malaysia. Tidak kiralah makanan laut atau buah, sebut saja goreng celup tepung pasti laku. Sotong goreng, udang goreng, ketam goreng, ikan goreng, ayam goreng, pisang goreng, cempedak goreng, tempe goreng dan sebagainya ada dijual di gerai-gerai Teluk Penyabong. Sepertinya penjual tahu apa kegemaran pelancong.

Semua makanan bergoreng ini wajib dinikmati bersama kicap pedas yang sememangnya popular di negeri Johor. Seperti gambar di atas, seorang pelanggan yang sedang menikmati kelazatan makanan bergoreng yang dicicah bersama sambal kicap.

Apa pula kata netizen yang dah pergi bercuti di Teluk Penyabong?

Bercuti di Teluk Penyabong
Sumber: Facebook

Ada juga netizen yang sudah menikmati makanan goreng celup tepung di Teluk Penyabong. Ternyata harga yang dijual juga amat berpatutan. Ada juga yang ingin pergi semula ke Teluk Penyabong apabila ternampak posting di Facebook.

Reaksi Netizen yang Merancang Bercuti di Teluk Penyabong

Pelbagai reaksi dan celoteh netizen apabila melihat posting tempat viral di Johor. Ada yang mentioned ahli keluarga dan rakan untuk rancang bercuti di pantai tersebut.

Bercuti di Teluk Penyabong
Sumber: Facebook

Cik Min ada terbaca akhbar Berita Harian dan Sinar Harian mengenai negeri Johor kini telah digelar sebagai Maldives. Hal ini kerana kebersihan pantai dan airnya yang jernih berserta aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan di pulau-pulau yang terdapat di Johor. Baca selanjutnya di sini.

Kini, rakyat Malaysia tidak perlu berhabis duit untuk bercuti di luar negara. Di dalam negara sudah ada tempat-tempat percutian yang menarik. Mari bercuti di Teluk Penyabong, Johor kerana ianya adalah salah satu hidden gems yang terdapat di dalam negara Malaysia.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published.