Protokol Hari Raya Malaysia 2022

27/04/2022 by No Comments

Pengumuman Protokol Hari Raya Malaysia 2022 adalah pengumuman yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia. Tinggal lagi kurang 6 hari rakyat Malaysia amnya dan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri 2022.

Gambar adalah daripada Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia melalui sidang media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada 4 petang 26 April 2022.

Selepas dua kali raya rakyat Malaysia tidak dapat berkumpul bersama dengan keluarga dan menjalani pelbagai syarat yang dihadkan bagi mengekang penularan wabak Covid 19, kini ianya semakin berakhir.
Pengumuman kerajaan pada petang ini memberikan sinar baru kepada kita semua.

Protokol Hari Raya Malaysia 2022: Boleh ke Takbir Raya dan Solat Sunat Aidilfitri?

Aktiviti takbir raya, Solat Sunat Aidilfitri dan jamuan selepas solat dibenarkan untuk diadakan di masjid serta surau dengan kapasiti 100%. Namun para jemaah diingatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka kecuali waktu makan, berwuduk dari rumah dan membawa sejadah serta telekung sendiri.

Protokol Hari Raya Malaysia 2022

Nak Ziarah Saudara-mara Boleh?

Boleh!

Bagi aktiviti di dalam tempat tertutup (indoor), rakyat digalakkan memakai pelitup muka. Manakala bagi aktiviti di ruang terbuka, pelitup muka tidak lagi wajib.

Bagaimana dengan Pesakit COVID-19?

Pesakit Covid-19 dilarang untuk menyertai mana-mana aktiviti yang dinyatakan di atas.
Begitu juga bagi individu yang bergejala.

Semoga pengumuman Hari Raya Malaysia 2022 ini menceriakan hari raya kita. Slogan #KitaJagaKita akan terus dipegang sehingga situasi ini kembali pulih. Ayuh bersama Keluarga Malaysia!

Protokol hari Raya tahun 2021 boleh dimuat turun disini.

Memang tak dinafikan sepanjang raya 2020 dan 2021 penulis sendiri merasa kurangnya kemeriahan dan takut-takut melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Mana tahu benda yang kita tak pasti dan terbuat di luar sengaja. Dendanya pula bukan calang-calang jumlahnya kan?

Alhamdulillah ianya sudah berakhir bagi tahun ini. Bolehlah penulis menziarah sanak-saudara yang sudah lama tak berjumpa. Namun Covid-19 belum berakhir dan kita mesti berhati-hati. Selalu cuci tangan dengan air dan sabun atau pencuci tangan ya Tuan Puan!

Untuk oghe-oghe Kelate, buleh klik disini sebelum kelik Kelate bagi merancang perjalanan pulang. Sampai di sini dahulu coretan Protokol Hari Raya Malaysia 2022 kali ini. Selamat Hari Raya semua!

•••

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di Cerita Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *