Lokasi Menarik di Langkawi

29/10/2021 by No Comments

Lokasi Menarik di Langkawi
Sumber: Google

Sekarang dah boleh mula merentas negeri, mesti anda semua tak sabar untuk pergi bercuti, bukan? Banyak tempat percutian yang menarik ada di dalam negara kita ni. Jadi, tak perlulah kita nak pergi melancong jauh-jauh. Destinasi pelancongan yang popular tentunya di Langkawi! Sebenarnya banyak lokasi menarik di Langkawi yang kita tak tahu. Cik Min rasa anda semua mesti nak pergi bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan untuk hilangkan stres dan jalan-jalan kan? Jadi, di Langkawilah jawapannya.

Di Langkawi ni bukan saja kita rakyat tempatan yang pergi tau, sebelum pandemik COVID-19 melanda negara dulu, Langkawi sangat terkenal dalam kalangan pelancong di luar negara! Mereka pergi ke Langkawi kerana banyak sangat tempat yang menarik di sana. Dalam entri kali ini, Cik Min nak kongsikan tempat menarik di Langkawi yang best dan menarik untuk anda lawati!

20 Lokasi Menarik di Langkawi

Cik Min nak kongsikan serba sedikit mengenai tempat yang best di Langkawi yang Cik Min dapat daripada Facebook CutiBajet.Co. Info ini dapat memudahkan anda semua membuat pilihan yang tepat untuk pergi bercuti.

1. Lokasi Menarik di Langkawi – Langkawi Cable Car

Bercakap mengenai Langkawi, memang tak sah kalau anda semua tidak berkunjung atau menaiki Langkawi Cable Car. Ia merupakan tarikan utama yang ada di Langkawi. Bagi mereka yang gemar berada di tempat tinggi memang menaiki kereta kabel Langkawilah tempatnya. Semasa menaiki kereta kabel ini anda dapat menikmati pemandangan yang indah dan cantik. Anda juga dapat melihat flora dan fauna yang meliputi hutan dan juga lautan yang ada di sekelilingnya.

Bagi mereka yang gayat, anda boleh menaiki kereta kabel ini tapi jangan pandang bawah tau!

Lokasi Menarik di Langkawi

2. Lokasi Menarik di Langkawi – Paradise 101

Sekiranya pergi ke Pulau Langkawi, anda harus berkunjung ke Paradise 101 ini. Ia merupakan sebuah tempat peranginan yang menarik untuk dikunjungi. Pulau yang juga dipanggil Pulau Paradise 101 merupakan pulau yang berdekatan dengan Pulau Langkawi. Sekiranya anda mahu bermain air dan tidak suka bersesak-sesak, ini antara tempatnya.

Di sini juga menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti jetski, snorkeling dan anda juga boleh bersantai di taman mini Aqua Park di tepi laut!

Lokasi Menarik di Langkawi

3. Lokasi Menarik di Langkawi – Splash Out Langkawi

Splash out Langkawi ini merupakan taman tema yang menarik yang ada di Langkawi. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik di sini seperti kolam ombak dan percikan air gergasi. Kanak-kanak terutamanya memang suka main air jadi, anda wajib bawa anak anda ke Splash Out Langkawi ini!

Sebelum Cik Min terlupa, Cik Min pernah kongsikan artikel yang bertajuk Taman Tema di Malaysia. Anda semua boleh lihat di sini.

Sumber: kkday

4. Langkawi Adventure and Xtreme Park

Siapa yang gemar aktiviti lasak dan ekstrem boleh pergi ke Langkawi Adventure and Xtreme Park ini! Sekiranya anda datang bersama rakan-rakan, anda boleh mencuba aktiviti berkumpulan seperti bermain paintball. Selain itu, anda juga boleh bermain skybike yang merupakan aktiviti yang jarang dilakukan oleh pelancong. Memang gerun apabila bermain skybike ni tapi ianya sangat best tau!

Lokasi Menarik di Langkawi

5. Langkawi Sunset Cruise

Siapa yang suka melihat matahari terbenam, patut pergi ke Langkawi Sunset Cruise ini! Bagi mereka yang agak berkemampuan bolehlah menikmati pemandangan yang cantik di atas kapal mewah ini. Mesti seronok!

Lokasi Menarik di Langkawi

6. Lokasi Menarik di Langkawi – Langkawi Wildlife Park

Lokasi paling recommended untuk anda semua datang! Best sangat. Selalu kan bila pergi ke zoo, tempat yang ada banyak haiwan ni semua haiwan tersebut macam tidur je dalam sangkar kan? Di sini pun ada juga haiwan yang berada dalam sangkar dan yang bebas pun ada tau!

Cik Min memang suka sangat lihat haiwan-haiwan di sini. Pemandangan di tempat ini rasa macam berjalan dalam hutan yang banyak haiwan, seronok betul! Anda boleh merasai pengalaman bagi makan burung, ostrich, pegang arnab yang manja dan macam-macam lagi. Harga tiket masuk ke tempat ini ialah RM24 seorang.

Lokasi Menarik di Langkawi

7. Lokasi Menarik di Langkawi – Underwater World Langkawi

Sekiranya anda semua nak lihat haiwan-haiwan Madagascar, bolehlah datang sini. Haiwan-haiwan di sini semua comel-comel belaka. Di sini juga anda dapat lihat ikan yang besar dan tak pernah anda semua tengok pun hehehe. Apabila anda semua lalu bawah terowong di situ, anda dapat lihat penguin berenang laju je atas kepala, cute sangat.

Harga tiket masuk bagi tempat Underwater World Langkawi ini ialah RM32 seorang.

Lokasi Menarik di Langkawi

8. Lokasi Menarik di Langkawi – Langkawi Outpost Helicopter

Bagi anda yang suka akan aktiviti yang mewah dan santai, Langkawi Outpost Helicopter ini adalah pilihan yang tepat. Anda boleh menaiki helikopter dan melihat pemandangan sekeliling dengan kedua-dua belah mata anda sendiri. Mesti seronok, bukan?

Lokasi Menarik di Langkawi

9. Lokasi Menarik di Langkawi – Umgawa Legendary Adventures

Tak salah lagi Umgawa Legendary Adventures ini merupakan tempat pilihan sekiranya anda gemar dengan aktiviti lasak. Anda boleh membawa pasangan anda atau ahli keluarga mencuba aktiviti di sini.

Harga tiket masuk di sini tidaklah murah, namun anda boleh merasai pengalaman yang menarik dan tak akan anda lupakan seumur hidup. Tarikan utama di sini ialah zipline, ia merupakan laluan panjang yang perlu anda tempuhi. Sambil anda bergantung pada zipline ni, anda dapat menikmati pemandangan sekitar Gunung Mat Chincang, Air Terjun Telaga Tujuh dan banyak lagi!

Lokasi Menarik di Langkawi

10. Lokasi Menarik di Langkawi – Dataran Lang

Kalau ke Langkawi, tak menariklah sekiranya anda tidak pergi ke Dataran Lang ini. Ia merupakan tempat bergambar wajib untuk anda dan keluarga.

Sumber: Hotel.Com

11. Harbour Park Langkawi

Harbour Park Langkawi ini merupakan tempat parking cruise dan yacht. Memang cantiklah untuk bergambar bersama orang yang tersayang.

Anda juga dapat melihat secara dekat kapal layar tersebut!

Lokasi Menarik di Langkawi

12. Lokasi Menarik di Langkawi – Crocodile Adventureland Langkawi

Anda seorang pencinta haiwan dan suka akan buaya? Memang inilah tempat yang perlu ada dalam senarai percutian di Langkawi. Bagi Cik Min, Cik Min suka tengok buaya sedang makan. Nampak berselera ya! Tapi dalam hati ni takut juga walaupun hanya lihat dari jauh.

Selain itu, anda juga boleh melihat pertunjukan dan menyertai banyak aktiviti menarik yang ditawarkan seperti memancing buaya, pertunjukan buaya melompat, memberi buaya makan, sesi bergambar dan sebagainya. Ibu bapa bolehlah bawa anak anda ke tempat ini, mesti mereka suka!

Lokasi Menarik di Langkawi

13. Skytrex Langkawi

Anda ingin melakukan sesuatu yang lasak? Jom ke Skytrex Langkawi. Sekiranya anda pernah dengar tentang Skytrex di Shah Alam, cawangan Skytrex di Langkawi ini pula agak berbeza dan lagi seronok daripada Shah Alam kerana kawasannya yang lebih luas dan waktu operasinya yang lebih kerap.

Memang puaslah kalau dapat beraktiviti dekat sini! Sambil melakukan aktiviti lasak yang ditawarkan, anda boleh menikmati pemandangan yang mengujakan Gunung Mat Chincang.

14. Lokasi Menarik di Langkawi – Jet Ski Tour

Bagi mereka yang gemar aktiviti air boleh bermain jetski di Pulau Langkawi ini. Semestinya, vibes suasananya agak berlainan namun ia cukup menarik untuk dicuba. Cik Min pun tidak pernah main jetski ni. Mungkin seronok dan mengujakan, bukan?

15. Nasi Dagang Pak Malau

Bercakap mengenai makanan memang banyak makanan yang sedap-sedap di Pulau Langkawi ini. Salah satunya Nasi Dagang Pak Malau! Setahu Cik Min, Cik Min pernah rasa Nasi Dagang Terengganu je. Tapi tak sangka, di Langkawi juga kita dapat merasai nasi dagang yang enak ni! Memang layan habislah, makan sambil tengok sawah bendang!

16. 3D Art Langkawi

Antara tarikan lain di Pulau Langkawi ialah 3D Art Langkawi. Tempat ini terletak di Oriental Village dan merupakan tempat yang sesuai untuk anda bergambar kerana terdapat tempat yang menarik di dalamnya. Muzium ini ditempatkan di dalam sebuah bangunan 3 tingkat yang mempamerkan bukan sedikit tapi 200 buah lukisan 3D!

Harga tiket masuk ialah RM38 seorang.

17. Langkawi Mangrove

Lokasi menarik yang anda semua boleh kunjungi ialah Langkawi Mangrove. Di sini, anda dapat merasai pengalaman melihat alam sekitar yang sangat mengujakan. Anda dapat menerokai kepelbagaian flora dan fauna yang ditawarkan hutan paya bakau Langkawi.

Perjalanan yang bakal anda lalui tersebut merupakan kawasan-kawasan seperti sungai yang mengalir tenang, pantai-pantai berpasir putih, pembentukan unik batu-batu kapur dan banyak lagi.

18. Lokasi Menarik di Langkawi – Island Hopping

Banyak lokasi menarik yang akan anda kunjungi sekiranya anda pergi ke Island Hopping ini, antaranya anda akan dibawa pergi ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Harga tiket masuk ialah RM30 seorang.

Sumber: Hotel.Com

19. Lokasi Menarik di Langkawi – Pantai Cenang

Pantai Cenang ini boleh dikatakan terkenal sebagai lambang kemegahan Langkawi. Pemandangan di sekitar pantai ini memang cantik dan unik. Pantai ini memang tempat yang wajib datang kalau ke Pulau Langkawi. Terdapat banyak aktiviti pantai yang anda boleh cuba di sini. Selain itu, anda juga boleh pergi makan-makan atau membeli-belah di sini.

Anda juga boleh mencuba aktiviti menaiki jetski yang berharga RM140, seorang selama 30 minit.

20. Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu ini merupakan pantai yang sangat tenang dan mempunyai pemandangan yang cantik! Anda dapat melihat pulau-pulau dan cruise sedang berlayar sambil itu, anda boleh makan laksa dan layan angin sepoi-sepoi bahasa di pantai tersebut.

Sumber: Hotel.Com

Cik Min rasa semua tempat seronok. Jadi, lokasi menarik di Langkawi yang mana satu menjadi pilihan anda?

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *