Taman Tema Menarik di Malaysia

20/10/2021 by No Comments

Taman Tema Menarik di Malaysia
Sumber: Google

Selepas rentas negeri diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu yang lalu kan, mesti ada yang tak sabar nak pergi bercuti. Sebenarnya banyak sangat tempat yang menyeronokkan dalam negara, yang anda semua tak tahu antaranya taman tema menarik di Malaysia. Di tempat-tempat tersebut anda boleh lepaskan stres dan luangkan masa dengan keluarga atau rakan tersayang.

Ada sesetengah orang suka pergi hiking dan ada juga suka pergi ke tempat terbuka seperti taman tema. Pilihan di tangan masing-masing. Janji masih patuh pada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan lengkap dua dos vaksin. Jadi, di sini admin nak ceritakan antara taman tema menarik di Malaysia yang anda boleh pergi!

Lokasi Taman Tema Menarik di Malaysia

Admin nak ceritakan serba sedikit mengenai taman tema yang best di Malaysia. Ini dapat memudahkan anda semua membuat pilihan yang tepat untuk pergi bercuti.

Sunway Lagoon, Malaysia

Rasanya, semua orang tahu kan taman tema ini? Ia merupakan antara taman tema popular dan telah lama dibuka di Selangor. Tempat menarik yang ada di Sunway Lagoon ini ialah Taman Air, Taman Ria, Taman Haiwan, Extreme Park dan lain-lain. Anda bukan sahaja dapat bermain tapi boleh juga membeli-belah di mall berdekatan iaitu Sunway Pyramid.

Jadi tak perlu dah bersusah payah fikir tempat bercuti yang lain. Di Sunway Lagoon ini, menyediakan banyak sangat tempat yang menarik. Selain itu, ada juga permainan best antaranya adalah Wave Pool, Zambezi River, Victorial Falls, Vuvuzela, Lake Kariba, Surf Beach dan banyak lagi. Tak hairanlah, Sunway Lagoon menjadi lokasi pertama bagi Taman Tema Menarik di Malaysia.

Nak permainan yang agak mencabar, pergi la ke sini nanti!

Taman Tema Menarik di Malaysia
Sunway Lagoon, Selangor

Legoland, Malaysia

Taman Tema Legoland secara rasminya telah dibuka pada tahun 2012 dan ia merupakan taman tema pertama di Asia Tenggara. Taman tema ini terletak di Johor Bahru. Terdapat lebih 40 permainan menarik serta lebih 70 model yang disediakan. Antara permainan yang ada di taman tema ini adalah gelongsor air, Built-a-Raft River, Joker Soaker dan banyak lagi tempat yang menarik.

Taman tema ini juga menyediakan pemandangan yang cukup menarik dan mewah untuk anda yang gemar akan suasana yang agak sedikit berlainan.

Taman Tema Menarik di Malaysia
Legoland Malaysia, Johor

Berjaya Times Square Taman Tema Menarik di Malaysia

Jika anda menetap dan bekerja di Kuala Lumpur dan tidak ada masa untuk bercuti ke tempat yang jauh, anda mungkin boleh bercuti ke Berjaya Times Square ini! Taman tema ini mempunyai 8 tingkat dan dikenali sebagai taman tema tertutup kedua terbesar di Asia. Taman tema ini juga terletak di tengah-tengah pusat bandar.

Di taman tema ini terdapat dua tempat menarik iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden yang mempunyai pelbagai jenis permainan. Antara permainan yang ada ialah Supersonic Odyssey bagi orang dewasa. Kanak-kanak pula boleh bermain di Fantasy Labyrinth, tempat yang direka khas untuk mereka bermain.

Anda boleh membawa keluarga anda ke sini dan meluangkan masa bersama-sama mereka!

Taman Tema Menarik di Malaysia
Berjaya Times Square

Lost World of Tambun

Kalau anda semua pergi Perak, admin sarankan pergilah ke Lost World of Tambun ni. Memang seronok! Banyak tempat yang menarik yang menyediakan aktiviti seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders, Kids Explorabay dan banyak lagi. Jadi sekiranya anda suka permainan yang agak lasak dan bersahaja bolehlah pergi ke sini!

Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati kehijauan alam yang berada di sekeliling taman tema ini. Harga bagi tiket masuk ke taman tema ini ialah RM 85 untuk dewasa dan RM 75 bagi kanak-kanak.

Lost World of Tambun

Escape Theme Park Taman Tema Menarik di Malaysia

Taman tema ini terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Taman tema ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya aktiviti bertali tinggi, luncur keluang, gelongsor, menara pendakian dan tarikan mesra kanak-kanak. Ia merupakan antara tempat wajib pergi sekiranya anda berada di Pulau Pinang! Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti di taman tema ini.

Di sini juga ada menyediakan gelongsor air terpanjang di dunia. Taman tema ini juga menjadi pilihan yang terbaik di Malaysia seperti yang tersenarai dalam laman penilai percutian antarabangsa, TripAdvisor.

Escape Theme Park

Skytropolis Indoor Theme Park

Sekiranya anda bosan di rumah tetapi mahu bercuti di tempat yang agak mewah, anda boleh pergi ke taman tema Skytropolis di Genting. Melihat saja tempat-tempat menarik di sana, anda mesti jatuh hati! Tempat ini telah ditutup untuk renovation tapi dibuka semula pada tahun 2018 sebagai “Skytropolis Funland”.

Anda juga boleh bersuka-ria bersama keluarga bermain pelbagai amazing rides yang hanya berharga RM 10 pada hari biasa dan RM 15 pada hari minggu! Antara permainan yang menarik ialah Disco, Spin Crazy, Power Sugee dan pelbagai lagi permainan lain. Selain itu, terdapat juga family rides seperti Balloon Race. Skytropolis sangat sesuai menjadi taman tema menarik di Malaysia.

Skytropolis Indoor Theme Park

Desaru Coast Adventure Waterpark

Kalau anda mahu bercuti ke tempat menarik selain Legoland, anda perlu ke Taman Tema Air Desaru yang juga terletak di negeri Johor. Di Desaru Coast ini juga mempunyai tempat yang menyeronokkan seperti kolam terbesar di Malaysia. Hebat kan?

Selain itu, terdapat banyak permainan dan ride yang ada di sini antaranya Rollercoaster air yang dipanggil Kraken’s Revenge. Orang dewasa pun dah rasa teruja nak bermain inikan pula kanak-kanak. Sekiranya anda bercuti bersama keluarga anda boleh bermandi-manda di Tidal Wave. Mesti seronok! Waktu operasi bagi taman tema ini ialah pada jam 10 pagi hingga 6 petang.

Harga bagi tiket masuk ke taman tema ini ialah RM 76 untuk dewasa manakala RM 56 bagi kanak-kanak dan warga emas. Menariknya! Admin pun rasa nak pergi dan admin setuju tempat ini sesuai jadi taman tema menarik di Malaysia.

Sumber: Laman sesawang Desaru Coast

Splash Out Langkawi Taman Tema Menarik di Malaysia

Seronok jika anda dapat bercuti ke Langkawi, bukan sahaja pantainya yang cantik namun di Langkawi juga terdapat taman tema yang sangat menarik iaitu Splash Out Langkawi. Ia merupakan taman tema pertama yang dibuka di sana pada tahun 2019. Splash Out Langkawi menyediakan banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya Wild Water, Sprinkle Island, Ragin’ Races, River of Life dan banyak lagi.

Waktu operasi bagi taman tema ini ialah pada hari Isnin hingga Khamis dibuka mulai 10 pagi hingga 6 petang, manakala pada hari Jumaat hingga Ahad dibuka pada 10 pagi hingga 7 petang.

Bayaran tiket bagi taman tema ini dewasa (13 – 60 tahun) – RM75, kanak-kanak (90 cm – 12 tahun) – RM55 dan warga emas (60 tahun ke atas) – RM40. Semua peringkat umur boleh bercuti di Splash Out Langkawi sambil bergembira bersama keluarga. Splash Out Langkawi sangat sesuai menjadi tempat perlancongan dan taman tema menarik di Malaysia.

Taman Tema Menarik di Malaysia
Sumber: kkday

Admin rasa semua tempat seronok. Jadi taman tema menarik di Malaysia yang mana mencuit hati anda? Tepuk dada tanya selera.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *