Ibu Jaga Jaga Risau Anak Obesiti – Pakar Diet
Cik Min terpanggil untuk kongsikan penulisan seorang Pakar Diet iaitu Puan Lily Moha tentang risau anak obesiti. Beliau boleh diikuti di pautan ini.
Pada mulanya Puan Lily Moha segan nak kongsikan penulisan ini sebagai artikel sebab katanya ini macam ayat berbual. Tapi Cik Min rasa ianya sangat bermanfaat sebagai pengajaran untuk kaum ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak tentang diet dan pemakanan.
Risau Anak Obesiti
Patient kanak-kanak mai jumpa dengan berat hampir 70kg pada usia baru 8 tahun.
Mak kata, kalau ikut kan dari awal dia takmau mai jumpa dietitian.
Semua discussion tamat sebab semua suggestion dia tolak mentah-mentah.
Maka makcik Lily pun build rapport sajalah dulu supaya next time dia mai boleh buat agreement.
Dia tunjuk dalam beg sandang ada cucoq kodok seplastik. Tunjuk coklat mata ni kat saya. Dia cerita dia pandai masak sendiri siap boleh goreng ayam dalam kuali.
Lepas tu saya kalih kat mak untuk guna kuasa autoriti emak. Saya kata, tak adil kalau salahkan anak sebab kita yang biasakan anak dengan budaya macam ni. Bukan dia beranak-beranak terus pandai bancuh ayaq. Tak adil jugak lah semua dalam keluarga dapat makan sedap, beli stok ayaq manis, beli stok megi, beli stok sosej tibehhhh tak bagi anak sorang ni ja makan.
Mak kata, “Salah kak lah ni duk biaq dia!”
Yes. On point.
Bila dah hit spot tu mudah sikit nak buat agreement dengan mak.
Mak susah hati sebab anak tak reti minum ayaq kosong. Buat dalam peti ais ayaq kosong, anak langsung tak sentuh.
First point: Jangan beli ayaq manis, kordial, dan lain-lain.
Dia sambut, “Kakak boleh beli sendiri”
Saya jawab, “Mak kawal jumlah duit dalam tangan”
Makcik Lily ni garang. Cuma dia malas nak marah ja selalunya.
Kalau mak tak kawal sekarang, saya risau dalam tempoh beberapa bulan akan hit 70kg pada usia tak sampai 9 tahun. Sekali makan nasi ayam 3 ketul. Kalau ayam 3 ketul saja takpa, tapi kalau habaq nasi dengan ayam tiga ketul tu di Kedah kebiasaannya akan datang dengan nasi sepinggan penuh sebab dia seorang boleh makan megi 3 bungkus sekali jalan.
Kena faham yang growth hormone depa sangat banyak, dan anak macam ni biasanya akan duduk belakang kalau berbaris sebab depa yang paling tinggi/besar berbanding kawan seusia. Belakang leher dah hitam, dan very strong family history of DM.
Dak, dak.
Saya tak blame emak atau anak.
Sebab mak pun runsing sebab tu dia mai jumpa dietitian.
Saya nak cerita supaya kawan-kawan pun sama, take charge of what your children are eating. Putting the blame on them tak kena sebab kitalah yang mencorakkan apa yang depa makan.
Taklah sampai semua tak boleh makan tapi sekurang kurangnya kawal lah jumlah makanan anak anda dan kurangkan ultra processed foods. Anak memang akan minta, but at least pada usia tanggungjawab kita, kita kawal lah. Esok-esok depa dah besaq ikut depa lah.
Tapi sungguh benar apa yang Puan Lily katakan. Semuanya bermula dari rumah. Dan kitalah yang bersalah kerana tiada ilmu. Mungkin cara pemakanan kita dan anak-anak sebelum ini kurang sihat dan boleh diperbetulkan bersama. Atau mungkin juga kita sebagai ibubapa hanya membiarkan anak-anak menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan alasan “Makanlah selagi lalu makan.”
Banyak penyakit bermula dari perut iaitu apa yang kita ambil sebagai makanan. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi dan dikongsikan kepada ibubapa yang lain.
Jika ibubapa mencari kelas untuk menghafal Al Quran boleh baca di sini ya.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem