Banjir Baling Julai 2022

07/07/2022 by No Comments

Malaysia digemparkan dengan Banjir Baling Julai 2022. Kejadian banjir berlaku di kawasan Kupang, Baling.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, hujan dilaporkan bermula kira-kira pukul 2 petang sebelum air sungai melimpah ke rumah penduduk yang berada berdekatan tebing.

“APM Baling mula menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 6 petang, sebelum anggota digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemantauan dan mendapati beberapa rumah penduduk sudah dinaiki air.

Banjir Baling Julai 2022
Gambar sumber Malaysia Now

Banjir Baling Julai 2022

Masa Cik Min baca berita tu dah malam dalam pukul 9 malam sebab ada kawan-kawan share di media sosial. Terus mesej kawan-kawan yang tinggal di kawasan Baling bertanya khabar.

Sumber dari MalaysiaNow menyatakan 3 mangsa banjir telah selamat dikebumikan pada 6 Julai 2022.

Tiga maut di dalam kejadian ini. Jenazah ibu yang hamil empat bulan, Nurul Anis Abu Hassan, 23, bersama janinnya serta ibu mentuanya yang lumpuh Salmah Mat Akib, 53, dan adik iparnya Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, tiba di pekarangan Surau Al-Istiqamah, Kampung Charuk Bemban Dalam pada 4.25 pagi.

Jenazah janin itu didukung bapanya Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24, sebelum dibawa masuk ke dalam surau untuk disolatkan.

Banyak kerosakan harta benda

Memang banyak kerosakan harta benda yang berlaku selepas banjir reda. Namun rakyat Malaysia terus bersatu hati membantu dari segala segi. Semoga kaum keluarga dan sahabat handai kita dilindungi dari segala bencana.

Sebelum ini Cik Min ada menulis tentang tuntutan insurans selepas banjir di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *