Wanita Malaysia Memiliki Darah Emas

30/11/2021 by No Comments

Siapa sangka, seorang wanita Malaysia yang berasal dari Terengganu ini akan menjadi tumpuan ramai kerana beliau disahkan memiliki darah emas?

Perkara tersebut menjadi viral di media sosial setelah satu posting yang dikongsi di Facebook Derma Darah Terengganu mengenai wanita tersebut.

Dalam posting itu, dinyatakan bahawa seorang wanita tempatan menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang memiliki keistimewaan tersebut.

Wanita Malaysia Memiliki Darah Emas – Rh-null

Anda pasti mengetahui tentang kumpulan darah seperti A, B, AB dan O. Tapi, bagaimana pula dengan kumpulan darah emas, Rh-null ini?

Apa pula keistimewaannya sehingga diberi gelaran darah emas?

Untuk pengetahuan anda, Rh-null digelar sebagai The Golden Blood atau darah emas kerana kesukaran untuk menemui manusia yang memiliki kumpulan darah tersebut.

Difahamkan, hanya 1 daripada 6 juta manusia di dunia ini yang memiliki kumpulan darah tersebut dan wanita Malaysia ini menjadi salah seorang daripada 43 orang di dunia memiliki darah emas itu.

Dalam 43 orang tersebut, hanya 10 orang sahaja yang aktif dalam kegiatan menderma darah.

Darah Emas Yang Dimiliki Wanita Malaysia Dibekukan

Menurut posting di Facebook tersebut, pihak Tabung Darah Negeri Terengganu memaklumkan bahawa terdapat kelainan pada darah wanita tersebut yang dikesan pada tahun 2016.

Wanita Malaysia Memiliki Darah Emas
Sumber: Kosmo Online

Pihak mereka mengambil sampel darah wanita tersebut dan dihantar ke makmal luar negara untuk menjalankan ujian kumpulan darah.

Berdasarkan informasi yang Cik Min dapat, darah emas yang didermakan oleh beliau akan diserahkan ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur.

Kemudian, darah emas tersebut akan dibekukan sebelum disimpan dengan suhu serendah -80 darjah Celcius dalam peti nitrogen dengan durasi masa selama 10 tahun.

Wow. Menarik, kan?

Jadi, kenapa perlu bekukan darah emas tersebut? Bukankah darah perlu diserahkan kepada hospital dan didermakan kepada orang yang memerlukan?

Darah Emas Milik Wanita Tersebut Boleh Diterima oleh Semua Kumpulan Darah

Sebenarnya, darah emas yang dibekukan akan dicairkan semula sekiranya ada manusia yang memerlukan darah tersebut.

Dan tidak mustahil, empunya darah emas ini juga akan memerlukan darahnya sendiri suatu hari nanti. Misalnya, wanita Malaysia yang memiliki darah emas tersebut mungkin memerlukannya juga nanti.

Fakta menarik mengenai darah emas ini adalah ia boleh didermakan kepada semua orang walaupun mereka berlainan kumpulan darah.

Wanita Malaysia Memiliki Darah Emas
Sumber: GoraJuara

Jenis darah ini dianggap sebagai penyelamat nyawa kerana sifatnya yang paling universal kerana tidak mempunyai antigen.

Anda boleh membaca mengenai fungsi antigen dengan lebih lanjut di sini.

Oleh kerana darah ini tidak mempunyai antigen, maka ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko berlakunya penolakan semasa proses transfusi oleh penerima.

Bagaimana? Anda rasa tertarik dengan kisah darah emas ini?

Cik Min berminat nak berkongsi satu drama bersiri yang terkenal, iaitu Grey’s Anatomy.

Drama ini mengisahkan tentang seorang pesakit yang memiliki kumpulan darah emas seperti dalam kisah wanita ini.

Anda boleh menonton drama bersiri ini dalam episod 24, musim yang ke-15.

Selamat menonton!

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *