Wabak JE Punca Kematian di Kota Setar

29/11/2021 by No Comments

Baru-baru ini, wabak Japanese Encephalitis atau JE dilaporkan menjadi punca kematian di Kota Setar, Kedah. Kes ini sangat trending di Internet dan media sosial dan giat dilaporkan oleh akhbar online, termasuklah Berita Harian, Sinar Harian dan Harian Metro.

Cik Min sedia maklum bahawa wabak ini telah berlaku di negara-negara Asia, antaranya ialah Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina, China, Jepun, Korea dan juga Malaysia.

Wabak ini disahkan boleh menjangkiti manusia dan haiwan seperti khinzir dan burung liar melalui gigitan nyamuk Culex tritaeniorhynchus, Culex gelidus, Culex vishnui dan Culex fuscocephala yang dijangkiti virus ini.

Wabak JE Punca Dua Kes Kematian di Kota Setar

Menurut berita yang Cik Min baca di portal akhbar online, wabak JE yang menjadi punca dua kes kematian di Kota Setar, Kedah telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Wabak JE Punca Kematian
Gambar sekadar hiasan. – Sumber: Intisari

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Dr. Othman Warijo menyatakan bahawa dua kes wabak JE tersebut dilaporkan pada tarikh yang berbeza, iaitu pada 18 November dan 25 November 2021.

Wabak JE Punca Kematian
Sumber: Astro Awani

Malangnya, kedua-kedua mangsa yang dijangkiti virus JE telah meninggal dunia.

Beliau turut menyatakan bahawa jumlah kumulatif kes JE di Kedah yang dilaporkan pada tahun ini (sehingga 25 November lalu) adalah 10 kes berbanding 8 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 25%.

Disebabkan wabak tersebut, sebanyak 3 orang mangsa daripada 10 kes telah meninggal dunia.

Aktiviti Kawalan Wabak JE akan Dilaksanakan

Wabak JE Punca Kematian
Semburan ruang thermal atau ‘fogging’ di kawasan berisiko. – Sumber: KlikDokter

Ekoran kejadian tersebut, Dr. Othman Warijo memaklumkan bahawa Pejabat Kesihatan Kota Setar dan Jabatan Kesihatan Negeri akan melaksanakan aktiviti kawalan wabak dengan segera.

Kawalan vektor melalui semburan ruang thermal dan larvasiding akan dilakukan di lokaliti kediaman pesakit yang terjangkiti, dan juga di kawasan berisiko di lokaliti wabak itu.

Dalam pada masa yang sama, kajian entormologi di lokaliti wabak dan pengesanan kes secara aktif (ACD) di kawasan terlibat akan dilaksanakan oleh Pegawai Sains Kaji Serangga.

Tambah beliau lagi, semburan racun serangga boleh dilakukan pada pukul 10 malam untuk membunuh nyamuk-nyamuk dewasa.

Cara Pencegahan Wabak JE daripada Menjadi Punca Kematian

Cik Min pasti ramai yang mulai gelisah selepas mengetahui mengenai wabak ini, terutamanya kepada penduduk di sekitar utara Malaysia.

Apa tidaknya, wabak tersebut dikhabarkan boleh tersebar ke merata tempat, termasuklah di seluruh dunia.

Namun anda jangan risau. Kita boleh mencegah wabak JE daripada menjadi punca kematian dengan beberapa kaedah. Antaranya adalah seperti berikut:

Salah satu tempat pembiakan nyamuk. – Sumber: Harian Metro
  1. Hapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk dan pemeriksaan 10 minit seminggu perlu dilakukan bagi memastikan kawasan persekitaran bebas daripada pembiakan nyamuk.
  2. Kurangkan aktiviti di luar untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada gigitan nyamuk.
  3. Sembur insect repellant pada kulit yang terdedah sebelum melakukan aktiviti luar terutamanya antara waktu senja hingga subuh.
  4. Tingkap haruslah ditutup dan sembur racun serangga, lingkaran ubat nyamuk atau kepingan penghalau nyamuk ketika anda berada di dalam bangunan.
  5. Digalakkan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang. Anda dinasihati untuk tidak memakai pakaian berwarna gelap kerana dikhuatiri akan menarik perhatian nyamuk.
  6. Suntikan vaksin hanya akan diberikan kepada penduduk yang berisiko dan bayi berumur 9 bulan dan ke atas di Sarawak sahaja.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami demam, sakit kepala dan muntah, segeralah mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di klinik-klinik kesihatan berdekatan.

Dengan tindakan anda itu, nyawa anda dan orang terdekat mungkin dapat diselamatkan.

Stay safe semua.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *