Video Keselamatan MAS #SatuDuaTigaJom

09/02/2023 by No Comments

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines ataupun MAS, telah mengeluarkan sebuah video keselamatan #SatuDuaTigaJom. Video keselamatan ini melibatkan ramai individu daripada pelbagai latar belakang, menjadikan ia sebuah video keselamatan istimewa.

Pelbagai mesej penting berkaitan keselamatan di dalam kapal terbang telah di highlightkan melalui video tersebut, supaya para penumpang lebih peka apabila menaiki pesawat.

Fuh … Cik Min lihat video ini sangat kerlasss dan mampu menarik minat bukan sahaja para pelanggan Malaysia Airlines, malah semua rakyat Malaysia juga kerana cara penyampaian mesej mereka sangat kreatif!

Individu yang Terlibat

Terdapat ramai individu yang terlibat di dalam video keselamatan MAS #SatuDuaTigaJom ini demi menjayakan sebuah video yang menarik. Mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini amat menjiwai peranan masing-masing tau!

Video Keselamatan MAS #SatuDuaTigaJom

Antara nama-nama hebat yang menjayakan penghasilan video ini adalah;

  • • Diana Danielle (Actress)
  • • Datin Lisa Surihani (Actress)
  • • Sangeeta Krishnasamy (Actress)
  • • Tan Sri Dr Mazlan Othman (Astrophysicist)
  • • Tan Sri Dr Jemilah Mahmood (Merci Malaysia Founder)
  • • Farah Ann Abdul Hadi (Artistic Gymnast)
  • • Francisca Luhong (Miss Universe Malaysia 2020)
  • • Syomir Izwa Gupta (Fashion Designer)
  • • Arabyrd (Rapper)

…dan ramai lagi! Video hebat ini telah dihasilkan oleh Enfiniti, yang diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina. Beliaulah yang telah mengeluarkan idea untuk menghasilkan sebuah video berinformasi, namun tetap kelihatan menarik dan menawan di mata penonton.

Mesej Penting | Video Keselamatan MAS #SatuDuaTigaJom

Setiap video yang dihasilkan pasti ada tujuannya yang tersendiri. Jadi melalui video ini, dapat kita lihat ia cuba memberi peringatan tentang keselamatan orang awam seperti:

1. Panduan keselamatan penerbangan

  • • Bagasi perlu disimpan di bawah tempat duduk hadapan atau di tempat penyimpanan yang disediakan di bahagian atas.
  • • Pemadaman dan penyimpanan semua peranti elektronik adalah ditegaskan.
  • • Peraturan penerbangan melarang rokok sejak tahun 90an.
  • • Cara pemakaian seatbelt dengan betul.

2. Peringatan tentang corong oksigen

3. Peringatan tentang safety Information card

Dekat Mana Nak Tengok Video MAS Ini?

Teaser video ini telah dikongsikan di laman Instagram Malaysia Airlines dan video penuh pula boleh ditonton di YouTube.

Video keselamatan MAS #SatuDuaTigaJom yang dihasilkan ini juga telah memperoleh sejumlah views yang banyak kepada akaun YouTube MAS iaitu sebanyak seratus lima puluh lima ribu views (155k), serta dibanjiri dengan lebih 1000 comment positive. Selamat menonton!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Video Keselamatan MAS #SatuDuaTigaJom”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *