Ucapan Throwback Animasi Didi And Friends
Jika anda ialah peminat animasi tempatan, sudah pasti anda tahu tentang ucapan throwback oleh CEO Digital Durian mengenai animasi Didi and Friends di Facebook.
Apa tidaknya, animasi yang semakin meningkat naik itu akan bertukar milik kepada pengasas bersama Durian Digital, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian.
Untuk pengetahuan anda, Didi and Friends merupakan satu animasi berbentuk pendidikan awal kanak-kanak mengenai pemeliharaan haiwan-haiwan yang semakin pupus.
Ia juga berperanan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak supaya tidak menghancurkan habitat haiwan tersebut.
Namun begitu, animasi tersebut tidak hanya dikhaskan untuk tontonan kanak-kanak semata-mata. Semua peringkat umur juga boleh menontonnya.
Animasi yang diterbitkan pada tahun 2014 itu, mula bersiaran di Astro Ceria untuk tontonan umum.
Kemudian, animasi tersebut disampaikan dalam bentuk filem (Konsert Hora Horey Didi & Friends) pada tahun 2017.
Ucapan Throwback Animasi Didi and Friends – CEO Durian Digital
CEO Digital Durian, Sinan Ismail mengimbas kembali perjalanan mencapai impiannya, iaitu menghasilkan kartun animasi di Facebook.
Status yang dikongsikan oleh beliau itu ternyata berjaya membuatkan ramai peminat animasi tersebut merasa sebak.
Apa tidaknya, dalam status berkenaan, beliau menceritakan semua detik pahit dan manis sepanjang perjalanan menghasilkan animasi Didi and Friends.
Di bawah ini, Cik Min kongsikan kepada anda gambar screenshot daripada status CEO Durian Digital tersebut.
Melalui Ucapan Throwback Animasi Didi and Friends tersebut, banyak pengajaran yang kita boleh pelajari daripada pengalaman beliau.
Antaranya, teruskan berusaha untuk mencapai apa yang kita ingini, kerana bak kata pepatah yang sering digunakan pada masa kini, ‘Hasil Tidak Akan Mengkhianati Usaha’.
Part yang paling menyentuh hati Cik Min mengenai status itu adalah ketika beliau mengungkapkan bahawa banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi sepanjang penghasilan animasi tersebut.
Daripada mengalami kegagalan sebanyak dua kali dalam pertandingan Intellectual Property Creators Challenge (IPCC) pada tahun 2009 dan 2010, sehinggalah berjaya menapak dalam industri ini.
Berbekalkan berkat usaha dan keberanian diri, syarikat Durian Digital akhirnya berjaya memperoleh kemenangan pada tahun 2012.
Durian Digital sememangnya meletakkan harapan yang tinggi terhadap animasi ini, ekoran perniagaan mereka yang lain, iaitu Style Weddings mengalami kemerosotan.
Sebak, kan?
Khas Untuk Anda – Selain Daripada Ucapan Throwback Animasi Didi and Friends
Cik Min selitkan juga salah satu video animasi Didi & Friends di bawah untuk hiburan anda.
Bagaimana? Anda dah melihat video di atas? Menarik, kan? Haa lepas ini, bolehlah anda tengok video-video yang lain.
Grafiknya yang sangat cantik, disertai dengan rentak lagunya pasti akan membuatkan kita tertarik untuk ikut sekali menyanyi.
Walau bagaimanapun, Cik Min berharap animasi Didi and Friends akan terus bersiaran di kaca televisyen bagi menghiburkan kita semua.
Selamat maju jaya juga diucapkan kepada Sinan Ismail dalam perjalanan kerjayanya selepas ini.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem