Tular Komen dipadam di FB KKM

13/02/2022 by No Comments

Cik Min perasan dari semalam, telah tular komen dipadam di FB KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) melalui hantaran ini.

Tular Komen dipadam di FB KKM: Komen Netizen

Seperti biasa, bila ada sahaja kes-kes sebegini, maka ruangan komen pun pasti akan dibanjiri secara bertalu-talu.

Tular Komen dipadam di FB KKM

Masa itu Cik Min terfikir, apa yang mencetuskan trigger komen ni? Curious dibuatnya.

Dalam Facebook page memang ada kata terlarang yang boleh admin masukkan supaya apabila perkataan itu keluar, komen akan auto banned ayat tersebut daripada disiarkan di FB kita.

Lama juga Cik Min duduk depan FB KKM tu sebab nak tengok sama ada semua komen memang akan jadi begitu, atau yang ada kata-kata kesat sahaja. Tak berapa lama, Cik Min tersedar yang ia hanyalah komen yang dipaste oleh pembaca.

Memang huru-hara betul ruangan komen tersebut. Ada juga yang mungkin sudah tahu, tapi mahu turut menyertai troll ini lalu menambahkan lagi komen yang dipaste tersebut.

Hantaran KKM yang di troll oleh netizen

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 81 ribu komen berada di ruangan hantaran tersebut.

Tular Komen dipadam di FB KKM
Tular Komen dipadam di FB KKM
Tular Komen dipadam di FB KKM
Tular Komen dipadam di FB KKM

Semua gambar-gambar ini saya dapatkan daripada Tuan Inamul Hasan di FB beliau. Boleh baca ulasan beliau juga.

Memang terasa ‘sesuatu’ sangatlah bila kita tengok semua komen-komen kena delete kan? Seperti diajak datang ke rumah. tapi tak kasi masuk, hihi. Jadi netizen pun marahlah…

Tapi pada satu sudut yang lain ialah, kalau kita marah sekalipun, tetap akan ada saluran yang lebih tepat untuk kita sampaikan aduan tersebut tau. Jadi, jangan mudah marah ya semua? Takut cepat tua… Orang yang kata, bukan Cik Min yang kata! Haha

Info Covid-19

Poster di bawah ini Cik Min ambil di FB Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sebarang aduan berkaitan dengan Covid-19.

Poster KKM tentang sebarang pertanyaan berkenaan Covid-19

Mari kita jadi seorang yang lebih banyak menyelidik untuk memahami sesuatu perkara yang berlaku, terutamanya seperti isu tular komen dipadam di FB KKM ini ya!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *