Tragedi Rayan Terperangkap Diselamatkan

06/02/2022 by No Comments

Gempar seluruh dunia dengan tragedi Rayan terperangkap diselamatkan.

Kisah di mana seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun yang terjatuh dan terperangkap selama lebih dari tiga hari sejak 1 Februari lalu, di dalam sebuah perigi kering sedalam 30 meter di Kampung Ighran, wilayah Chefchaoen, utara Maghribi. Terperangkap sejak hari Selasa lalu, pasukan penyelamat akhirnya dapat membuat lubang berhampiran dengan tempat Rayan terperangkap untuk menyelamatkannya.

Tragedi Rayan terperangkap diselamatkan

Sebelum tragedi berlaku, Rayan dikatakan mengikut bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Sedang bapanya sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut sebelum terjatuh. Lebih malang lagi apabila lubang perigi terbabit hanya berukur lilit sebesar 25 sentimeter sahaja. Tidak cukup dengan itu, semakin dalam, ruangnya juga semakin sempit.

Seperti gambar di bawah, bantuan makanan, minuman dan oksigen telah diberikan buat Rayan dengan menggunakan hos yang dimasukkan ke dalam perigi, sementara pasukan penyelamat berusaha untuk menyelamatkan anak ini.

Tragedi Rayan terperangkap diselamatkan

Usaha mencari dan menyelamat mangsa menjadi tular setelah video kejadian distrim secara langsung di kebanyakan platform media sosial. LIVE streaming YouTube tentang misi menyelamatkan Rayan juga boleh ditonton di seluruh dunia.

Walaupun tidak dapat membantu, warganet turut menantikan perkembangan Rayan di media sosial dan turut menzahirkan rasa sedih serta ucapan takziah buat keluarganya menerusi hashtag #SaveRayan.

Rayan ditemui kira-kira pada waktu Malaysia 4.30 pagi, dan beliau berada dalam keadaan yang cedera dan sangat lemah.

Tragedi Rayan terperangkap diselamatkan

Walau bagaimanapun, usaha itu berakhir selepas pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus melaksanakan kerja menggali, menemui Rayan di dasar perigi terbabit dan disahkan telah pun meninggal dunia.

Sumber: INDEPENDENT

Seluruh dunia turut bersedih dengan kematian Rayan. Tragedi Rayan terperangkap diselamatkan dalam perigi ini telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam, apatah lagi kepada ibu bapa yang mempunyai anak seusia beliau semestinya. Telatah dan kerenah yang pasti akan dirindui.

Selamat kembali ke alam seterusnya wahai Anak Syurga.

Tragedi Rayan terperangkap diselamatkan

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *