Tol Percuma Sempena Aidilfitri

28/04/2022 by No Comments

Ramai ke yang rancang nak pulang ke kampung halaman raya ni? Haa, bagi yang belum pulang lagi, kenalah rancang perjalanan betul-betul kali ni! Tambah pula, bila Pendana Menteri Malaysia dah umumkan tentang tol percuma dan diskaun yang bakal diberikan. Mesti semua makin excited nak menziarah saudara-mara yang dah lama tak jumpa sebab PKP tu kannn? Almaklumlah, dah boleh rentas negeri la katakan…

Bilakah Tarikh Pelaksanaan Tol Percuma dan Diskaun ni?

Tahukah anda? Ada lebuhraya yang langsung tidak akan mengutip tambang tol pada tarikh-tarikh tertentu tau! Inisiatif tol percuma ini akan berlangsung pada:

>> 12 tengah malam 30 April 2022 (Sabtu) hingga 11:59 malam 1 Mei 2022 (Ahad)

>> 12 tengah malam 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga 11:59 malam 8 Mei 2022 (Ahad)

Nampaknya, selama 4 HARI SAHAJA para pengguna jalan raya dapat menikmati inisiatif tol percuma ni tau! Jadi rancanglah perjalanan anda dengan bijak.

Tapi harus diingat! Bukan semua plaza tol akan beri pengecualian tol percuma. Akan ada juga tol yang berikan DISKAUN 50% ataupun 30% sepanjang tempoh tersebut.

Tol Manakah yang Memberikan Pengecualian?

Tol Percuma
Sumber : Google

Tol Percuma

1. Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS )

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE )

3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson ( SPDH )

4. Lebuhraya Butterworth – Kulim ( BKE )

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura ( LINKEDUA )

6. Jambatan Pulau Pinang ( JPP )

7. Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ) 1

8. Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ) 2

9. Lebuhraya KL – Karak ( KLK )

Diskaun 50%

1. Lebuhraya Shah Alam ( KESAS )

2. Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP )

3. Lebuhraya Cheras – Kajang ( GRANDSAGA )

4. Lebuhraya Sungai Besi ( BESRAYA )

5. Lebuhraya Baru Panta ( NPE )

6. Lebuhraya Bertingkat Ampang KL ( AKLEH )

7. Lebuhraya KL – Putrajaya ( MEX )

8. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang ( DUKE )

Diskaun 30% | Tol Percuma Sempena Aidilfitri

1. Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong ( SMART )

2. Lebuhraya Koridor Guthrie ( GUTHRIE )

3. Lebuhraya KL – Kuala Selangor ( LATAR )

4. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth ( LLB )

5. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam ( LKSA )

6. Lebuhraya Lingkaran Kajang ( SILK )

7. Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ( JPP2 )

8. Lebuhraya Lembah Klang Selatan ( SKVE )

9. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat ( SPRINT )

10. Lebuhraya Kajang Seremban ( LEKAS )

11. Lebuhraya Pintas Solat Klang Utara Baru ( GRAND SEPADU )

12. Lebuhraya Senai Desaru ( SDE )

13. Lebuhraya Persisiran Pantai Barat ( WCE )

Rancanglah Perjalanan Anda

Tol Percuma
Sumber : Google

Haaa! Jadi apa tunggu lagi? Kalau nak balik kampung tu, kenalah rancang tarikh dan laluan mana yang nak digunakan untuk menikmati inisiatif tol percuma ya…

Bagi yang nak tahu berapa jumlah caj tol yang akan dikenakan, anda boleh layari laman web PLUS. Jadi, anda bolehlah rancang baki yang perlu ada dalam Touch & Go tu, betul tak? Selamat pulang ke kampung halaman! Berhati-hatilah di jalan raya, dan selamat hari raya!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di Cerita Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *