TnG dan SmartTAG akan Diberhentikan | Apa itu RFID?

17/12/2021 by No Comments

TnG dan SmartTAG akan diberhentikan setelah 20 tahun penggunaannya dalam memudahkan pembayaran tol bagi pengguna lebuh raya. Penggunaan TnG ataupun lebih dikenali sebagai Touch ‘n Go dan juga SmartTAG akan diberhentikan secara berperingkat dalam memberi peluang untuk lebih banyak lorong Radio Frequency Identification (RFID) disediakan di lebuh raya, seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia. Jadi, pengguna jalan raya sudah boleh mula mendapatkan RFID secara online atau melalui ejen pemasaran yang dilantik untuk pemasangan bagi kenderaan masing-masing.

TnG dan SmartTAG akan Diberhentikan: Tarikh Pelaksanaan RFID Sepenuhnya

tng dan smarttag akan diberhentikan
Source: https://soyacincau.com

Kementerian Kerja Raya telah memaklumkan transaksi tol RFID akan dilaksanakan bagi kenderaan ringan di laluan Juru, Pulau Pinang sehingga ke Skudai Johor, di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari 2022. Namun, penggunaan RFID sepenuhnya akan dilaksanakan secara berperingkat di semua lebuh raya.

TnG dan SmartTAG akan Diberhentikan: Memperkenalkan RFID Touch ‘n Go

tng dan smarttag akan diberhentikan

Pelekat RFID, atau dikenali juga sebagai tag RFID, dibenamkan dengan cip frekuensi radio dan dilekatkan pada cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan. Apabila kenderaan melepasi tol, pengimbas di bahagian atas/kepala (overhead) akan membaca frekuensi radio daripada pelekat RFID tersebut. Bayaran tol akan ditolak dari Touch ‘n Go eWallet kerana e-wallet merupakan pautan ke pelekat RFID. Hanya satu pelekat RFID yang boleh dilekatkan pada satu kenderaan.

Objektif Penggunaan RFID Sepenuhnya

Antara objektif penggunaan RFID sepenuhnya adalah:

1. Mengurangkan kesesakan di plaza tol.

2. Memberi perkhidmatan lebih mudah, selamat dan pantas.

3. Selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar.

4. Perjalanan yang lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID.

5. Mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan transaksi tol tanpa sentuh.

6. Sekuriti tunai digital yang lebih tinggi dan tambah nilai tanpa tunai melalui Touch ‘n Go eWallet.

Cara Mendaftar RFID

Walaupun TnG dan SmartTAG akan diberhentikan, jangan risau! Terdapat beberapa kaedah pendaftaran tag RFID yang boleh anda dapatkan seperti berikut:

Secara Online

1. Klik ikon RFID di aplikasi Touch ‘n Go eWallet anda.

2. Klik butang ‘Activate’.

3. Isikan dan semak butiran akaun anda.

4. Daftarkan kenderaan anda.

5. Masukkan nombor tag 24 digit atau scan barcode pada pakej pembelian.

6. Buat pengesahan dan verifikasi.

Pendaftaran RFID juga boleh dibuat di laman web https://www.touchngo.com.my/.

Melalui Ejen Pemasaran yang Dilantik

Selain daripada secara online, anda juga boleh buat pendaftaran dan pemasangan RFID Touch ‘n Go dari ejen pemasaran dilantik di Semenanjung Malaysia. Jumlah pusat akan ditambah dari semasa ke semasa. Anda boleh semak senarai ejen bagi negeri-negeri anda di sini: https://rfidregister.touchngo.com.my/.

Cara Pemasangan RFID Tag pada Kenderaan

tng dan smarttag akan diberhentikan

Setelah daftar dan aktifkan RFID kenderaan anda, anda boleh membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda dengan mengikuti langkah berikut:

1. Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu.

2. Buka pelekat dan tampalkan.

3. Pergi ke laman web TnG atau TnG eWallet.

4. Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan.

5. Tag anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

Rujuk panduan pemasangan RFID dalam bentuk video di bawah:

Cik Min harap, dengan TnG dan SmartTAG yang akan diberhentikan ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di plaza-plaza tol seluruh negara pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.plus.com.my atau www.touchngo.com.my.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *