Titik Tengah Semenanjung Malaysia

30/11/2021 by No Comments

Tarikan destinasi baru di Pahang, iaitu Titik Tengah Semenanjung Malaysia.

Sebut sahaja negeri Pahang, mesti dah terbayang-bayang hidangan Patin Tempoyak, kan?

Hidangan Patin Tempoyak di Temerloh, Pahang. – Sumber: SAYS

Apa tidaknya, kelazatan hidangan tersebut tidak dapat dinafikan lagi. Nak-nak pula, kalau dinikmati bersama hidangan Sambal Belimbing Buluh atau nama lainnya adalah Sambal Hitam.

Rasa pedas dan masam dalam kedua-dua hidangan tersebut memang boleh buat air liur kita kecur. Memang terangkatlah selera kita nak menambah nasi.

Tapi kali ini, Cik Min tak nak berborak mengenai hidangan Patin Tempoyak atau Sambal Hitam.

Khas untuk anda yang mahu melancong ke Pahang atau yang dah tinggal di Pahang, Cik Min nak recommend kepada anda satu destinasi pelancongan baru di Temerloh, Pahang.

Apa itu Titik Tengah Semenanjung Malaysia?

Titik Tengah Semenanjung diibaratkan jika anda berjalan dari Timur, Barat, Utara dan Selatan, anda akan bertemu di titik tengah ini. Titik Tengah Semenanjung ini terletak di Kampung Paya Siput, Temerloh, Pahang.

Sebenarnya terdapat dua pandangan berbeza mengenai Titik Tengah Semenanjung ini, iaitu di Kampung Belimbing dalam daerah Lipis dan Kampung Kertau dalam daerah Maran.

Namun begitu, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menjalankan kajian komprehensif bagi menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia.

Dengan menggunakan kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM memilih untuk mengambil kiraan matematik sebagai panduan menentukan titik tengah tersebut.

Titik Tengah Semenanjung Malaysia
Sumber: TheVocket

Berikut merupakan koordinat titik tengah tersebut:

03 29 33U / 102 13 10T
3.4925U / 102.219444T
RSO: x 469519.6934 / y 386358.7627

Tambahan pula, pemilihan Lanchang sebagai lokasi Titik Tengah Semenanjung adalah wajar kerana lokasinya yang strategik, iaitu mempunyai stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES.

Selain itu, Temerloh sememangnya terletak di tengah-tengah iaitu di antara Kuantan dan Kuala Lumpur.

Apa yang Menarik di Titik Tengah Semenanjung Malaysia ini?

Di sini, terdapat banyak port untuk bergambar dan memang sesuai sangatlah untuk merakam kenangan di sana bersama insan tersayang.

Anda boleh lihat beberapa gambar yang Cik Min telah kepilkan di bawah ini.

Sumber: TheVocket
Titik Tengah Semenanjung Malaysia

Harga tiket kemasukan ke sini bagi orang dewasa hanya berjumlah RM5, manakala bagi kanak-kanak adalah sebanyak RM3. Berbaloi, kan?

Keindahan destinasi ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Buktinya, destinasi ini pernah dikongsikan oleh TV3 pada awal tahun ini. Anda boleh lihat di sini.

Jadi, apa lagi… Jangan lupa bawa family, kawan-kawan ke sini, ya.

Bolehlah lepas kita bergambar dan menikmati pemandangan di situ, kita pi pekena hidangan Patin Tempoyak. Hehe.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *