Tips Belajar di Jepun
Ramai yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun, tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Jadi, untuk entri kali ini, Cik Min akan kongsikan tips belajar di Jepun. Bagi yang berminat tetapi tidak mampu, jangan risau kerana ada biasiswa yang boleh anda mohon. Info bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada Facebook Zunita Ramli.
Biasiswa yang Boleh Dimohon
– AEON Scholarship
– MEXT
– Mitsui & Co. Scholarship
– JERA Asia Scholarship
– Mitsubishi UFJ Trust Scholarship Foundation
– Asian Development Bank
– Japan Scholarship Program (ADB-JSP)
– Konosuke Matsushita Memorial Foundation (KMMF)
Semua biasiswa ini layak untuk dimohon oleh semua pelajar Malaysia, tidak kira peringkat Degree, Master atau PhD.
Apa yang Perlu Dilakukan? | Tips Belajar di Jepun
1. PILIH UNIVERSITI
Tips belajar di Jepun yang pertama adalah mulakan dengan memohon universiti yang anda minat terlebih dahulu. Contohnya, jika anda mahu melanjutkan pelajaran ke Meiji University, anda boleh pergi ke laman website university terlebih dahulu.
Jika berminat untuk memilih universiti yang lain, anda boleh lihat lebih banyak lagi pilihan universiti di sini.
2. PILIH PROGRAM
Memang banyak program menarik yang ditawarkan oleh pihak universiti! Pastikan anda memilih program yang sesuai dengan anda. Lihat dahulu segala detail dan requirement yang diperlukan di website university yang anda pohon.
3. MOHON BIASISWA
Apabila sudah diterima masuk, fasa seterusnya adalah untuk memohon biasiswa yang ditawarkan oleh universiti. Antara pilihan biasiswanya adalah seperti yang Cik Min senaraikan di atas. Anda hanya perlu ikuti prosedur yang diminta oleh pihak universiti tersebut.
4. TELITI DENGAN SEGALA BORANG YANG PERLU DIISI DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Akan ada banyak borang dan dokumen yang perlu dihantar apabila membuat permohonan secara online. Jadi, pastikan anda tidak tertinggal satu pun dokumen yang diminta dan isikan segala borang dengan betul. Kesalahan ketika mengisi borang online mungkin menyebabkan anda tidak diterima, kerana orang-orang Jepun sangat teliti dalam hal-hal ini.
Bagi yang betul-betul berminat, pastikan anda membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu. Ketahui pros and cons apabila melanjutkan pelajaran ke luar negara. Banyakkan membuat kajian dan pembacaan mengenai universiti yang anda pilih juga ya.
Jadi, setakat ini sahaja perkongsian Cik Min mengenai tips belajar di Jepun. Semoga berjaya!
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.