Tips Apabila Anak Gadis Akil Baligh
Anak gadis akil baligh? Berapa usia apabila anak gadis akil baligh? Apa yang perlu ibu bapa lakukan? Mesti ibu bapa risau kan? Kerisauan mesti tercetus kerana merasa anak masih kecil. Ibu bapa jangan risau kerana setiap anak gadis akan melaluinya. Ibu bapa juga perlu bersedia menghadapi perubahan tersebut. Jom lihat tips yang boleh dilakukan apabila anak gadis akil baligh.
Ketahui Maksud Akil Baligh
Akil baligh merupakan perubahan umur daripada kanak-kanak kepada dewasa. Akil baligh menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan tanda seseorang itu telah mencapai kematangan seksual serta berupaya untuk memiliki anak. Istilah akil baligh juga bermaksud cukup umur dimana seseorang itu mampu untuk memikul tanggungjawab dan menjalankan perintah Allah SWT.
Akil baligh bagi seorang gadis melibatkan perubahan pada faraj dan ovari serta fizikal. Perubahan terhadap punggung dan payudara gadis yang membesar apabila sudah cukup umur. Berbeza dengan kaum lelaki dimana mereka akan mengalami pertumbuhan misai. Anak gadis yang akil baligh juga cenderung berfikiran dengan lebih matang.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membahagikan akil baligh kepada dua bahagian iaitu akil baligh awal dan kelewatan akil baligh. Akil baligh awal berlaku terhadap kanak-kanak mungkin fungsi badannya yang normal dan sejarah keluarga. Kanak-kanak kurus atau gemuk boleh mengalami akil baligh awal. Kelewatan akil baligh juga bergantung kepada fungsi badan mereka.
Bila Usia Anak Gadis Akil Baligh?
Sebagaimana yang diketahui, usia bagi akil baligh biasanya antara 9- 16 tahun. Namun ada juga anak gadis yang mengalami akil baligh awal seusia 6 tahun. Akil baligh awal cenderung berlaku terhadap kanak-kanak perempuan berbanding lelaki. Akil baligh awal mungkin boleh menjejaskan fizikal dan sosial kanak-kanak. Mereka mungkin tidak mampu untuk mengawal perubahan tersebut.
Ibu bapa perlu membuat persediaan apabila anak mencapai akil baligh. Sokongan ibu bapa diperlukan bagi anak tersebut menghadapi perubahan itu. Hal ini agar anak-anak dapat membiasakan diri dengan perubahan tersebut. Beberapa tips apabila anak gadis akil baligh untuk ibu bapa.
#1. Menjelaskan Tentang Penjagaan Haid
Tips pertama ibu bapa perlu menjelaskan tentang penjagaan darah haid. Ibu bapa perlu memberitahu anak bahawa darah haid datang setiap bulan. Sepanjang tempoh haid, beritahu anak agar memakai tuala wanita. Ibu juga perlu menasihati anak untuk jaga kebersihan diri memandangkan mereka sudah akil baligh. Darah haid harus dibersihkan dengan betul dan perlu penerangan dari ibu.
#2. Memahami Perubahan Emosi Anak
Anak gadis akan mengalami perubahan emosi apabila datangnya haid. Proses haid akan menyebabkan emosi tidak baik serta senggugut. Ibu bapa perlu memahami situasi terhadap perubahan emosi mereka. Jangan sesekali membandingkan mereka dengan orang yang belum mengalaminya. Cuba ambil tahu perasaan mereka dan memberikan mereka masa yang cukup.
#3. Pengasingan Bilik Untuk Anak Gadis
Anak gadis yang akil baligh, mereka memerlukan ruang sendiri. Anak gadis perlu diasingkan dari ruang atau bilik anak lelaki. Mereka sudah cukup umur untuk sebilik dengan adik beradik lelaki. Anak gadis yang cukup umur tidak sesuai sebilik dengan adik beradik lelaki. Ruang tersendiri dapat memberikan keselesaan kepada mereka sewaktu datangnya haid.
Justeru itu, ibu bapa perlu bersedia dengan perubahan anak gadis. Ibu bapa perlu sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak. Apabila anak cukup umur atau akil baligh mereka memerlukan seseorang untuk menghadapi perubahan fizikal dan sosial mereka. Tips ini mampu membantu ibu bapa dalam memahami situasi anak yang akil baligh.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.