Tiada Lagi Status Kuning Kontak Kasual

02/03/2022 by No Comments

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam media sosial Twitternya, telah mengumumkan tiada lagi status kuning kontak kasual dipaparkan di aplikasi MySejahtera bermula 1 Mac 2022 ini.

Mari ikuti dengan lebih lanjut mengenai pengumuman ini di bawah.

Tiada Lagi Status Kuning Kontak Kasual

Individu yang Jadi Kontak Kasual akan Terima Notifikasi | Tiada Lagi Status Kuning Kontak Kasual

Menerusi portal BH Online, bermula 1 Mac 2022, tiada lagi perubahan status risiko di profil MySejahtera bagi mereka yang dikesan sebagai kontak kasual.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata individu yang menjadi kontak kasual akan menerima notifikasi daripada MySejahtera, memaklumkan mengenai hal berkenaan.

“Sebelum ini apabila MySJ (MySejahtera) Trace/Check-in mengesan anda sebagai kontak kasual bagi kes positif COVID-19, status di aplikasi akan bertukar kepada kontak kasual.

“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi, anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri.”

Khairy turut meminta individu yang menjadi kontak kasual dan bergejala untuk mengamalkan TRIIS atau uji, lapor, asing, maklum dan cari.

“Sebelum ini apabila MySJ Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes +ve, status di MySj akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning). Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri.”

l
Tiada Lagi Status Kuning Kontak Kasual

Laporkan Keputusan Saringan Secepat Mungkin

Khairy turut berkongsi cara untuk melakukan TRIIS, iaitu segera melakukan ujian saringan COVID-19 secara kendiri, sekiranya mengalami simptom jangkitan seperti selesema, demam dan batuk.

Selepas melakukan ujian kendiri, individu itu perlu melaporkan keputusan saringan itu secepat mungkin di aplikasi MySejahtera.

Sekiranya didapati positif COVID-19, pesakit berkenaan perlulah melakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera, serta mematuhi perintah kuarantin wajib di rumah.

Individu yang didapati positif itu juga perlu segera memaklumkan kepada kontak rapatnya mengenai hal berkenaan, serta maklumkan kepada pihak berwajib atau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) mengenai situasi kesihatan diri, sekiranya semakin merosot ketika menjalani kuarantin di rumah.

Mereka juga perlu mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau CAC berhampiran, sekiranya mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

Tiada Lagi Status Kuning Kontak Kasual

Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang tiada lagi status kuning kontak kasual dipaparkan melalui MySejahtera kali ini. Untuk info lanjut berkenaan aplikasi MySejahtera, anda boleh layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *