Thailand Pemenang Piala AFF 2022

17/01/2023 by No Comments

Keputusan terkini Piala AFF 2022 telah menggegarkan para peminat bola sepak, terutamanya peminat pasukan bola sepak Thailand! Hal ini kerana, Thailand merupakan Pemenang Piala AFF 2022.

Thailand merupakan sebuah pasukan bola sepak yang merupakan antara pesaing terkuat untuk mana-mana pasukan ASEAN kerana kepantasan para pemainnya, serta corak permainan yang juga sangat menarik dan licik.

Corak permainan ini juga telah mengalahkan Vietnam dengan aggregate 3 – 2, sekali gus menjadikan kemenangan yang ke-7 bagi pasukan bola sepak Thailand.

Malaysia Tewas di Tangan Thailand, Pemenang Piala AFF 2022

Kekalahan Malaysia 0 – 3 kepada pasukan Thailand pada 10 Januari lalu di stadium Thammasat, Thailand, sememangnya amat mendukacitakan para penyokong tegar Harimau Malaya.

Cik Min berpendapat bahawa pasukan Malaysia mampu melakukan dengan lebih baik kerana terdapat beberapa pemain naturalisasi yang seharusnya berkemampuan mengatasi pemain-pemain tempatan yang juga digelar sebagai ‘Bintang Import.’ Namun apakan daya, tuah lebih berpihak ke atas Thailand.

Pendapat Lagenda Bola Sepak Negara Tentang Pemain Naturalisasi

Kekuatan pemain berstatus naturalisasi ini sewajarnya dapat mengukuhkan pasukan Harimau Malaya, namun pemain tempatan kelihatan lebih menyinar di dalam setiap permainan. Hal ini juga mendapat perhatian daripada lagenda bola sepak negara.

Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan status naturalisasi ini tidak sepatunya dijadikan jaminan kepada para pemain bagi mendapatkan tempat dalam skuad Harimau Malaya, terutamanya bagi menghadapi kempen Piala Asia 2023.

Ultras Mendapat Pujian FIFA

Walaupun Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Piala AFF 2022, kita seharusnya tetap berbangga dengan pencapaian pasukan negara Malaysia. Peminat pasukan Thailand yang merupakan pemenang piala AFF 2022 pun tidak mendapat perhatian seperti yang penyokong Malaysia terima tau!

Cik Min amat berbangga dengan kekuatan semangat kesukanan yang dipamerkan oleh para penyokong bola sepak Malaysia iaitu Ultras Malaya. Jika tidak berjaya menang Piala AFF untuk tahun 2022 menang sorak pun apa salahnya kan? hehehe

Cik Min turut berbangga kerana Malaysia telah mendapat pujian daripada pihak FIFA menerusi ciapan Twitter FIFA di atas sorakan para penyokong kepada pasukan Thailand walaupun setelah menewaskan Harimau Malaya.

Macam inilah yang kita mahukan! Tetaplah menjaga tatasusila walau di mana pun kita berada dan apa pun juga yang kita hadapi. Semoga Malaysia terus maju jaya.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Thailand Pemenang Piala AFF 2022” pada kali ini. Ingin dapatkan lebih banyak artikel-artikel menarik? Jom dapatkan di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *