Tempoh Isolasi Bagi Kontak Rapat COVID-19

21/02/2022 by No Comments

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini telah mengemaskini tempoh isolasi atau pengasingan bagi kes COVID-19 dan tempoh kuarantin bagi kontak rapat mengikut status vaksinasi COVID-19, berkuatkuasa mulai 17 Februari 2022. Bagi individu yang disahkan positif COVID-19, hanya individu tertentu sahaja akan menjalani kuarantin di hospital. Manakala selebihnya pula, di rumah masing-masing.

Bagi kontak rapat yang telah lengkap dos vaksinasi COVID-19 dan telah menerima dos penggalak, tempoh kuarantin adalah tidak sama dengan kes positif. Golongan ini juga tidak perlu lakukan sebarang ujian pengesanan COVID-19 jika tidak bergejala.

Mari ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tempoh kuarantin bagi kes COVID-19 dan kontak rapat terkini yang telah dikemaskini. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.

Tempoh Isolasi Bagi Kontak Rapat COVID-19

Tempoh Isolasi Kes COVID-19 dan Kontak Rapat

Maklumat di bawah merupakan tempoh isolasi atau kuarantin bagi kes COVID-19 dan kontak rapat mengikut status vaksinasi masing-masing, berkuakuasa 17 Februari yang lalu.

Tempoh Isolasi Kes COVID-19

Bagi individu yang dijangkiti COVID-19 dan disahkan positif, tempoh isolasi adalah selama 7 hari bagi yang telah menerima dos penggalak dan lengkap vaksinasi. Manakala pesakit yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi pula, akan menjalani isolasi selama 10 hari.

Kontak rapat yang telah menerima dos penggalak akan menjalani kuarantin selama 5 hari. Manakala yang telah lengkap vaksinasi pula, akan menjalani kuarantin selama 7 hari. Bagi kontak rapat yang belum lengkap atau tidak divaksinasi, mereka perlu jalani kuarantin selama 10 hari. Kontak rapat yang tidak mempunyai sebarang gejala tidak perlu membuat ujian pengesanan COVID-19. Manakala bagi yang bergejala, mereka perlu lakukan RTK-Ag kendiri. Sekiranya positif, kes tersebut akan dikendalikan mengikut tataracara pengurusan kes postitif COVID-19 yang sedia ada.

Tempoh kuarantin tidak berubah walaupun bergejala dan keputusan ujian pengesanan COVID-19 negatif semasa dalam tempoh kuarantin.

Perbezaan Isolasi dan Kuarantin – Tempoh Isolasi Bagi Kontak Rapat COVID-19

Sekiranya anda perasan, pesakit kes COVID-19 perlu menjalani tempoh isolasi manakala kontak rapat perlu menjalani kuarantin. Apa perbezaan antara isolasi dan kuarantin?

Sebab Kemasukan Pesakit COVID-19 Kategori 1 dan 2 ke Hospital

Untuk makluman anda, pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 kebiasaannya hanya perlu kuarantin sahaja di rumah. Namun, terdapat juga mereka yang dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab tertentu, iaitu seperti berikut:

Orang ramai dinasihatkan untuk segera melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 dan mengambil dos penggalak bagi meningkatkan ketahanan diri terutamanya bagi kanak-kanak. Peningkatan kes kanak-kanak yang dijangkiti sejak akhir-akhir ini sangat ketara dan ibu bapa dinasihatkan untuk ambil langkah bijak demi menjaga kesihatan mereka.

Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang tempoh isolasi bagi kontak rapat COVID-19 kali ini. Untuk info lanjut berkenaan kesihatan, anda boleh layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *