Tempat Riadah di Selangor Yang Menarik

November 11, 2021 by No Comments

Anda mencari tempat riadah di Selangor? Nak mencuba beriadah di taman rekreasi yang mempunyai pemandangan yang cantik dan luas? Setelah lima hari menghadap kesibukan bekerja dan bila tiba waktunya pulang bekerja, terperangkap dengan kesesakan jalan raya.

Cik Min faham, mesti anda ingin meluangkan waktu untuk diri sendiri atau bersama keluarga. Takkan nak pergi karaoke je? Nak shopping? Anda yakin ke boleh kurangkan stres?

Kadangkala badan kita perlukan rehat dan dengan melihat alam semula jadi pun dah cukup menenangkan. Tapi, dekat Selangor ni, kat mana taman rekreasi yang sesuai untuk beriadah? Jangan risau kerana untuk artikel kali ini, Cik Min nak kongsikan beberapa tempat riadah menarik yang ada di Selangor.

Tempat Riadah di Selangor – Taman Tasik Shah Alam

Untuk penduduk di Shah Alam, taman ini tidak asing lagi di kawasan anda. Apa tidaknya, taman ini terletak berhampiran dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Senang je nak jumpa.

Istimewanya berkaitan taman ini adalah reka bentuk landskapnya yang indah dan menghijau telah dihasilkan oleh perancang landskap terkenal di Jepun, iaitu Fumiaki Takano.

Perancang landskap terkenal Jepun, iaitu Fumiaki Takano.  Sumber: tmf-garden.jp
Perancang landskap terkenal Jepun, iaitu Fumiaki Takano. Sumber: tmf-garden.jp

Untuk pengetahuan anda, taman ini adalah taman pertama yang dibuka di Selangor pada tahun 1985. Taman yang mempunyai keluasan melebihi 43 hektar ini menyumbang kepada habitat air tawar di situ.

Dragonfly, Eco Grandeur, Puncak Alam

Tempat Riadah di Selangor
Sumber: Pacer

Taman yang sangat cantik ini sangat sesuai untuk beriadah pada waktu petang bersama keluarga.

Anda pasti berpuas hati dengan persekitaran yang hijau dan reka bentuk rumah-rumah yang pastinya sangat elegan dan kemas.

Di bawah ini, Cik Min belanja satu video TikTok yang memaparkan keseluruhan kawasan taman ini dengan lebih jelas.

@tourismselangor

📍Dragonfly Park, Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam #pusingselangordulu #travel #selangor

♬ Pretty Girl – Clairo

Laluan trek joging di sini tidaklah sepanjang trek taman rekreasi yang lain, tetapi anda akan dapat menikmati keindahan sekeliling yang sangat tenang.

Taman ini tidak mempunyai pengunjung yang terlalu ramai, jadi sangat sesuai sekiranya anda ingin membawa anak kecil untuk aktiviti berbasikal.

Tempat Riadah di Selangor – Maya Park Eco Ardence, Setia Alam

Taman Maya merupakan taman hijau dalam Eco Ardence dengan tasik yang besar dan sesuai untuk sebarang aktiviti beriadah dan senaman.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya berjoging dan berbasikal di trek mengelilingi tasik.

Tempat Riadah di Selangor
Sumber: 360tour.asia

Tempat ini juga terkenal dengan suasana ketika matahari terbenam. Apabila matahari terbenam, air tasik yang tenang dapat mencerminkan pemandangan dan mewujudkan rasa ketenangan dalam fikiran.

Terdapat jambatan dengan struktur persegi bermotifkan harmoni di tasik. Pada waktu petang dan malam, struktur itu akan menyala dan secara tidak langsung menghasilkan pantulan yang indah di permukaan tasik.

Tempat Riadah di Selangor – River Track Cycle Park, Klang

Anda yang berhasrat ingin mengayuh basikal di hutan bakau sambil menikmati pemandangan persekitaran yang kehijauan, bolehlah melawat taman ini.

Anda akan dapat merasai ketenangan pada badan dan minda anda pada saat anda tiba di taman yang terletak di Taman Perindustrian Pulau Indah ini.

Sumber: Urbancubes
Sumber: Urbancubes

Menariknya lagi, ketika anda berjoging di trek sepanjang 1.8 kilometer itu, anda akan mendengar bunyi ranting patah dan kicauan burung.

Tempat Riadah di Selangor – Ara Damansara Park, Petaling Jaya

Tempat Riadah di Selangor
Sumber: TripAdvisor

Taman Ara Damansara Park ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuk gelanggang badminton, bola keranjang dan trek joging sepanjang 1.9 kilometer.

Sumber: TripAdvisor
Sumber: TripAdvisor

Taman permainan turut disediakan di sini. Jadi, sekiranya anda yang mempunyai anak kecil, bolehlah membawa mereka ke sini untuk bermain.

Taman rekreasi ini juga sangat sesuai sekiranya anda membawa ibu anda untuk beriadah. Hal ini kerana taman ini mempunyai tasik yang dipenuhi bunga teratai serta reka bentuk landskapnya yang cantik.

Pasti ibu anda berasa gembira melihat bunga teratai yang berwarna putih dan merah jambu.

Jadi, bagaimana? Anda dah buat keputusan nak beriadah kat taman rekreasi yang mana satu? Dah nak dekat hujung minggu dah ni. Jangan fikir banyak, pilih je, tiada caj kemasukan dikenakan. Tinggal bawa keluarga dan bebas nak beriadah tanpa had masa.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published.