Tempat Percutian Menarik Janda Baik

03/12/2021 by No Comments

Rasanya semua orang tahu di negeri Pahang juga ada menawarkan tempat-tempat yang best untuk anda kunjungi, bukan? Semestinya, Cik Min cadangkan anda untuk pergi ke tempat percutian menarik di Janda Baik. Janda Baik merupakan sebuah kampung rizab Melayu yang terletak berhampiran Lebuh Raya Karak dalam daerah Bentong, Pahang. Janda Baik juga merupakan antara lokasi yang popular, terutamanya untuk warga kota yang ingin mencari kedamaian dan mendekati keindahan alam semula jadi.

Menerusi entri kali ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang tempat percutian yang menarik di Janda Baik. Anda boleh bercuti bersama keluarga atau orang yang tersayang di sini!

Tempat Percutian Menarik Janda Baik

8 Tempat Percutian Menarik Janda Baik

Sebelum anda mengetahui tempat percutian menarik di Janda Baik, Cik Min ingin ceritakan serba sedikit tentang nama Janda Baik dahulu. Cik Min dapat tahu info ini daripada portal Berita Harian. Pada asalnya nama Janda Baik dikenali sebagai Kampung Tiga Haji. Hal ini dikatakan demikian kerana, ianya sebagai menghargai usaha tiga orang sahabat yang merupakan peneroka awal di kawasan itu. Namun, Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam, dikatakan tidak berkenan dengan nama kampung tersebut.

Ketika baginda kali pertama membuat kunjungan ke Kampung Tiga Haji pada tahun 1993, baginda bersembang dengan penduduk kampung, ada antara mereka bercerita kawasan itu didiami Orang Asli yang hidup bercucuk tanam seperti padi serta buah-buahan. Satu ketika, berlaku pertengkaran antara Tok Batin Orang Asli kampung terbabit dengan isterinya, Siah, hingga menyebabkan mereka berpisah. Namun tidak sampai sebulan berjauhan, Siah pulang semula ke rumah Batin Wok, dan kepulangannya diterima dengan baik.

Sawah padi yang diusahakan sebelum berpisah itu semakin subur dan masak. Jadi, kehidupan mereka pun semakin bahagia. Berdasarkan kisah itu, Orang Asli di sana menggelar tanah berkenaan sebagai Janda Balik merujuk kepada Siah yang balik semula ke pangkuan Batin Wok. Baginda Sultan Abu Bakar yang tertarik dengan kisah yang disampaikan itu kemudian menukar nama kepada Janda Baik, sekali gus kekal sehingga kini.

1. Happy Paradise

Kalau anda mahu pergi ke Janda Baik, anda boleh pergi ke Happy Paradise ini! Tempat ini terletak di Kampung Cherenging. Happy Paradise sememangnya tempat yang sesuai bagi anda sekeluarga datang menginap. Di sini ada menyediakan tempat penginapan yang selesa dan luas. Kemudahan yang disediakan pula ialah barbeku dan alat perkakasan dapur, kolam dan zoo mini yang mempunyai pelbagai jenis haiwan. Memang seronoklah!

Selain itu, pemandangan sekitar Happy Paradise ini sangat menenangkan. Rasanya bila dah datang sekali, pasti anda akan ingat kenangannya sampai bila-bila. Di sini juga ada menyediakan kemudahan alat permainan seperti carrom, arcade game dan pool table.

2. Sailor Rest Resort | Tempat Percutian Menarik Janda Baik

Di Sailor Rest Resort ini ada menyediakan tempat yang menarik iaitu boathouse. Di sini anda dapat menginap dalam sebuah bot yang dilengkapi dengan katil dan bilik air sendiri. Memang bestlah! Cik Min rasa ia merupakan pengalaman yang unik sekiranya dapat menginap di sini. Sekiranya anda datang bersama ahli keluarga, di resort ini juga ada menyediakan sebuah rumah banglo, 2 buah chalet ala kampung dan 2 buah chalet moden. Pemandangan di sekitar resort ini juga sangat indah dan menenangkan kerana terdapat sungai berdekatan dan tiga kolam ikan, kebun dan taman yang dijaga rapi.

Selain itu, di resort ini juga terdapat aktiviti glamping yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dengan harga yang berpatutan. Seronok!

Tempat Percutian Menarik Janda Baik
Sumber: Portal Traveloka

3. Chalet Mamapapa | Tempat Percutian Menarik Janda Baik

Sekiranya anda sekeluarga pergi ke Janda Baik, anda patut datang ke Chalet Mamapapa! Chalet ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu ianya dikelilingi oleh pokok buah-buahan seperti pokok durian. Chalet ini menyajikan pemandangan yang indah, sesuai untuk anda yang ingin menenangkan minda. Ramai pengunjung suka menginap di sini kerana layanan dan keramahan pemiliknya yang akan membuatkan anda berasa seperti berada di kampung sendiri.

Selain itu, di chalet ini juga terdapatnya sungai semula jadi yang sangat bersih, cetek dan kurang berbatu, sesuai bagi anda yang ingin membawa anak-anak mandi-manda. Cik Min dapat tahu juga di sini ada menawarkan aktiviti menaiki ATV mengelilingi trek yang disediakan, memang puas hatilah! Hehehe.

4. Seri Pengantin Resort | Tempat Percutian Menarik Janda Baik

Dengar nama resort ini saja memang unik, bukan? Tentunya, anda semua patut datang ke Resort Seri Pengantin ini! Resort ini terletak di lereng bukit yang menyajikan pemandangan yang cukup indah dan memukau. Selain itu, lokasi resort ini juga sangat sesuai dijadikan tempat percutian bagi mereka yang ingin menikmati hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan.

Di resort ini ada menyediakan kemudahan seperti taman, kolam renang terbuka dan kolam renang kanak-kanak yang cukup luas untuk anak anda. Terdapat juga perkhidmatan urut tradisional untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda setelah penat beriadah bersama keluarga.

Tempat Percutian Menarik Janda Baik
Sumber: Portal Agoda
Tempat Percutian Menarik Janda Baik

5. D’Hut at Janda Baik

Ada satu lagi tempat yang Cik Min rasa sangat menarik untuk anda kunjungi iaitu D’Hut at Janda Baik! Tempat penginapan di sini menyediakan penginapan yang sangat santai kerana ia terletak di dalam dusun buah-buahan. Anda sekeluarga boleh berehat di atas hammock yang disediakan. Seronoknya! Cik Min pula teringin nak pergi ke sana!

Selain itu, anda juga dapat bermandi-manda di sungai yang berhampiran dari tempat penginapan. Anda juga dapat menikmati pemandangan indah di sekitar Janda Baik dengan menyewa basikal di tempat sewaan basikal yang terletak hanyalah 5 minit pemanduan dari tempat penginapan.

Di sini juga terdapat kolam ikan yang luas dan cantik. Selain itu, anda dapat melihat ikan-ikan tersebut dengan lebih dekat.

Tempat Percutian Menarik Janda Baik
Sumber: Facebook D’hut at Janda Baik
Tempat Percutian Menarik Janda Baik
Tempat Percutian Menarik Janda Baik

6. Teratak Malaya | Tempat Percutian Menarik Janda Baik

Bagi anda yang ingin bercuti di Janda Baik Pahang, anda patut pergi ke Teratak Malaya. Di resort ini menyajikan suasana tenang dan mendamaikan, jauh dari kesibukan kota. Resort ini memang sesuai untuk anda merehatkan minda dan badan.

Di sini ada menyediakan 45 unit chalet dan dua buah rumah pokok yang direka khas menggunakan kayu dan buluh oleh pemiliknya. Anda dapat menikmati mandian air sungai jernih yang mengalir dengan sejuk dari puncak bukit yang mampu melenyapkan kepenatan setelah puas bersiar-siar di sekitar kawasan kampung.

Selain itu, terdapat kemudahan yang disediakan sekiranya anda merancang membuat barbeku pada waktu malam bersama ahli keluarga!

7. Enderong Resort | Tempat Percutian Menarik Janda Baik

Salah satu tempat percutian yang menarik di Janda Baik ini ialah di Enderong Resort! Anda pastinya terpukau dengan keindahan resort ini yang berada pada ketinggian 2000 kaki dari aras laut.

Enderong Resort ini menawarkan beberapa jenis penginapan seperti Enderong House yang merupakan sebuah rumah 3 tingkat yang diperbuat daripada kayu-kayan yang bersatu dengan cermin yang luas.

Sekiranya anda berada di Enderong House ini, anda akan dapat menikmati keindahan flora yang cukup indah yang terjamu di depan mata!

Tempat Percutian Menarik Janda Baik

8. Pondok Impian

Tempat percutian best Janda Baik yang terakhir ialah di Pondok Impian! Ianya merupakan penginapan yang popular dan menarik yang ditawarkan di sini. Pondok Impian ini terletak hanyalah 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Pondok Impian juga menawarkan beberapa jenis penginapan yang terdiri daripada chalet keluarga, chalet VIP, exclusive honeymoon chalet-style Minang dan bilik dorm yang boleh menampung 15 orang penginap pada satu-satu masa.

Jadi, tempat percutian menarik Janda Baik yang mana satu menjadi pilihan anda untuk menginap nanti?

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *