Tempat Menarik Di Kuantan | Makan, Healing, Aktiviti & Hotel
Tempat menarik di Kuantan pada tahun 2024 menawarkan pelbagai pengalaman yang pastinya memikat hati anda sebagai pengunjung. Semenjak Kuantan bertukar menjadi bandaraya, banyak perubahan yang berlaku dengan ibu kota negeri Pahang ini. Bukan sahaja terdapat tempat menarik, malah setiap minggu ada pelbagai event yang dianjurkan seperti Pasar Sera, Food Fest, dan banyak lagi !
Tak kiralah jika anda seorang peminat makanan, cintakan alam, pengembara yang mencari tempat penginapan selesa, atau mereka yang suka beraktiviti, Kuantan ada semuanya!
Dalam artikel ini, Cik Min akan bawa anda merasai hidangan terbaik di kedai-kedai makan yang wajib dikunjungi, tempat-tempat healing, hotel-hotel yang akan buat anda rasa seperti raja, dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.
Tempat Makan Sedap Di Kuantan Yang Wajib Anda Kunjungi!
Untuk tempat menarik di Kuantan ini, Cik Min akan share dekat anda semua tempat makan untuk sarapan pagi, tengahari, petang dan malam.
1. Nasi Kerabu Mekla
Pahang adalah salah satu negeri di Pantai Timur, jadi tidak asing la ada Nasi Kerabu di negeri ini. Nama saja Nasi Kerabu tapi bukan sekadar menu itu saja yang disajikan di sini malah pelbagai menu yang ada.
Antaranya ialah Nasi Kerabu, Laksam, Nasi Minyak, Perut Masak Asam, Pulut Bakar Ikan, Kuih Muih, Kambing Bakar, Ayam Kampung Goreng, Ikan Keli Goreng, Jus Mangga, Kari Kambing, Mi Kari Udang dan banyak lagi !
Boleh rambang mata kalau anda semua kunjungi kedai makan ni. Harga pun sangat murah. Memang wajib pergi kalau anda semua ke Kuantan. Yang paling penting tempat parking pun luas, so tak perlu berebut-rebut cari parking.
Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali hari khamis (tutup). Kedai akan mula dibuka pada jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang.
2. Roti Bakar Beserah
Roti Bakar Beserah (RBB), yang terletak di Beserah, merupakan warung sarapan pagi yang menjadi tumpuan di Kuantan. Menu utama di sini termasuk pelbagai jenis roti bakar yang rare, nasi lemak kukus, dan pelbagai kuih muih yang lazat.
Hidangan istimewa mereka termasuk Roti Bakar Lamb, English Breakfast, Nasi Lemak Ikan Aya, dan Kopi Vietnam. Selain dari perkhidmatan makan di kedai, mereka juga menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan melalui GrabFood.
Roti Bakar Beserah (RBB) terletak ini kira-kira 15 minit dari Bandar Kuantan dan 10 minit dari Pantai Balok. Ini telah menjadikannya sebagai tumpuan pelancong terutamanya pada cuti sekolah dan hujung minggu.
Kedai ini beroperasi pada setiap hari dan mula dibuka pada jam 7:30a.m. – 12:30p.m. Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh ke website Roti Bakar Beserah.
3. Kula Cakes
Bagi peminat manisan, anda wajib singgah ke Cafe Kula Cakes yang berada di tengah bandaraya Kuantan ini. Boleh dikatakan rata-rata pelancong akan kunjungi cafe ini oleh kerana Manggo Cheese Cake mereka yang sehingga kini tiada tandingan. Mereka juga ada membekalkan kek mereka di beberapa cafe sekitar Kuantan ini.
Selain itu ia juga merupakan tempat menarik di Kuantan bagi Instagrammable untuk ootd oleh kerana decoration mereka yang dilihat sangat aesthetic serta berhadapan dengan Menara 188 Kuantan.
Kedai beroperasi setiap hari kecuali selasa (Tutup) dan mula beroperasi pada jam 10 pagi – 6 petang.
Tempat Healing Menarik Di Kuantan
1. Pantai Teluk Cempedak
Pantai Teluk Chempedak memang terkenal sebagai destinasi yang sesuai untuk bersantai dan menikmati suasana pantai, terutamanya di waktu petang dan malam. Pada waktu malam pantai ini dipenuhi dengan pengunjung yang bersiar-siar dan menikmati aktiviti di sini. Antaranya ialah menyaksikan seniman jalanan mempamerkan bakat mereka dan fire shows.
Ini adalah tempat yang sesuai untuk anda healing dan hilangkan stress.
2. Air Terjun Sungai Pandan
Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di sini seperti berenang di kolam air yang sejuk dan berkelah di tepi air terjun. Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini antaranya gazebo, meja dan tandas.
Selain itu, terdapat juga beberapa laluan mendaki yang menawarkan pemandangan hutan dan air terjun yang indah. Air Terjun Sungai Pandan ini adalah destinasi yang sesuai untuk anda lari dari kesibukan dunia bandar dengan mencari ketenangan dan keindahan alam semula jadi di sini.
Air terjun ini dibuka pada setiap hari bermula pada jam 8.00am – 6.00pm. Anda juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 dewasa dan RM1 kanak-kanak.
3. Laman Teruntum (Menara 188)
Laman teruntum ini telah menjadi tempat menarik di Kuantan apabila Menara 188 telah dibina dan menjadi salah satu tempat untuk anda semua melihat seluruh keindahan bandar Kuantan apabila menaiki menara tersebut.
Suasana yang tenang pada waktu malam sambil menikmati angin dari sungai pahang serta lampu-lampu yang dihiasi bagi mencantikkan laman ini telah menjadikan ia pilihan pengunjung untuk bersantai.
Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Melakukan Aktiviti
1. Bukit Gambang Waterpark
Tempat menarik di Kuantan untuk lakukan aktiviti ini termasuk Gambang Waterpark. Walaupun tempat ini pernah ditutup oleh kerana Covid yang melanda negara kita tetapi tempat ini telah dibangunkan semula dan diperbaharui. Permainan yang ditawarkan:
1. Family Raft Ride- 2. 6 Lane Racer
- 3. Aqua Play Zone
- 4. Coco Beach
- 5. Glacier River
- 6. Adult Leisure Pool
- 7. Crystal, Galaxy & Canopy Slide
Waktu beroperasi: Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
Jam beroperasi: 10a.m. – 6p.m.
2. Santuari Penyu Cherating
Seterusnya tempat menarik di Kuantan adalah di santuari ini, anda berpeluang melihat penyu dewasa serta anak-anak penyu yang masih kecil, yang dijaga rapi untuk memastikan mereka membesar dengan baik. Santuari ini ditubuhkan sebagai usaha untuk memelihara populasi penyu yang semakin pupus di seluruh dunia.
Selain daripada aktiviti melepaskan anak penyu ke laut, anda juga boleh melihat pameran hidupan laut dan replika penyu di galeri pameran.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja menikmati pengalaman yang menyeronokkan tetapi juga turut menyokong usaha pemuliharaan dan memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga spesies penyu.
3. Natural Batik Village
Di sini, anda akan dapat memahami proses pembuatan batik secara tradisional, melihat koleksi batik yang unik dan indah, serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti budaya yang menarik.
Batik Village ini memberi anda peluang untuk mempelajari secara langsung teknik pembuatan batik tradisional, termasuk penggunaan alat canting dan melukis. Di sini juga anda boleh membeli produk batik yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.
Tempat Menarik di Kuantan Untuk Anda Menginap
1. Hyatt Regency Resort Kuantan
Tempat ini menjadi tempat menarik di Kuantan apabila ianya terletak di pantai popular Pahang, iaitu Pantai Teluk Cempedak, Hyatt Regency Kuantan Resort merupakan sebuah hotel 5 bintang yang sememangnya terbaik. Tempat ini menawarkan suasana elegan dan menjamin keselesaan yang sempurna untuk anda yang berkunjung.
Hyatt Regency Kuantan Resort telah diubah suai dengan 300 bilik, menyediakan percutian santai jauh dari kesibukan bandar dengan pemandangan laut yang menakjubkan.
Penginapan ini dilengkapi dengan kemudahan mesra keluarga, termasuk dua kolam yang besar, restoran yang menyajikan makanan lazat, khidmat dobi, parkir percuma, spa, dan pelbagai kemudahan lain.
2. Royal Chulan Cherating
Tempat Menarik di Kuantan untuk anda menginap ialah di Royale Chulan Cherating Villas terletak berhampiran Pantai Cherating dengan reka bentuk mewah yang moden dan menarik. Villa ini adalah pilihan ideal untuk percutian santai, dengan bilik-bilik yang menghadap laut menawarkan pemandangan yang mempesonakan. Walaupun kelihatan elegan, harga biliknya berpatutan dan berbaloi.
Selain itu, villa ini menyediakan kemudahan seperti kolam renang persendirian, spa, dan restoran, menjadikannya tempat yang unik dan eksklusif untuk penginapan yang selesa.
Best kan Kuantan? Boleh dikatakan yang Kuantan ni tempat yang serba-serbi ada dari pantai dan air terjun yang bersih hingga mercu tanda budaya dan tarikan moden yang memukau.
Buat anda yang teringin nak bercuti di Pahang, rancang perjalanan anda sekarang dan rasai sendiri keindahan serta keistimewaan di Kuantan, negeri penuh keseronokan ini.
Cik Min pun rasa nak pergi Kuantan bila cuti nanti. Boleh Healing, Makan, dan buat Aktiviti menarik!
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Tempat Menarik Di Kuantan | Makan, Healing, Aktiviti & Hotel ” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.