Tempat Menarik di Cameron Highlands – Percuma

27/10/2021 by No Comments

Ramai cakap pergi ke Cameron Highlands best. Tapi apa yang best? Haa, bukan rakyat Malaysia lah kalau kita tak pernah dengar Cameron Highlands kan. Satu destinasi percutian yang menjadi pilihan rakyat Malaysia dan orang luar untuk hilangkan stres. Iyalah, kita dah penat dan sibuk bekerja dan terperap sahaja di bandar, mesti kita nak escape from reality gituh. Banyak je tempat menarik di Cameron Highlands yang kita boleh lawati.

Nak tahu kenapa Cameron Highlands menjadi pilihan ramai? Bukan disebabkan cuacanya yang dingin dan sejuk je tau, tapi udaranya yang segar dan pemandangan yang sangat memukau. Cik Min pasti anda boleh lepaskan stres kalau bercuti di sini.

Jom tinjau tempat menarik di Cameron Highlands yang best dan percuma yang boleh dinikmati dengan pembacaan hanya 3 minit sahaja. Anda boleh merancang percutian bersama keluarga, sekaligus merancang perbelanjaan untuk ke sana.

Tempat Menarik di Cameron Highlands

Ladang Teh Boh Sungai Palas

tempat menarik di Cameron Highlands
Sumber: Inspirock

Di sinilah antara tempat menarik di Cameron Highlands dan wajib untuk pelancong singgah. Ladang Teh Boh ini adalah ladang teh yang terluas di Asia Tenggara. Ladang teh yang indah nan menghijau dan menakjubkan ini membuatkan pelancong berasa sangat tenang.

Di sini juga terdapat kafe, kedai cenderamata dan kilang teh. Kita boleh belajar cara membuat dan memproses teh atau kita juga boleh menikmati teh di kafe sambil melihat pemandangan ladang teh yang terbentang luas.

Kalau datang ke sini, jangan lupa bawa kamera ya. Rugi kalau tak tangkap gambar pemandangan cantik di sini.

Waktu Operasi: Buka 9.00 a.m. hingga 4.30 p.m.

Kemasukan: Percuma

Big Red Strawberry Farm

Kalau anda nak tahu, kebanyakan strawberi di Malaysia diambil dari Cameron Highlands. Di sini bukan ada strawberi sahaja, sayur-sayuran dan kaktus juga ada dipamerkan. Kalau kita seorang pencinta tumbuhan, kita boleh sahaja membeli beberapa pasu kecil atau kaktus pada harga yang berpatutan.

Untuk memetik sendiri buah strawberi ini, ia bergantung kepada berat strawberi yang dipetik yang dimasukkan di dalam bakul.

Selain itu, di sini juga ada jual aiskrim strawberi yang sedap dan air strawberi yang segar. Rugi kalau anda tak cuba.

Waktu Operasi: Buka 8.30 a.m. hingga 5.30 p.m.

Kemasukan: Percuma

Ladang Lebah Eee Feng Gu

Antara tempat menarik di Cameron Highlands yang lain ialah Ladang Lebah Eee Feng Gu. Di sini kita boleh belajar tentang pengeluaran madu lebah. Ladang Lebah Eee Feng Gu ini terletak di tengah pekan Brinchang. Banyak jenis bunga ada di sini dan pemandangan juga indah.

Mereka juga mempunyai kedai di mana kita boleh membeli madu. Banyak produk yang diperbuat daripada madu yang boleh kita beli antaranya pencuci muka, losyen, sabun badan dan sebagainya.

Waktu Operasi: Buka 9.00 a.m. hingga 4.30 p.m.

Kemasukan: Percuma

Cactus Point

Kalau anda tidak tahu buah tangan apa hendak diberikan kepada keluarga atau sahabat, Cik Min cadangkan berilah tanaman kaktus. Di sini, terdapat pelbagai jenis kaktus yang dipamerkan dan boleh dibeli. Untuk pengetahuan semua, kaktus adalah antara tanaman yang popular juga selepas strawberi di sini.

Lokasinya yang terletak di lereng bukit dengan deretan tanaman seperti kaktus dan tumbuhan lain dapat menjadikan pemandangannya indah dan sejuk mata memandang.

Tempat menarik di Cameron Highlands ini lah yang menjadi salah satu tarikan yang mesti kita kunjungi.

Waktu Operasi: Buka 9.00 a.m. hingga 6.00 p.m.

Kemasukan: Percuma

Pasar Kea Farm

Lokasi terakhir bagi tempat menarik di Cameron Highlands adalah Pasar Kea Farm. Cik Min yakin tempat ini mesti menjadi kegemaran anda untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Jika anda menginap di Equatorial Hill Resore, anda boleh berjalan kaki sahaja kerana lokasinya yang sangat dekat.

Bukan sahaja ada pelbagai jenis buahan yang fresh dari ladang, malahan mereka juga menawarkan bunga, sayuran, makanan ringan, cenderahati dan sebagainya. Harganya juga berpatutan. Kebanyakan harganya bermula daripada RM2 hingga RM10 bergantung pada apa yang kita pilih.

Kalau Cik Min, Cik Min suka pada strawberry in choc dip dan keledeknya. Sangat sedap. Di sini juga sesuai untuk aktiviti bergambar bersama keluarga.

Waktu Operasi: Buka 8.30 a.m. – 6.00 p.m.

Kemasukan: Percuma

Terdapat begitu banyak tempat untuk dilawati, bukan? Anda semua dah tahu tempat menarik di Cameron Highlands yang best dan percuma, ayuh rancang percutian sekarang dan nikmati serta terokai keindahan alam semula jadi ini bersama keluarga!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *