Tanah Runtuh di Cameron Highlands

23/11/2021 by No Comments

Insiden tanah runtuh di Cameron Highlands dilaporkan oleh akhbar online kelmarin (22 November 2021).

Sesiapa yang berhasrat untuk melancong ke Cameron Highlands, Cik Min sarankan untuk tangguhkan atau batalkan sahaja perancangan tersebut.

Kalau nak beli buah strawberi, bolehlah cari di pasar raya besar atau beli terus pokok strawberi yang dijual di Rembau, Negeri Sembilan. Dengar-dengar strawberi di situ juga sangat berkualiti dan hidup subur.

Tak perlu ambil risiko untuk pergi ke Cameron Highlands. Cik Min bukan apa, risau tentang keselamatan anda kerana kebanyakan yang pergi ke sana adalah bersama keluarga.

Okay, habis dah pasal strawberi.

Sekarang, Cik Min nak fokuskan kepada topik utama kita pada hari ini, iaitu insiden tanah runtuh yang baru sahaja terjadi kelmarin.

Tanah Runtuh di Cameron Highlands

Tanah Runtuh di Cameron Highlands
Kereta yang dihempap pokok tumbang di Jalan Tapah menuju Cameron Highlands. – Sumber: Berita Harian

Kelmarin, terdapat beberapa akhbar online yang melaporkan mengenai insiden berkenaan yang berlaku di Jalan Tapah menuju Cameron Highlands.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku disebabkan oleh hujan lebat berterusan yang turun tanpa henti kira-kira hampir dua jam.

Laluan di batu 25 dan batu 26 Jalan Tapah menuju ke Cameron Highlands terhalang, disebabkan oleh insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail memberitahu bahawa pihak polis ada menerima laporan mengenai insiden tanah runtuh daripada orang awam dalam anggaran pukul 4:25 petang, kelmarin.

Tanah Runtuh di Cameron Highlands
Keadaan jalan yang terlibat dengan insiden tanah runtuh. – Sumber: Astro Awani
Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang giat dijalankan. – Sumber: Berita Harian

Walau bagaimanapun, mangsa hanya mengalami cedera selepas pokok tumbang menghempap kereta yang dinaikinya berhampiran dengan sebuah hotel di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Tiang Elektrik di Kawasan Kejadian Tumbang – Tanah Runtuh di Cameron Highlands

Dilaporkan, tiang elektrik di sekitar kawasan kejadian turut tumbang, tetapi tidak menimpa mangsa.

Menurut sumber portal berita yang lain, sebuah kenderaan SUV yang membawa empat orang dewasa turut dihempap pokok berdekatan Smoke House Hotel.

Tanah Runtuh di Cameron Highlands
Mangsa-mangsa yang dihempap pokok tumbang sedang dikeluarkan oleh anggota bomba.
– Sumber: Kosmo

Beliau turut mengesahkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Belati Wangsa telah dimaklumkan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan yang berlaku itu.

Cik Min mendoakan semoga mangsa-mangsa yang terlibat akibat insiden tanah runtuh di Cameron Highlands segera sembuh.

Pesanan Cik Min adalah supaya kita menjaga keselamatan dan kesihatan diri. Sekarang musim tengkujuh memang melanda Malaysia, terutama sekali di Pantai Timur.

Kalau anda nak juga melancong, melancong sahaja di dalam negeri dan janganlah mendekati kawasan pantai atau yang berisiko ditimpa bencana.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *