Tadika Terbaik Shah Alam

08/07/2022 by No Comments

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tidak ketinggalan, pemilihan tadika pun boleh menjadi satu topik hangat dalam kalangan ibu bapa hari ini. Lebih-lebih lagi, jika anda merupakan warga penduduk di Shah Alam, Selangor. Tidak dinafikan, memang banyak tadika swasta di sana … Namun, nak memilih satu tadika terbaik di Shah Alam pun bukanlah sesuatu yang mudah. Tak gitu?

Hal ini membuatkan ramai ibu bapa bertambah gusar untuk mendaftarkan anak-anak mereka, bagi mendapatkan pendidikan awal yang terbaik. Jadi, di mana agaknya tadika terbaik di Shah Alam ni ya? Wujud ke tadika terbaik di area Shah Alam ni? Risau indah khabar daripada rupa aje…

Walau bagaimanapun, warga Shah Alam tak perlu risau lagi, sebab Cik Min ada jawapannya! Jika anda mencari tadika terbaik di Shah Alam, maka Tadika ABS adalah jawapannya. Tuan/Puan mahu dapatkan maklumat lanjut tentang Tadika ABS? Jom teruskan bacaan.

Tadika ABS Pilihan Ibu Bapa Bijak

Tadika Terbaik Shah Alam
Aktiviti Fun Time Challenge di Tadika ABS.

Tadika ABS merupakan tadika terbaik di Shah Alam bagi mendapatkan pendidikan awal untuk anak-anak anda. Hal ini dikatakan demikian kerana, kesemua tadika di bawah rangkaian TADIKA ABS menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Pembelajaran yang berteraskan KSPK ini dapat memperkembang potensi anak-anak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, rohani, intelek dan sebagainya. Pendidikan awal bagi anak-anak juga adalah satu aspek penting dalam proses tumbesaran mereka.

Cik Min faham, ada ibu bapa yang tidak sempat menumpukan perhatian dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak di rumah, kerana sibuk bekerja. Oleh itu, Tadika ABS diwujudkan kerana ingin membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak seawal usia empat sehingga enam tahun.

Standard kandungan dan pembelajaran di Tadika ABS adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas, serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran berikut:

  • ◾ Komunikasi
  • ◾ Kerohanian
  • ◾ Sikap dan nilai
  • ◾ Kemanusiaan
  • ◾ Sains dan Teknologi
  • ◾ Perkembangan fizikal dan estetika
  • ◾ Pembangunan keterampilan diri

Untuk makluman Tuan/Puan, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di Tadika ABS adalah bersifat fleksibel, tetapi terancang! Semua murid akan terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti secara individu, berkumpulan dan kelas, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat begini dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran, yang seiring dengan fitrah semula jadi anak-anak.

Lokasi Tadika Terbaik Shah Alam | Perlu Tahu!

Cik Min juga nak kongsi bersama Tuan/Puan, di mana terletaknya tadika terbaik di Shah Alam ini!

Tadika ABS Genius Furqan merupakan salah satu tadika dalam rangkaian Tadika ABS di Selangor yang beralamat di, Lot 8, Jalan Kota Raja M 27/M, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor. Tadika ini terletak di Seksyen 27, Shah Alam dan dibuka seawal jam 7.30 pagi. Kalau nak lagi mudah, anda boleh sahaja Waze “Tadika ABS Genius Furqan” untuk navigasi segera.

Tambahan info, rangkaian Tadika ABS ini telah berjaya melebarkan sayapnya hampir ke seluruh negeri di Malaysia seperti Selangor, Johor, Kedah, Sabah, Kelantan dan Perak tau! Jadi, kalau anda ingin mencari tadika terbaik selain di Shah Alam pun ada ya…

Keistimewaan Tadika Terbaik Shah Alam | Tadika ABS Genius Furqan

Tadika Terbaik Shah Alam
Sumber: Facebook Tadika ABS.

Tuan/Puan pasti nak tahu apa istimewanya Tadika ABS Genius Furqan berbanding tadika lain kan? Cik Min pun nak tahu juga kenapa ramai sangat pilih tadika ini … Kalau Cik Min nak daftarkan anak-anak pun, mesti nak pilih tadika yang terbaik sahaja!

Ini merupakan antara keistimewaan Tadika ABS Genius Furqan:

1. Persekitaran pembelajaran yang mengutamakan keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid.

2. Mendorong tingkah laku positif murid melalui Teknik Mendidik Gaya Nabi.

3. Penerapan amalan dan budaya melayu tinggi dalam proses pendidikan.

4. Penerapan nilai keusahawanan dan kewangan.

5. Pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan komprehensif bagi mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

Suasana Ceria dan Selamat Merupakan Keutamaan Tadika ABS

Kalau mahu anak-anak happy dan berasa seronok ke tadika, suasana di tadika juga mestilah ceria dan menyeronokkan! Para ibu bapa mesti tidak mahu berhadapan dengan isu drama anak menangis tak mahu ke tadika di pagi hari, kan? Hihi

Tapi inshaAllah … Cik Min yakin, jika anak-anak Tuan/Puan dihantar ke Tadika ABS Genius Furqan yang terbaik Shah Alam ini, pasti anak-anak tidak akan berdrama sebegitu rupa. Ibu bapa pun tak perlu pening kepala lagi setiap pagi sebelum ke tempat kerja! Nak tahu kenapa Cik Min cakap begitu?

Tadika Terbaik Shah Alam
Sumber: Facebook Tadika ABS.

1. Tadika ABS amat menitikberatkan keselesaan, keselamatan dan keperluan murid semasa proses pembelajaran. Setiap kelas mempunyai had murid yang sewajarnya bagi memastikan guru dapat memberikan perhatian yang penuh kepada setiap murid.

2. Guru-guru akan memastikan anak-anak mendapat layanan yang sama rata dan didikan yang baik. Emosi anak-anak juga dapat dijaga, sekali gus mewujudkan suasana persekitaran yang ceria dan menyeronokkan di tadika.

3. Keselamatan anak-anak juga akan sentiasa dipantau oleh guru-guru semasa di tadika. Guru-guru akan sentiasa memerhati dan memberi perhatian sebaiknya semasa melakukan sebarang aktiviti. Hal ini adalah bagi memastikan agar tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku.

4. Guru-guru turut memastikan kebersihan dan keselamatan tadika dalam menghadapi era endemik ini. Pihak tadika sentiasa cakna dengan SOP yang ditetapkan dan sanitasi secara berkala, untuk mengurangkan kadar jangkitan penyakit antara murid.

Berminat untuk Mendaftarkan Anak Anda di Tadika ABS?

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Tadika Terbaik Shah Alam”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *