Tadika Terbaik Di Selangor

08/07/2022 by No Comments

Tadika terbaik di Selangor? Hmm … ‘Tadika’ ni merupakan singkatan kepada perkataan Taman Didikan Kanak-kanak. Ia didefinisikan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih daripada 4 orang kanak-kanak, berumur 5 sehingga 6 tahun, bertujuan untuk menerima atau memberi pendidikan dengan upah.

Cik Min pasti, anda mesti pernah terjumpa atau terlihat pelbagai jenis tadika di area Selangor kan? Mungkin pada anda, ia hanya sebuah tadika. Namun, di mata ibu bapa pula, ia ibarat memilih tempat pendidikan awal yang terbaik buat anak-anak mereka. Almaklumlah, kadangkala nama tadika sudah gah, tapi servis yang diberikan pula tidak menepati cita rasa. Makin peninglah ibu bapa kalau bab mencari tadika terbaik untuk anak-anak mereka di Selangor ni…

Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat satu tadika terbaik di kawasan Selangor? Mari, Cik Min kongsikan kepada anda!

Tadika ABS, Tadika Swasta Pilihan Ibu Bapa | Tadika Terbaik Di Selangor

Cik Min tahu, kebanyakan ibu bapa di Selangor pasti mahukan tadika yang mampu memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, Cik Min sudah listkan antara faktor terbaik yang boleh membantu ibu bapa dalam membuat pemilihan tadika swasta di Selangor:

1. Cari tadika melalui kelebihan nilai tawaran modul dan program yang disediakan.

2. Kemudahan dan fasiliti disediakan bukan hanya mudah untuk anak-anak, namun, mudah untuk ibu bapa juga.

3. Pakej program tambahan yang memudahkan ibu bapa, selain daripada program sedia ada seperti di tadika-tadika lain.

“Tapi, wujud ke tadika yang best macam ni, Cik Min?”

Eh, mestilah wujud! Semua faktor-faktor ni, anda boleh jumpa di salah satu tadika terbaik di Selangor, iaitu Tadika ABS.

Selain daripada faktor-faktor tersebut, tenaga pengajar di Tadika ABS juga adalah daripada kalangan profesional dan mesra kanak-kanak tau! Ibu bapa tidak perlu risau untuk menghantar anak-anak ke Tadika ABS, kerana penubuhan tadika swasta ini juga sudah didaftarkan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Perbezaan Tadika ABS dengan Tadika Swasta yang lain? | Tadika Terbaik Di Selangor

Tadika Terbaik Di Selangor

“Tapi Cik Min, ada perbezaan ke setiap tadika swasta yang ada di Selangor ini? Bukan semua tadika tu sama ke?”

Eh, mestilah berbeza Tuan/Puan … Jom, Cik Min kongsikan kenapa Tadika ABS ini berbeza dengan tadika swasta yang lain:

1. Guru-guru mengunakan Teknik Nabi sebagai teknik mendorong murid secara positif.

2. Aplikasi Bahasa dan Budaya tinggi untuk menerapkan budaya dan akhlak halus dalam generasi kini.

3. Menerapkan 6 Nilai Preneurship iaitu bekerjasama, berintegriti, berinovasi, sanggup memikul beban orang lain, bijak berdiplomasi dan memperjuangkan kebenaran dalam Modul Kelab Araf.

Menarik kan teknik yang Tadika ABS gunakan ni? Jom sambung baca perkongsian Cik Min sedikit sahaja lagi!

Modul Pembelajaran Tadika ABS | Tadika Terbaik Di Selangor

Tadika Terbaik Di Selangor

Mesti anda tertanya-tanya antara modul pembelajaran yang digunakan oleh Tadika ABS kan? Anda jangan risau … Hal ini kerana, modul pembelajaran di Tadika ABS sememangnya berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), diikuti modul khusus seperti yang berikut:

1. Little Ibnu Sina (Sains.Cerita.Eksplorasi)

Fokus untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran sains melalui penceritaan dan eksperimen mudah.

 2. Kelab Araf

Modul Khusus mendedahkan murid tentang konsep wang dan minda keusahawanan.

3. Bahasa dan Budaya Tinggi

Pembudayaan akhlak halus dan santun dalam diri anak-anak.

4. Smart English

Modul Pembelajaran bahasa Inggeris dengan mudah dan seronok melalui komunikasi.

5. Smart Muslim

Modul PraKafa yang merangkumi Hafazan, Tauhid, Sirah, pembelajaran Bahasa Arab dan Solat.

6. Play and Learn Astakona

Modul untuk murid 4 tahun yang santai dan disusun khusus untuk murid usia ini. Selain itu, teknik pembelajaran yang digunakan oleh Tadika ABS pula adalah, teknik bermain sambil belajar. Oleh itu, anak-anak anda pasti akan enjoy dan seronok untuk belajar!

7. Tiada Peperiksaan

Tiada peperiksaan di Tadika ABS. Eh, kenapa Cik Min? Kerana mereka mahu memastikan murid-murid gembira belajar tanpa tekanan. Hal ini juga dapat mengurangkan tekanan untuk guru dan ibubapa. Sebaliknya penilaian secara menyeluruh akan dibuat seperti dari segi emosi, akhlak, kebolehan, dan bakat murid.

8. Tiada “Homework” ataupun Kerja Rumah

Di Tadika ABS juga tiada kerja rumah, namun begitu digantikan dengan Mini Projek yang dihasilkan bersama ibubapa. Seronoklah anak-anak sebab balik rumah tiada kerja rumah yang perlu dilakukan. Balik rumah boleh rehat ataupun bermain.

Untuk Murid 6 tahun Tadika ABS akan memfokuskan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan mengaji sebagai persediaan ke Tahun 1. Jom daftar anak-anak ke Tadika ABS!

Senarai Tadika ABS Di Selangor

“Cik Min, Tadika ABS ni ada di mana ya? Saya berminatlah nak hantar anak ke sana … Boleh Cik Min kongsikan?”

Mestilah boleh! Tadika ABS yang terbaik di Selangor ni berada di lima cawangan berbeza iaitu:

1. Tadika ABS Sri Serdang.

2. Tadika ABS Tun Perak.

3. Tadika ABS Hentian Kajang.

4. Tadika ABS Seksyen 3, Bangi.

5. Tadika ABS Genius Furqan, Shah Alam.

Berminat untuk Mendaftarkan Anak Anda di Tadika ABS?

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Tadika Terbaik di Selangor”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *