Tadika Berdaftar KPM
Hai ibu bapa semua! Tahu tak bahawa pendidikan prasekolah mampu membentuk keperibadian anak-anak? Oleh itu, pemilihan tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu dititikberatkan. Ibu bapa juga harus mengambil kira bagaimana tadika berkenaan mampu memberikan pembelajaran berguna kepada anak-anak tau! Sebab itulah, anda harus memilih tadika berdaftar KPM sebagai tempat untuk anak-anak anda mendapatkan pendidikan awal terbaik.
Nak tahu tadika terbaik yang berdaftar KPM mana Cik Min nak kongsikan hari ini? Jom teruskan bacaan.
Pentingkah Mencari Tadika yang Berdaftar Bersama KPM?
Mestilah penting! Selain menjamin kualiti pembelajaran anak-anak, keselamatan mereka juga perlu dititikberatkan. Cik Min sangat takut apabila membaca berita tentang kes dera yang berlaku di tadika sejak akhir-akhir ini … Apa yang lagi membimbangkan, kes dera dan buli yang berlaku di tadika ini sering terjadi di tadika yang tidak berdaftar di bawah KPM.
Sekurang-kurangnya, terdapat pemantau yang akan datang untuk memantau aktiviti di tempat anak-anak belajar, sekiranya anda menghantar anak-anak ke tadika yang berdaftar bersama KPM. Bolehlah rasa lega sikit hati tu kalau nak tinggalkan anak di tadika. Tak gitu?
Mengapa Perlu Memilih Tadika Berdaftar KPM?
Untuk pengetahuan ibu bapa, Tadika berdaftar KPM menggunakan sukatan pelajaran berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Eh, apa pula KSPK ni?
KSPK merupakan satu rancangan yang memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Pelan KSPK ini dilaksanakan di semua tadika berdaftar KPM, berlandaskan pengetahuan, kemahiran asas, serta nilai dalam Enam Tunjang Pembelajaran seperti berikut:
- ✅ Komunikasi
- ✅ Kerohanian, sikap dan nilai
- ✅ Kemanusiaan
- ✅ Sains dan teknologi
- ✅ Perkembangan fizikal dan estetika
- ✅ Keterampilan diri
Jadi, pembelajaran anak-anak kita akan lebih teratur dan memenuhi keperluan kemahiran untuk kegunaan masa hadapan mereka. Menarik kan?
Ibu bapa masih berfikir nak hantar anak ke tadika mana? Jangan resah, jangan runsing! Mari sini, Cik Min nak kongsikan satu tadika terbaik di Malaysia yang telah berdaftar di bawah KPM.
Tadika ABS – Aktif, Bijak dan Santun!
Tadika ABS? Haaa … Kalau anda nak tahu, ABS ni merupakan singkatan kepada Aktif, Bijak dan Santun.
Tadika ABS merupakan sebuah tadika swasta yang berdaftar di bawah KPM. Apa yang menariknya ialah, tadika ini memfokuskan penguasaan kemahiran akademik dan membimbing anak-anak anda untuk fokus terhadap kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan. Barulah anak-anak anda boleh jadi ‘survivor’ setelah keluar daripada zaman prasekolah nanti.
Guru-guru di Tadika ABS juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di sini. Guru-guru di sini sememangnya terlatih dan berpengalaman dalam membimbing anak-anak! Hal ini kerana, guru-guru di Tadika ABS akan diberikan Latihan Guru Aktif Bijak Santun secara berkala. Latihan ini bertujuan menambah ilmu dan kemahiran guru-guru di Tadika ABS, dalam teknik pengajaran dan pembelajaran modul.
Program Tambahan Tadika ABS
Seterusnya, Tadika ABS menggunakan pelan KSPK dalam modul pembelajarannya. Tetapi, apa yang lagi hebat ialah, modul pembelajaran ini dimantapkan lagi dengan tambahan program yang menepati keperluan dan fitrah anak-anak tau!
Seperti yang kita tahu, fitrah anak-anak itu adalah bermain. Jadi, di Tadika ABS, mereka akan menikmati pembelajaran sambil bermain. Cik Min jamin bahawa ungkapan “Papa, mama, harini school seronok sangat!” akan diluahkan oleh anak-anak anda ketika dijemput pulang dari sekolah.
Pembelajaran di Tadika ABS disokong dengan modul khas seperti Little Ibnu Sina: Sains.Cerita.Eksplorasi, Smart English, Smart Muslim dan Playschool Astakona.
Terdapat juga Modul Kelab ARAF (Kelab Kewangan dan Keusahawanan Abdul Rahman Auf) yang menerapkan enam Nilai Preneurship iaitu bekerjasama, berintegriti, berinovasi, sanggup memikul beban orang lain, bijak berdiplomasi dan memperjuangkan kebenaran.
Seronok betul bila ada tadika yang boleh diibaratkan sebagai one stop center begini. Hantar di satu tempat, tetapi boleh belajar macam-macam perkara. Bukan anak sahaja yang seronok … Kalau begini, ibu bapa pun tumpang gembira sekali!
Berminat untuk Mendaftarkan Anak Anda di Tadika ABS?
Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!
Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Tadika Berdaftar KPM” pada kali ini, jumpa lagi di postingan seterusnya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.