Splash Mania Gamuda Cove

13/02/2023 by No Comments

Splash Mania Gamuda Cove merupakan salah satu tarikan terbaharu di Selangor bagi penggemar aktiviti teman tema air! Ia adalah sebuah taman tema air yang dipenuhi dengan 39 permainan termasuk pelbagai jenis gelongsor panjang yang semestinya anda perlu cuba.

Untuk pengetahuan anda, taman tema air ini merupakan salah satu daripada Asia’s Largest Rainforest Water Theme Park yang terletak di Gamuda Cove, Banting, Selangor. Sudah pasti, ia bakal menjadi satu lokasi percutian wajib yang sesuai untuk para pelancong luar dan seisi keluarga.

Kapal Lanun di Splash Mania Gamuda Cove

Splash Mania Gamuda Cove
Sumber: Facebook Cyberjaya Info

Salah satu tarikan yang ada di sini merupakan sebuah kapal lanun besar yang berada di atas pantai buatan, ‘Ombak King Cove’. Di sini adalah sangat sesuai bagi mereka yang mahukan aktiviti santai bersama anak-anak.

Dari tepi lebuhraya pun Cik Min dah boleh nampak tau kapal lanun ni! Lagi best kalau kita lihat sendiri secara dekat. Ha, tak gitu? Bolehlah kita berangan jadi lanun nanti, hehe

Pelbagai Jenis Gelongsor Air

Jika anda sudah tiba di Splash Mania Gamuda Cove, jangan lepaskan peluang untuk menaiki kesemua gelongsor air yang disediakan. Terdapat 24 jenis gelongsor yang disediakan dan ia adalah berbeza mengikut had ketinggian yang perlu dipatuhi.

Antaranya ialah Mini Mania, Freefall/Trapdoor, Splash Sploosh, Plunge, Shaka Waka dan pelbagai lagi. Dalam erti kata lain, memang rugi jika anda tidak menaiki semua jenis gelongsor yang disediakan di sini. Jom kita lihat bagaimana rupa gelongsor tersebut.

1. Mini Mania

Gelongsor yang terdapat di Mini Mania ini sesuai buat mainan kanak-kanak, kerana gelongsornya tidak terlalu tinggi dan ekstrem. Di sini, anda boleh menggalakkan si kecil untuk beranikan diri menaiki gelongsor bersuasana gelap dan laju.

2. Freefall/ Trapdoor

Splash Mania Gamuda Cove
Sumber: Splash Mania Gamuda Cove

Di bahagian kapal lanun yang Cik Min ceritakan sebentar tadi, terdapat dua jenis gelongsor yang anda boleh naiki iaitu ‘Freefall‘ dan ‘Trapdoor‘. Gelongsor ini hanya boleh dinaiki oleh golongan dewasa sahaja tau!

Untuk ke bahagian ini, anda perlu menaiki tangga yang agak tinggi. Namun, kepuasan menaiki tangga akan disusuli dengan pengalaman menaiki gelongsor yang amat menyeronokkan. Cik Min takut anda yang sanggup berulang-kali menaiki tangga semata-mata untuk bermain gelongsor aje nanti, haha

Di setiap gelongsor juga ada pengawal yang menjaga dan anda perlu patuhi setiap arahan mereka. Jadi, anda tidak perlu risau untuk lepaskan anak-anak yang cukup ketinggian untuk menaiki gelongsor ini ya.

Harga Tiket Masuk

Bila dah tahu pelbagai gelongsor menarik disediakan di sini, tiba-tiba risau tentang harga tiketlah pula. Dalam kepala kata mesti terfikir mahal jika nak bawa satu keluarga datang ke sini kan? Namun, sempena pembukaan taman tema air ini, mereka sediakan harga promosi untuk para pengunjung tau!

Sumber: Splash Mania Gamuda Cove

Harga Tiket Promosi – sah sehingga 31 March 2023 sahaja
🎫 Dewasa: RM79 (120cm & keatas)
🎫 Kanak-kanak: RM63 (90cm – 120cm)
🎫 Warga emas: RM63 (60 tahun & keatas)

Harga Tiket Asal – selepas promosi tamat
🎫 Dewasa: RM125
🎫 Kanak-kanak: RM95

Jom ke Splash Mania Gamuda Cove

Splash Mania Gamuda Cove
Lokasi: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, Banting, Selangor
Waktu operasi: Rabu – Isnin 10.00A.M. sehingga 6P.M.
Tutup pada hari Selasa kecuali pada hari cuti umum dan cuti sekolah.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri keseronokan di Spalsh Mania Gamuda Cove bersama keluarga tercinta! Dengan fasiliti yang lengkap dan serba baru di sini, Cik Min pasti ia akan memberikan keselesaan terbaik untuk anda sekeluarga dan akan menjadi salah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Splash Mania Gamuda Cove”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *