Soalan Ujian Lisan SPM Tema Perkahwinan

13/02/2022 by No Comments

Baru baru ini tular soalan ujian lisan SPM tema perkahwinan. Para pelajar dan ibu bapa juga turut memberikan respons serta pendapat masing-masing tentang isu tersebut.

Ada pelajar yang berkata, mereka belum fikir lagi tentang perkahwinan.

Justeru itu, kebanyakan ibu bapa dan individu kelihatan mulai mengeluh tentang arah sistem pendidikan kita di Malaysia.

Soalan Ujian Lisan SPM Tema Perkahwinan
Submer: ProjekM

Masa tu Cik Min terfikir, “Eh bagus juga soalan ni, sebab sekarang zaman pandemik. Jadi, perkahwinan pun ada limitasi jumlah kehadiran.”

Tapi, ini dari sudut pemikiran Cik Min sahaja. Lain orang, lain cara berfikir dan ragamnya kan?

Soalan Ujian Lisan SPM Tema Perkahwinan: Perluas Tema

Soalan Ujian Lisan SPM Tema Perkahwinan

Cik Min ada juga terfikir, kalau soalan ni diubah secara general kepada tema “perkahwinan” berbanding “majlis perkahwinan”, tentu lebih baik! Jadi, anak-anak ni bolehlah explore satu sudut seperti rancangan kewangan keluarga, seumpamanya. Mungkin mereka juga boleh bercakap tentang pemilihan sama ada lebih sukakan seorang sahaja yang bekerja atau kedua-duanya sekali.

Kemudian, boleh juga bercakap tentang kerja rumah sama ada dibuat bersama, atau lebih sesuai dilakukan oleh satu pihak sahaja. Tidak lupa juga, idea bertolak ansur dengan pasangan dalam perkahwinan sesama suami dan isteri. Seperti yang kita tahu, suami dan isteri kan ibarat dua jiwa asing yang hidup bersama dan belajar pelbagai perkara bersama? Oleh itu, lebih baiklah kalau soalan tersebut diubah temanya agar lebih umum supaya lebih banyak topik yang dapat anak-anak ini bincangkan.

Silibus Tingkatan 4

Cik Min pun baru tahu, rupa-rupanya soalan ujian lisan SPM tema perkahwinan itu ada dalam buku teks semasa tingkatan 4, muka surat 112-113. Dalam dua muka surat ini juga ada bercerita tentang majlis perkahwinan. Antara yang dibahas ialah persembahan dan semangat kerjasama dalam kejiranan.

Tapi, itu masa tingkatan 4. Mungkin anak-anak ni tak perasan, ataupun dah terlupa tentang topik tersebut.

Tapi tak mengapa! Sebenarnya, bagus juga topik ini tular, sebab ada banyak perkara yang boleh kita pelajari jika dilihat dari pelbagai sudut yang positif. Cik Min rasa, tak salah kalau anak-anak kita tahu dan ambil tahu tentang perkahwinan yang menyatukan dua hati dan dua keluarga.

Biar mereka tahu betapa pentingnya untuk mejadi lelaki dan wanita yang terbaik buat keluarga dan masa hadapan.

Jadi, apa komen Tuan/Puan tentang soalan ujian lisan SPM tema perkahwinan ini?


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *