Smoked Lamb Ribs Melaka | Hanya di Bruh Kitchen

29/07/2022 by No Comments

Tekak Cik Min terasa nak makan lamb ribs lah hari ni … Kalau dapat pekena smoked lamb ribs dengan member atau family, mesti best ni! Di mana agaknya port makan smoked lamb ribs di area Melaka ni eh?

Haaa korang jangan risau, sebab Cik Min tahu satu kedai makan yang serve makanan western padu di Melaka. Jawapannya ada pada, Bruh Kitchen Melaka. Selain menu smoked lamb ribs, ada banyak lagi hidangan yang best di Bruh Kitchen Melaka ni tau…

Kalau nak tahu, pastikan korang baca perkongsian Cik Min pada kali ini sampai habis ya. Dah habis baca nanti, bolehlah kita sama-sama serbu Bruh Kitchen!

Bruh Kitchen Melaka | Destinasi Wajib Singgah!

Sesiapa sahaja yang datang ke Melaka, memang wajib singgah ke kedai ni. Bruh Kitchen Melaka ni merupakan salah satu port makanan western yang paling best tau! Rugilah kalau dah datang jauh-jauh, tapi tak singgah.

Bruh Kitchen Melaka ini diasaskan oleh lima orang rakan perniagaan. Lima anak muda tempatan ini telah berjaya mewujudkan port makan viral dan padu di Melaka, pada usia muda! Salah seorang daripada mereka pula merupakan chef yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang F&B di Singapura. Fuh, bukan biashe-biashe

Smoked Lamb Ribs Melaka
Azlee Senario pun dah singgah di Bruh Kitchen. Siap bagi thumbs up lagi tau!

Untuk pengetahuan korang, perniagaan mereka kini sudah beroperasi selama tiga tahun, dan telah berjaya melebarkan sayap dengan membuka dua cawangan berbeza di Melaka. Untung betullah orang Melaka, sebab tak payah pergi jauh-jauh kalau nak makan smoked lamb ribs, dan pelbagai lagi hidangan western best-best yang lain.

Range harga di Bruh Kitchen juga sangat berpatutan dan berbaloi tau! Harga setiap hidangan mereka bermula serendah RM 15 sehingga RM150 sahaja. Senang cerita, korang takkan menyesallah kalau spend duit lebih sikit untuk makan di sini. Confirm puas hati.

Eh, choppp! Kalau korang tak nak makan heavy sangat, menu-menu best macam coffee dan cheesecake pun ada juga. Macam-macam menu ada, lebih-lebih lagi di cawangan Bruh Kitchen, MITC. Jangan kata Bruh Kitchen tak payung korang pula, okay?

Smoked Lamb Ribs Terbaik di Melaka

Terdapat pelbagai jenis hidangan western yang boleh korang nikmati di Bruh Kitchen ni. Tapi hari ni, Cik Min nak cerita tentang satu hidangan paling istimewa di sini. Dengar cerita, ramai yang datang balik lepas merasa hidangan ni tau! Asyik teringat-ingat, terkenang sampai ke dalam mimpi katanya.

Nama hidangan tersebut ialah, smoked lamb ribs!

Smoked lamb ribs ini merupakan salah satu hidangan paling istimewa di Bruh Kitchen Melaka. Menu ini turut dikenali sebagai Rusuk Kambing Asap atau Hantu Kambing. Memang lain macam kan namanya!

Nak tahu tak, kenapa lamb ribs di sini special sangat? Hal ini kerana, lamb ribs mereka diimport khas dari Australia. Bahagian lamb ribs ini sememangnya premium dan sukar untuk didapati tau!

Smoked Lamb Ribs Melaka
Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Lamb ribs segar di Bruh Kitchen ini akan dimasak menggunakan satu teknik unik, iaitu teknik ‘smoked’ selama 8 jam lamanya. Kalau korang nak tahu, teknik ni menggunakan kayu api dan juga smoker. Ia akan membantu membangkitkan aroma hidangan smoked lamb ribs tersebut, ala-ala Texas BBQ.

Penggunaan teknik masakan ini jugalah yang membuatkan daging lebih lembut dan mudah terlerai daripada tulangnya. Bukan itu sahaja, perapan lamb ribs di Bruh Kitchen juga menggunakan bahan-bahan premium dan resipi mereka adalah rahsia tau! Sebab itulah rasanya pun sedap, lembut, juicy dan padu gitu.

Lokasi Bruh Kitchen | Smoked Lamb Ribs Melaka

Seperti yang Cik Min sebutkan sebelum ini, Bruh Kitchen mempunyai dua cawangan berbeza di Melaka. Jadi, korang boleh pilih sahaja cawangan yang paling dekat dengan kediaman masing-masing. Rugi kalau tak singgah ke Bruh Kitchen Melaka untuk rasai sendiri menu rusuk kambing asap ni tau!

Dekat bawah ni, Cik Min dah listkan siap-siap lokasi Bruh Kitchen ni. Kalau nak senang, korang boleh Waze aje nama-nama kedai mereka ni. Confirm jumpa punya…

Bruh Kitchen Durian Daun
◘ ◘ ◘

Alamat: Lot 689-2, Jalan Puteri Hang Li Poh, Kg. Durian Daun Dalam, 75400 Melaka.

Waktu Operasi: 5 p.m. – 12 a.m.

Bruh Kitchen MiTC
◘ ◘ ◘

Alamat: Lot No. 25 & 27, Jalan Kf 1, Lot Kota Fesyen MiTC, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Waktu Operasi: 11.30 a.m. – 10.30 p.m.

Bruh Kitchen Ada Buat Delivery Service Ke?

Sumber: Facebook

Cik Min faham, mesti ada yang teringin nak makan rusuk kambing asap dari Bruh Kitchen Melaka ni, tapi tak dapat nak ke kedai disebabkan kekangan transportation kan? Jangan risau dulu, sebab Bruh Kitchen kini turut menyediakan perkhidmatan food delivery.

Korang hanya perlu membuat pesanan secara online melalui aplikasi Easy Eat atau Grab Food. Kemudian, korang tunggu je makanan tersebut dihantar ke depan pintu rumah oleh abang rider. Senang je kan? Mudah dan pantas sangat!

Kalau rajin nak ke Bruh Kitchen, tapi malas nak menunggu di kedai, korang boleh pilih option self pick-up juga tau! Ikut selesa korang gitu… Korang kena order dulu melalui Easy Eat atau Whatsapp dan terus ke kedai untuk pickup makanan anda tanpa perlu menunggu.

Namun perlu diingatkan, perkhidmatan ini hanya available di sekitar Bruh Kitchen MITC, Ayer Keroh, Melaka sahaja ya.

Kunjungi Bruh Kitchen Melaka Hari Ini!

Anda tunggu apa lagi tu? Jom rancang perjalanan untuk ke Melaka pada minggu ini. Nanti bolehlah berkunjung ke Bruh Kitchen Melaka untuk rasai sendiri hidangan western yang best-best. Nak lagi gempak, pastikan anda bawa family dan kawan-kawan sekali tau!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi Bruh Kitchen di talian WhatsApp, 011-1147 1696 (Cawangan Durian Daun) dan 018-368 7879 (Cawangan MITC). Anda juga boleh lawati laman Facebook dan Instagram Bruh Kitchen untuk sebarang maklumat lanjut.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min kali ini tentang “Smoked Lamb Ribs Melaka”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published.