Situasi Terkini Banjir di Mentakab

21/12/2021 by No Comments

Cik Min dapat tahu banjir di negeri Pahang kali ini sangat teruk dan situasi banjir di beberapa daerah seperti Kuala Lipis, Temerloh dan Jerantut amat membimbangkan. Selain itu, Cik Min lihat di Facebook dan Twitter juga ramai netizen berkongsi situasi terkini banjir di Mentakab.

Melalui hantaran hari ini, Cik Min ingin berkongsi perkembangan terkini banjir yang melanda daerah Mentakab, Pahang ini.

Banjir di Pahang

Menurut portal Pahang Media, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri Pahang meningkat kepada 37,739 orang melibatkan 10,228 keluarga setakat 8 pagi hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ini kesemua mangsa dipindahkan ke 280 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan sembilan daerah.

“Di Kuantan, seramai 21,489 mangsa daripada 5675 keluarga telah dipindahkan ke 68 PPS yang ada, Temerloh 6,972 mangsa daripada 1,912 keluarga dipindahkan ke 67 PPS dan Kuala Lipis 2,084 mangsa daripada 639 keluarga dipindahkan ke 35 PP.”

“Raub 1,950 mangsa daripada 574 keluarga dipindahkan ke 35 PPS, di Jerantut 1,795 mangsa daripada 493 keluarga dipindahkan ke 30 PPS, dan Pekan 1,131 mangsa daripada 301 keluarga dipindahkan ke 15 PPS.”

“Di Bentong 1,044 mangsa daripada 271 keluarga dipindahkan ke dua PPS, Bera 860 mangsa daripada 247 keluarga dipindahkan ke 13 PPS, dan Maran 468 mangsa daripada 116 keluarga dipindahkan ke 15 PPS setakat ini.”

Situasi Terkini Banjir di Mentakab

Melalui satu hantaran netizen di Facebook I love Pahang, menunjukkan gambar terkini situasi banjir di sekitar bandar Mentakab.

Situasi Terkini Banjir di Mentakab

Gambar ini diambil sekitar pukul 7.00 pagi tadi, pada 21 Disember 2021.

Situasi Terkini Banjir di Mentakab

Gambar menunjukkan hampir separuh daripada bandar Mentakab telah ditenggelami air.

Gambar secara dekat banjir di Mentakab, Pahang.

Situasi Terkini Banjir di Mentakab

Banjir ini juga hampir menenggelamkan keseluruhan barisan kedai yang berada di bandar Mentakab.

Situasi Terkini Banjir di Mentakab
Situasi Terkini Banjir di Mentakab
Situasi Terkini Banjir di Mentakab
Situasi Terkini Banjir di Mentakab
Situasi Terkini Banjir di Mentakab

Cik Min lihat di Twitter juga ada netizen berkongsi gambar dan video terkini tentang banjir di Mentakab. Kawasan Mentakab kini paling teruk terjejas dan hampir lumpuh! Banjir kali ini merupakan banjir kedua terbesar dalam tahun ini dan paras air kali ini lebih tinggi berbanding banjir pada Januari lalu.

Kawasan sekitar Mentakab sangat memerlukan perhatian dan bantuan daripada orang ramai dengan segera.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *