Siapa Ebit Lew

15/10/2021 by No Comments

Namanya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebut sahaja siapa Ebit Lew dari anak kecil sehinggalah orang tua tidak kira bangsa dan agama sudah pasti mengenalinya.

Susuk tubuh yang semakin kurus yang sentiasa berjubah dan berkopiah putih ini memberikan rasa tenang sebaik sahaja melihat wajahnya.

Siapa Ebit Lew
Ustaz Ebit Lew

Ebit Lew atau nama asalnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew dan nama lahirnya ialah Lew Yun Pau. Dilahirkan pada 21 Disember 1984 yang berbangsa Cina. Beliau sejak lahir sememangnya beragama Islam, namun mula mendalami Islam ketika berusia 12 tahun. Beliau yang berasal dari Muadzam Shah, Pahang ini merupakan anak ketiga daripada 12 orang adik beradik.

“Berlari Menuju Allah” ialah ayat pertama yang saya baca dari sebuah buku mengenai penghijrahan Ustaz Ebit Lew membuatkan saya tergerak hati untuk mengenali siapa Ebit Lew dengan lebih dekat lagi. Pertama kali bertemu beliau secara berhadapan ialah pada tahun 2016. Kisahnya di sini. Selepas itu saya mengikuti perkembangannya di media sosial sehingga kini.

Cukup banyak kebaikan yang dilakukan oleh beliau dalam bentuk bantuan kepada masyarakat seperti pelajar universiti dan orang susah di dalam dan luar negeri. Bantuan yang diberikan juga bukan sahaja kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam tetapi juga kepada bangsa dan agama lain.

Ustaz Ebit Lew berdakwah sambil membantu dan bersedekah dengan mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW.

Kenali Siapa Ebit Lew

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan di Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.

Lebih 10 tahun beliau bekerja dan menceburi bidang perniagaan. Sebelum beliau memulakan perniagaan, beliau telah bekerja sebagai trainer atau motivator dengan Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah dan Prof. Hanim. Kini, Ebit Lew lebih dikenali sebagai pendakwah bebas dan juga pakar motivasi yang digelar sebagai Ustaz Ebit Lew.

Siapa Ebit Lew
Sumber: Instagram

Tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar bagi beliau kerana terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya bantuan ke Gaza dan juga kisah seksual. Kebenarannya? Hanya Tuhan yang tahu siapa Ebit Lew dan biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Suami dan Bapa yang Penyayang

Beliau yang memberikan ceramahnya dalam Program Keluarga Sunnah sering mengatakan seorang suami perlulah memanggil isterinya dengan panggilan yang baik-baik dan penuh kasih sayang. Sebagaimana beliau yang sering mengungkapkan gelaran “Bidadari Syurga” terhadap isterinya. Benarlah, mempunyai isteri solehah yang menyokong dan penyayang adalah anugerah yang tidak terhingga.

Ini menjadi contoh kepada para isteri untuk menjaga hati suami kerana Allah. Begitu juga para suami yang mengenali siapa Ebit Lew pasti menjadikan beliau sebagai contoh untuk menghidupkan keluarga sunnah seperti Rasulullah SAW.

“Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini.”

Sumber: Ebit Lew

Beliau dilihat sering sibuk dan isterinya yang membantu menguruskan anak-anak. Tidak hairanlah beliau rindukan keluarganya selalu! Walaupun Ustaz Ebit Lew sibuk dengan pelbagai urusan, beliau tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan juga bapa untuk menggembirakan isteri dan anak-anaknya.

Ebit Lew Bersama Isteri dan Anak

Sesiapa yang sentiasa mengikuti beliau di media sosial, pasti tahu bagaimana beliau memberikan kasih sayangnya kepada keluarga. Mengenali siapa Ebit Lew menyebabkan semakin ramai pasangan di luar sana yang mula berjinak-jinak mengamalkan kehidupan berkeluarga dengan sunnah Rasulullah SAW sepertimana yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Ebit Lew bersama isterinya
Ebit Lew bersama anak perempuannya

Pernah kecoh di media sosial apabila Ebit Lew memuat naik gambar beliau bersama anakandanya. Netizen bergurau memanggilnya abah berikutan kecomelan anak beliau. Selepas beberapa ketika, gambar ini dimuat turun.

Namun memang manis wajah anakanda selebriti ini. Kami mendoakan keluarga ini terus kuat menjalani kehidupan dan beroleh kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Kejayaan Ustaz Ebit Lew

Siapa Ebit Lew ni? Ramai yang nak tahu apa kejayaan yang beliau capai sehingga ke hari ini.

“Tiada tempat di dunia dan akhirat untuk orang malas.”

Sumber: Ebit Lew

Terlalu banyak kejayaan Ustaz Ebit Lew sehingga tidak tahu bagaimana saya nak ceritakan. Jadi saya akan ceritakan serba sedikit kejayaan yang telah dicapai oleh Ustaz Ebit Lew.

Pembukaan Elews Mart

Elews Mart ialah syarikat peruncitan yang menjual keperluan harian dengan harga yang murah. Di samping membantu masyarakat dengan menyediakan food bank untuk meringankan beban masyarakat sekitar. Barangan yang dijual juga serendah RM 1 di setiap cawangan. Elews Mart ini mempunyai sebanyak 22 cawangan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram

Perniagaan Paramount Coffee House

Ustaz Ebit Lew telah membuka tiga restoran Paramount Coffee House yang terletak di Bangi Sentral, Shah Alam dan Putrajaya. Restoran ini berkonsepkan western food tetapi dengan harga yang lebih murah berbanding restoran western yang lain. Layari Facebook Paramount Coffee House untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Program TV

Siapa Ebit Lew? Ustaz Ebit Lew ialah pendakwah bebas yang menyertai program reality show berkaitan agama dan keluarga sunnah. Beliau mempunyai dua program TV, antaranya “A Bit with Ebit” dan “Door to Door Ebit Lew”. Program “A Bit with Ebit” merupakan satu program bual bicara berdasarkan isu-isu terkini dengan mengundang tetamu seperti selebriti atau pendakwah bebas dan pernah disiarkan pada tahun 2018 yang lalu. Manakala, “Door to Door Ebit Lew” ialah program yang memaparkan inspirasi yang disiarkan di Astro Oasis.

Kejayaan yang diperoleh oleh Ustaz Ebit Lew ini dapat dilihat bahawa setiap perniagaan yang dimilikinya berunsur Islam, halal, dan sedekah.

Diharapkan agar artikel ‘Siapa Ebit Lew’ ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi kepada pembaca. Pembaca juga boleh layari media sosial yang lain seperti Youtube, Facebook, dan Instagram untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ustaz Ebit Lew.

Wallahuaklam.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *