Sewa Bouncy Castle

14/10/2022 by No Comments

Anak-anak rindukan theme park? Jom sewa bouncy castle! Ibu bapa pun boleh join sekali anak-anak bermain bouncy castle ketika mereka cuti sekolah nanti.

Kenapa Perlu Sewa Bouncy Castle?

Cik Min sedia maklum bahawa kanak-kanak sangat suka akan keseronokan bermain, dan tempat yang sangat sinonim dengan keseronokan ini ialah theme park. Akan tetapi, terdapat beberapa faktor yang menghalang ibu bapa daripada membawa anak-anak ke theme park.

1. Isu Keselamatan

Beberapa bulan lepas, Cik Min ada terlihat berita di media sosial yang melaporkan tentang kes penculikan kanak-kanak sekolah. Memang sangat merisaukan!

Kalau pergi theme park, orang ramai. Terleka sekelip mata je, anak boleh hilang dari pandangan mata. Sebab itu Cik Min faham tak semua ibu bapa berani membawa anak-anak mereka yang masih kecil ke tempat orang ramai untuk bermain.

2. Isu Kesihatan

Hampir 2 tahun kita dilanda wabak Covid-19. Walaupun kes sudah tidak banyak seperti dahulu, namun ibu bapa masih perlu menjaga kesihatan diri dan anak-anak agar tidak terjangkit virus berbahaya itu.

Cik Min dengar ada varian baru ditemui di Indonesia, iaitu varian Omicron XBB. Pastinya isu kesihatan yang tiada kesudahan ini akan sentiasa membimbangkan para ibu bapa untuk membawa anak-anak ke tempat yang mendedahkan mereka kepada bahaya.

Justeru, Cik Min ada jalan penyelesaiannya bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bermain namun masih mementingkan keselamatan dan kesihatan mereka.

Ibu bapa tidak perlu membawa anak-anak ke theme park, sebaliknya mereka boleh membawa theme park kepada anak-anak!

Wah! Macam Mana Tu?

Bouncy castle adalah permainan yang selalunya mesti akan disediakan di setiap theme park kerana daya tarikannya yang sangat tinggi bukan sahaja kepada para pengunjung kanak kanak, tapi juga kepada pengunjung dewasa.

Hal ini membuktikan bahawa bouncy castle adalah permainan terbaik untuk dibawa ke rumah kerana sifatnya yang memberikan keseronokan maksima kepada kanak kanak dan juga golongan dewasa.

Bawa Theme Park ke Rumah | Sewa Bouncy Castle

Pada zaman ini, tiada lagi perkara yang boleh dikatakan mustahil kerana segalanya boleh dilakukan dan diperoleh di hujung jari kita sahaja.

Mungkin masih ramai ibu bapa yang belum tahu bahawa mereka boleh menyewa bouncy castle supaya anak-anak mereka boleh bermain dengan selamat di rumah mereka.

Jadi, ibu bapa tidak perlu khuatir tentang isu keselamatan dan kesihatan anak-anak, sekali gus dapat meluangkan masa dengan mereka tanpa had kerana tiada gangguan orang luar.

sewa bouncy castle

Di Manakah Ibu Bapa Boleh Sewa Bouncy Castle?

Mungkin terdapat ibu bapa yang sudah tahu akan kewujudan bouncy castle tapi tidak tahu mana nak cari dan sewa bouncy castle ni. Jangan risau!

Walaupun agak sukar untuk mencari website atau syarikat yang menawarkan sewaan, tetapi dengan KidsterActive, ibu bapa boleh pilih sahaja yang mana satu berkenan di hati!

Memang mudah je. Ibu bapa boleh pilih bersama dengan anak-anak supaya mereka lebih gembira bermain bouncy castle nanti.

KidsterActive Menawarkan Pilihan Bouncy Castle yang Terbaik

Mesti terfikirkan? Banyaknya pilihan … mana satu yang okay ni?

Perkara penting yang perlu dipertimbangkan ialah bajet yang diperuntukkan untuk menyewa bouncy castle. Kalau menepati bajet yang ada, ibu bapa tidak perlu lagi teragak-agak untuk membuat pilihan kerana semua pilihan yang dibuat adalah pilihan yang tepat!

Bersesuaian dengan harga yang ditawarkan, pastinya ibu bapa akan puas hati dan anak anak pasti gembira dengan bouncy castle yang disewa!

Masih ragu? Jom Cik Min bawa anda melihat produk sewaan bouncy castle yang ditawarkan oleh KidsterActive.

1. Frozen Bouncer

Frozen Bouncer merupakan bouncy castle yang berbentuk istana dengan corak-corak kartun Frozen yang berwarna biru. Bagi anak-anak yang minat akan kartun ini, sudah pastinya mereka bermain tanpa henti dengan gembira.

Saiznya ialah 7(L) x 7(W) x 6(H) ft dan boleh disewa selama 6 jam.

2. Bouncer House

Bouncer House merupakan bouncy castle yang berbentuk rumah dengan corak-corak warna yang berwarna-warni. Saiznya yang agak luas akan menarik minat kanak-kanak untuk bermain bersama rakan-rakan atau keluarga.

Saiznya ialah 12 (L) x 12(W) x 10 (H) ft dan boleh disewa selama 6 jam.

Wahh menariknya semua pilihan! Mesti anak-anak suka dengan bouncy castle ni! Cik Min yang dewasa pun teringin nak main bouncy castle ni! Mesti anak anak lebih gembira jika ibu bapa dapat bermain bersama mereka.

Nak Dapatkan Info Lanjut?

Sekiranya anda mahukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan sewa bouncy castle, boleh klik sini. Anda juga boleh kunjungi laman Facebook KidsterActive.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Sewa Bouncy Castle”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim
dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab
pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *