Serunding Segar Kampung Laut | Pilihan Orang Ramai!

25/05/2022 by No Comments

Alamak! Raya Haji akan menjelang tak lama lagi ni!! Kita pula sibuk dengan berkerja, betul tak? Kadangkala nak masak pun tak sempat! Macam mana ni Cik Min?! Habislah makcik-makcik bawang dok mengata kita nanti! Hmmm, nak prepare apa ya untuk Raya Haji nanti… Ehhh! Tuan/Puan jangan dok kalut sangat… Tuan/Puan cari je serunding segar Kampung Laut, confirm akan menjamin kebahagia di hari raya!

Tips Membeli Produk Makanan Terutamanya Serunding Segar di Kampung Laut

Hihi, bertenang ya Tuan/Puan… Dalam bab makanan ni, kita kena teliti tau! Lagi-lagi kalau bab pembelian serunding ni. Bak pepatah, “Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat”. Tidak dinafikan, memang banyak je pengusaha di Kampung Laut yang telah mengeluarkan produk serunding ni. Tapi, nak cari pengusaha serunding segar di Kampung Laut tu yang tak mudah. Betul kan? Hah! Sebab tu, Tuan/Puan kena lebih bijaksana sikit bab memilih produk makanan ni ya… Jadi, pastikan Tuan/Puan baca sharing Cik Min ni sampai habis tau!

By the way, Tuan/Puan boleh guna pakai tips membeli produk makanan yang Cik Min share ni untuk membeli produk makanan lain juga ya! Bukan untuk cari serunding aje… Next time, dah tak perlu pening-pening nak pilih. Ingat je tips Cik Min bagi ni tau! Ini antaranya:

1. Bebas daripada bahan pengawet

Sekiranya Tuan/Puan ingin menjamu seisi keluarga, Tuan/Puan perlu mengelakkan penggunaan produk serunding yang menggunakan bahan pengawet tau! Bahan pengawet ni kebiasaanya digunakan dalam makanan, bertujuan untuk membuat makanan tahan lebih lama. Oleh itu, ia turut memberikan kesan yang tidak bagus dalam badan kita untuk jangka masa panjang.

2. Sentiasa perhatikan label nutrisi

Seterusnya, Tuan/Puan kenalah rajin untuk semak Panel Makluman Pemakanan (NIP) juga! Tahu tak NIP tu yang mana? hihi… Kalau perasan dekat pembungkusan makanan, mesti ada jadual yang diisi dengan amaun tenaga, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral kan? Hah! Jadual itulah yang Cik Min maksudkan… Kita boleh check dan bandingkan dengan produk lain melalui label tersebut. Untuk maklumat Tuan/Puan, setiap produk berbeza kandungan NIPnya ya. Semaklah nutrisinya terlebih dahulu sebelum membeli!

3. Best before atau tarikh luput | Serunding segar Kampung Laut

Hah, ini paling penting sekali! Jangan la duk seronok sangat beli serunding untuk Raya Haji bebanyak, tapi dah tak boleh dimakan sebab expired pula… Mau tak haru-biru jadinya nanti? Jadi untuk bahagian ini, ada dua jenis perkara yang perlu diperhatikan iaitu, baik sebelum (best before) dan tarikh luput (expiry date). Dua-dua ni adalah perkara yang berbeza ya!

Baik sebelum (best before) ni biasanya tarikh akhir produk itu selamat dan segar untuk dimakan. Namun, bagi produk makanan yang memiliki tarikh luput (expiry date), pengguna perlu buang serta merta makanan tersebut selepas tarikh yang dinyatakan.

4. Semak dengan teliti bahan yang digunakan

Bahan yang digunakan pun kita kena check juga tau! Hal ini kerana, sesetengah orang mempunyai alergi terhadap sesuatu bahan makanan. Oleh itu, Tuan/Puan perlu semak sebelum membeli sebarang produk makanan ya… Bagi para ibu-ibu, perlu juga check tahap kepedasan sesuatu makanan, kerana ada produk yang tidak mesra keluarga. Jadi, perkara ini perlu dititik beratkan.

Tapi, kalau pekena satu produk serunding segar dari Kampung Laut ni… confirm ibu-ibu takkan risau dah! Haaa, nak tahu produk mana yang Cik Min duk sebut-sebut ni? Kenalah baca sampai habis, hihi

Banyak sangat pilihan serunding segar di Kampung Laut ni Cik Min! Mana satu yang paling best?!

serunding segar kampung laut

Yang mana satu idaman kalbu…” Ewahhh, sempat pula Cik Min throwback lagu P.Ramlee dan Saloma dalam cerita “Labu dan Labi” tu kan, hihi…

Kalau Tuan/Puan nak tahu, dalam banyak-banyak produk, hanya produk HajiWan serunding sahaja yang bertahta di hati Cik Min tau! Cewahhh~ Tambahan pula, kita nak beri makanan kan ke seluruh isi keluarga? Jadi, Tuan/Puan mesti nak cari produk yang memang terbaik kualiti dan rasanya, betul tak?! Tapi, kalau dengan produk HajiWan serunding ni, dah tak payah risau… Memang 100% TRUSTED! Nak tahu antara sebabnya? Jom sambung baca…

1. Ramai pengguna yang recommend produk ni sebagai serunding paling segar di Kampung Laut!


Video testimoni ini dimuat masuk dari akaun YouTube HajiWan serunding, oleh seorang artis yang sangat hangat dalam melontarkan suaranya yang jujur, iaitu Diva AA!

HajiWan serunding ni terletak Kg. Laut 1 di Tumpat Kelantan, tetapi rata-rata pelanggannya memang bersepah di seluruh negeri dalam Malaysia tau! Jadi, ini telah menunjukkan bahawa produk Hajiwan sangat diminati ramai. Malah, terdapat banyak testimoni daripada pelanggan mereka yang lain juga tau… Tak percaya? boleh layari laman portal HajiWan untuk info lebih lanjut.

2. Tiada bahan pengawet

serunding segar kampung laut

Apa yang bagusnya produk HajiWan serunding ni ialah, mereka tidak menggunakan bahan pengawet bagi produk makanannya. Malahan, mereka menggunakan bahan basah yang segar! Sebab tu la kita gelarkan produk HajiWan Serunding ni sebagai serunding yang paling segar di Kampung Laut!

Bukan itu sahaja, produk makanan HajiWan juga sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Anak-anak kita pun boleh makan tau… Tak caya? Boleh tengok sendiri di laman portal HajiWan Serunding ini untuk maklumat lanjut.

3. Jangka hayat yang lama | Serunding segar Kampung Laut HajiWan

Berita baik untuk Tuan/Puan semua, serunding segar kampung laut dari HajiWan ni pun memang tahan lama! Bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, tetap… Serunding HajiWan juga boleh bertahan hingga 7 bulan ke 12 bulan dalam suhu bilik! Hebat kan?! Jadi, Tuan/Puan boleh beli terus sekarang, dan simpan untuk Raya Haji nanti! Bak kata orang muda sekarang, “awal tak kalut“. Hihi

4. Penggunaan bahan yang berkualiti

serunding segar kampung laut

Dari bahan basah ke bahan yang kering, semuanya menggunakan bahan yang berkualiti! Penghasilan serunding HajiWan juga turut menggunakan rempah ratus yang sangat berkualiti tau… Penggunaan bahan tersebut merupakan kunci kepada produk HajiWan untuk tahan lebih lama. Menarik kan? Jadi, itulah serba sedikit yang dapat Cik Min kongsikan kepada Tuan/Puan berkaitan produk serunding HajiWan ni.

Oh ya, sebelum Cik Min terlupa! Tuan/Puan boleh dapatkan serunding sample taster secara PERCUMA yang disediakan khas oleh HajiWan Serunding, untuk Tuan/Puan tau! Boleh klik di sini untuk dapatkannya sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat!

Bagi yang ingin mendapatkan serunding daripada HajiWan, Tuan/Puan boleh layari website HajiWan Serunding untuk membuat sebarang pembelian. Jika Tuan/Puan ingin bertanyakan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini, jumpa lagi di postingan seterusnya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal CeritaMalaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *